PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, April 23, 2010

Pembangkang harus berfikiran rasional - Datuk Zahid




HULU SELANGOR, 23 April — Tindakan berterusan pembangkang mempertikaikan setiap keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara harus dihentikan segera, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau berkata pembangkang, khususnya Anggota Parlimen perlu berfikir secara rasional sebelum mengemukakan bantahan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama.

“Sepatutnya kita sebagai ahli Parlimen, pembangkang atau kerajaan, demi untuk kepentingan negara kita harus pertahankan bersama-sama. Bukan dengan cara mencari kesalahan untuk mencipta kesalahan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bahawa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8x8 (APC) melebihi harga pasaran.

Beliau sebelum itu meluangkan masa bersama-sama 1,200 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terpilih daripada enam negeri bagi mengikuti pelancaran kad pintar PLKN di kem PLKN Pelangi Hill Resort di Kerling di sini.

Pua yang mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 bilion dengan Deftech Sdn Bhd ketika pameran Defence Service Asia di Kuala Lumpur Selasa lepas mendakwa, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran.

Ahmad Zahid berkata dakwaan tersebut tidak rasional sama sekali kerana apa yang dimeterai sekarang akan hanya diperolehi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang di mana sudah pasti keadaannnya akan berubah.

Mengenai kad pintar PLKN, Ahmad Zahid berkata ia menawarkan pelbagai keistimewaan khas untuk pelatih dan bekas pelatih antaranya, rebet tunai semasa pembelian tambah nilai telefon untuk semua syarikat telekomunikasi, perlindungan insurans sehingga RM10,000 dengan bayaran premium hanya RM3 setahun serta bantuan kemasukan ke hospital sebanyak RM500 dan khairat kematian bernilai RM3,000.

Kad itu dihasilkan oleh Syarikat Ko-Upay dengan kerjasama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Beliau berkata kad pintar sepanjang hayat itu juga akan menjadi lambang pengenalan atau identiti khusus buat setengah juta pelatih dan bekas pelatih PLKN seluruh negara.

“Jangan hanya tengok pada keistimewaan atau diskaun yang ditawarkan saja, yang penting kad ini akan menjadi tanda dan pengiktirafan bahawa kita pernah menjadi sebahagian daripada warga PLKN,” katanya.

Nik Aziz bukan Malaikat - Datuk Zahid




HULU SELANGOR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa hari ini sebagai menderhaka kepada titah Sultan.

Ahmad Zahid berkata, Dr Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan. "Dr Hassan Ali adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama. Beliau sepatutnya mematuhi apa yang dititahkan oleh tuanku Sultan. Bukan menyanggah apa yang dititahkan.

"Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat untuk berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLKN Pelangi Hill Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat nabi ketika menjadi khatib di masjid itu.

Ahmad Zahid berkata, kejadian terlupa membaca selawat nabi yang juga rukun khutbah perlu dijadikan iktibar kerana ia mungkin berlaku akibat keangkuhan mereka untuk terus berkuasa.

"Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah.
"Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya,"katanya.
Beliau berkata, sudahlah perbuatan itu dikira menderhaka, jemaah masjid itu juga terpaksa menanggung akibat kerana sembahyang mereka dikira tidak sah.

Katanya, disebabkan kealpaan tersebut, ramai daripada jemaah terpaksa menggantikannya dengan bersolat Zohor.

Sultan Sharafuddin dalam titah baginda pada Oktober tahun lalu mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di negeri Selangor supaya memastikan rumat ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.

Hari ini Baginda mengulangi titah supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Mengenai dakwaan pembangkang kedatangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagi berkempen di Hulu Selangor bakal mengubah fikiran rakyat, khususnya orang Melayu untuk mengundi mereka, Ahmad Zahid berkata beliau tidak fikir kedatangan Mursyidul Am Pas itu berupaya mengubah keadaan sehingga sebegitu rupa.

"Nik Aziz tu siapa, malaikat ka. Dia datang saja boleh mengubah (fikiran) orang. Saya tak fikir begitu. Dia mana boleh mengubah pemikiran orang, tak adalah. Jangan percaya kata dia. Dia bukan malaikat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana apa yang lebih utama adalah mereka perlu memikirkan pembangunan yang akan diberikan sekiranya mengundi Barisan Nasional (BN).

Menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan oleh Ilham Centre, kajian mendapati pengundi Melayu berpendapat BN akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini.

Thursday, April 22, 2010

Hulu Selangor: PKR & Pakatan Bohong Sana Sini

Kerja bohong adalah sifat hakiki PKR dan juak pakatan,dimulut mereka tidak pernah lekang dengan pembohongan dan memperbodohkan rakyat.


Isu 1 (16 September)
DSAI - Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor melakukanpembohongan terbesar kepada rakyat dalam sejarah Malaysia,dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa KerajaanPersekutuan pada 16 September 2008


• Pada 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysiadi Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya tarikh pembentukan “kerajaanbaru Malaysia”. Tetapi tidak berlaku apa-apa pada tarikh tersebut.


• Terbaru Dato’ Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas)menyatakan1.


”Kami disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera dan angkatan tentera memberi sokongan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh (Ahli Parlimen) Permatang Pauh,”


2. Mereka juga diberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapatkan kenyataan jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat (30 orang) bagimembolehkan pihak pembangkang membentuk kerajaan.


• Hakikatnya, tiada 30 ahli Parlimen melompat parti, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menafikan pembabitan mereka dan Yang Dipertuan Agong turut menafikan dakwaan itu bila ditanya oleh YAB Perdana Menteri.


Isu 2 (Pasir)
Kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009


• Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalamucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar. Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84• Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi


Isu 3 (Hutang Talam)
Kerajaan Selangor tidak bermoral dan tidak beretika kerana "membeli" hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan / duit rakyat.


• Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp


• Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakanduit kerajaan / “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.


• Yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjunag untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.


• Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain,dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”


• Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai “Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangakpenyangak di dalam sektor korporat” (dengan izin - "This is an old trick used by the crooks in the corporate sector.")



Isu 4 (YBK)
Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor.


• YAB Menteri Besar menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.


• Akibat penolakan itu, YAB Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran cukai tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.


• Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tidak berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.


• Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM 6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.


• Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan, mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.


• Kerajaan menindas organisasi membantu orang miskin tetapi sanggup mengeluarkan wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corp.


Isu 5 (Manifesto)
Manifesto Pilihan Raya 2008 Pakatan Rakyat Gagal Ditunaikan.• Rata-rata manifesto Pakatan Rakyat Selangor gagal ditunaikan kerana mereka membuat janji tanpa mengetahui perkiraan sebenarnya.


• Antaranya kegagalan kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran 20% seperti yang terkandung dalam manifasto atas alasan keadaan ekonomi tidak mengizinkan.


• Ini mendorong seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Shaid Rosli, 25 dari Simpang Tiga, Ijok membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti 3 Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Jentera PAS Sudah Menjauhi Kaki Kuda Lumba Anwar Ibrahim?

Sepanjang penulis berada di Hulu Selangor. satu perkara yang penulis terasa 'kehilangannya' ialah jentera parti PAS. Mereka tidak semeriah pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Mereka sudah mulai berkampung sejak awal lagi.


Perkhabaran yang hangat sekarang di Hulu Selangor ialah ramai jentera pilihanraya tempatan parti PAS yang sudah mulai menjauhi jentera pilihanraya dek penjelasan terbaru dan kebangangan Zaid Ibrahim yang mengaku mempunyai kuda lumba.





Realitinya, mereka juga boleh berfikir dan mempertimbangkan yang baik dan tidak. Jentera tempatan PAS Hulu Selangor tidak bodoh dan seperti lembu yang dicocok hidung mereka.
Mereka juga mempunyai harga diri dan perlu memikirkan semasak-masaknya tentang keperibadian buruk Zaid Ibrahim yang secara santai dan mengaku sesuatu dosa besar tanpa memperlihatkan perasaan yang sangat menyesal dan benar-benar telah insaf. Ianya seperti olok-olok dan Zaid Ibrahim seperti akan melakukan dosa tersebut sekali lagi setelah habis pilihanraya ini, sama ada menang atau kalah.

Realitnya, orang tempatan Hulu Selangorlah yang terpaksa menanggung akibatnya jika tersalah pilih wakil rakyat, bukannya jentera PAS dari Kelantan atau Kedah.

Penulis melihat perubahan yang berlaku di Hulu Selangor ini sebagai satu petanda jelas yang menunjukkan bahawa Zaid Ibrahim akan ditolak pada 25hb April ini.

Satu perkara penulis tidak suka ialah taktik terakhir Pakatan Rakyat yang akan mengerahkan jentera-jentera dari luar untuk menimbulkan hura hara, mengganggu ketenteraman penduduk Hulu Selangor serta menyesakkan jalanraya di sini.

Harap mereka tidak berbuat demikian dan tidak mengacau kampung orang lain.

Monday, April 12, 2010

Pentas Pemuda gegarkan Tasek Gelugor










Penceramah Ustaz Wan Hizam






KP UMNO Tasek Gelugor Sdr Hazbul Hazani





Siri road-show ceramah dan pidato Pentas Pemuda terus menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Khalifah Lim Guan Eng .Kali ini Ceramah Pentas Pemuda ini dianjurkan semalam oleh Pemuda UMNO Tasek Gelugor di Kg Pengkalan Batu, Jalan Pokok Tampang.

Penceramah untuk Pentas Pemuda ini adalah Ust Wan Hizam daripada UMNO Bahagian Sg Petani dan seorang lagi penceramah terkenal UMNO iaitu Ust Kamal Saidin.

Sunday, April 11, 2010

Pakatan haprak bohong tuduh BN tidak bantu SAR

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

Sekolah agama rakyat, Madrasah Al-Aminiah yang terletak di jalan Permatang Nibong-Permatang Pauh merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang diberikan kepada sekolah agama rakyat digunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya digunakan tanpa sebarang kebocoran.

“Maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat,” kata Guan Eng.

Beliau turut memetik ungkapan daripada Khalifah Umar Abdul Aziz: “Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya, penolong bagi orang fakir, bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaan, panduan bagi orang miskin”.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP) turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat disekat.

Malah, katanya sekolah-sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Kini, tambahnya kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan keperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.


Akhbar sampah PAS Haprak Daily terus menipu dan berbohong kepada rakyat demi mengangkat Guan Eng sebagai khalifah teragung PAS. Begitu juga dengan pemimpin PAS yang menjadi boneka Guan Eng , iaitu Salleh Man yang jelas cakap bohong menuduh bantuan ke sekolah agama rakyat di PP disekat.

Apa bukti Salleh Man menuduh kerajaan BN sekat peruntukan ke sekolah agama rakyat di PP ?? Cukup mudah bagi mereka menipu dan memperbodohkan orang Melayu dalam PAS dan PKR bagi mengambarkan kerajaam BN zalim tidak memperdulikan sekolah agama rakyat.

Kerajaan BN menerusi Kementerian Pendidikan telah lama membantu sekolah agama rakyat malah sekarang ini banyak sekolah telah menjadi sekolah bantuan kerajaan . Ini baru satu sekolah agama dibantu kerajaan DAP sudah riuh satu Penang untuk menunjukkan kononnya Guan Eng chauvinis ini prihatin terhadap pendidikan agama Islam sekaligus diangkat sebagai pemimpin yang menegakkan syiar Islam .

PB pernah menulis artikel kerajaan BN bantu SAR di PP dulu dan hari ini akan ditunjukkan semula bukti dan fakta bahawa BN bantu SAR bukan seperti tuduhan fitnah Salleh Man dalam haprak daily .


KERAJAAN BARISAN NASIONAL BANTU SEKOLAH AGAMA RAKYAT PP


wajah baru sekolah agama rakyat Taman Guar Perahu
yang asalnya dulu adalah sebuah surau


Inilah bantuan oleh kerajaan BN untuk Sek Agama Rakyat


KEPALA BATAS 29 Sept. - Kementerian Pelajaran memperuntukkan sejumlah RM2.196 juta bagi membaiki tahap pendidikan di 111 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini pada tahun ini.Daripada jumlah itu, 10 SAR menerima bantuan pembangunan dan pembaikan berjumlah RM1.1 juta manakala 101 sekolah lagi menerima bantuan pengurusan berjumlah RM1.066 juta.

Bantuan lain pula adalah untuk kursus SAR iaitu Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berjumlah RM29,900.

Semua bantuan itu disampaikan kepada pihak pengurusan SAR berkenaan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini baru-baru ini.

SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam menerima bantuan terbanyak iaitu RM500,000 untuk tujuan pembangunan dan pembaikan manakala RM50,160 lagi untuk kerja-kerja pengurusan.

Ketika berucap di majlis itu, Ibrahim berkata, adalah mustahak semua agihan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk memantapkan institusi pendidikan agama Islam di Pulau Pinang.

"Semua hal yang ada kaitan dengan fardu ain dan tulisan jawi perlu diberi keutamaan," ujarnya.

Beliau berkata, semasa usia masih muda, pelajar di sekolah kebangsaan perlu diberi bimbingan mengenai ilmu agama.

"Apabila dewasa nanti, mereka tentu mempunyai hala tuju yang lebih baik kerana masing-masing mempunyai ilmu agama," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Kementerian Pelajaran bagi Sektor Pendidikan Islam (SPI), Azhar Abdul Aziz dan Ketua Sektor SPI Pulau Pinang, Umar Aziz.Umar yang turut berucap pada majlis itu berkata, dengan adanya bantuan tersebut, tahap pendidikan agama Islam di SAR dapat dipertingkatkan.

"Guru-guru SAR boleh memainkan peranan penting untuk membawa perubahan di semua kelas Kafa di kampung masing-masing," katanya.

Sementara itu, wakil SAR Saidina Abu Bakar As Sidek Bukit Mertajam, Che Kalsom Che Me berkata, bantuan berjumlah RM500,000 itu adalah untuk membina bangunan baru bagi menampung 636 pelajar.

"Sebelum ini ada di antara mereka belajar di tempat tidak begitu selesa iaitu di bawah bumbung tempat meletak motosikal," katanya.

Saad Mat Safar dari SAR Al Whusta Permatang Bogak di sini pula berkata, sebanyak RM37,000 turut diagih kepada sekolah berkenaan bagi membaiki kerosakan bangunan sekolah terutama tingkap dan pagar.

"Bantuan yang diterima begitu bermakna kepada pihak pengurusan SAR untuk memantapkan ilmu agama kepada semua pelajar," katanya



Selain itu, Guan Eng ketika dahulu pernah berdabik dada kononnya nasib guru KAFA di PP terbela dengan memberi RM 50 sebulan tambahan . Keratan akhbar dibawah membuktikan lagi jumlah bantuan yang diberikan oleh kerajaan UMNO kepada guru-guru SAR





Mulai tahun 2009 , kerajaan BN menerusi Kementerian Pendidikan telah menyalurkan elaun SAR KAFA terus kepada akaun pengurusan SAR itu sendiri . Ini membuktikan Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan pendidikan Islam yang diajar di SAR sekaligus mengikut syiar Islam.

sumber : pejuang bangsa

Thursday, April 8, 2010

Anwar Ibrahim Gila Kuasa...

Bertempat di Paya Keladi, Kepala Batas lebih 1000 orang menghadiri ceramah Ini Kisah Sebenar anjuran NGO iaitu Angkatan Beliau Muda Kepala Batas . Penceramah dalam ceramah ini adalah Sdr Ezam Mohd Noor dan Dato Seri Zahrain Hashim .

Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .




Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .

EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi

"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.


Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.

"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.

Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.

"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.

"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.

ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR



Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).

Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar .

PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya.

Tuesday, April 6, 2010

Awat Lim Guan Eng Ngok Sangat..

Lim Guan Eng telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi sehingga ke saat ini, beliau masih gagal memainkan peranan penting di dalam membangunkan negeri ini.


Apa yang beliau lakukan ialah membesar-besarkan perkara yang sangat kecil seperti memberi 'bantuan' kepada warga emas sebanyak RM100 - Rm200. Cubalah bayangkan wang itu untuk satu tahun, apakah Guan Eng tidak pandai nak membuat kiraan mudah. Nama sahaja akauntan bertauliah!

UMB mendapat tahu bahawa terdapat pergeseran yang berlaku di antara kerajaan DAP Komunis Pulau Pinang dan YDP MPPP yang baru. Isunya ialah mengenai penafian YDP bahawa MPPP tidak akan membiayai satu projek raksasa bertempat di gelanggang lumba kuda.

Tetapi, kerajaan negeri terpaksa berdolak-dalih dan mencari alasan lain kononnya projek tersebut akan diteruskan juga tanpa menyebut dengan lebih terperinci mengenai pembiayaannya.