PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, October 30, 2010

Lim Guan Eng Mengidam Menara Warisan Merdeka !!

Di dalam blog beliau, Lim Guan Eng sekali lagi mengkritik cadangan Najib Razak untuk membina Menara Warisan Merdeka. Di antara kokokan beliau :-
Perancangan dan anggaran awal yang begitu tidak berprofesyenal ini bermakna kemungkinan besar Menara Warisan Merdeka 100-tingkat bukanlah sekadar RM 5 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tetapi adalah melebihi RM10 bilion.

Kita harus belajar daripada pengalaman zaman silam zaman Firaun yang berjaya membina Piramid yang maha besar atas darah dan titik peluh rakyat yang diperas dengan begitu zalim sekali tetapi kini hanya tinggal Priamid sedangkan Firaun sudah lama berkubur.
Kita tentu terasa amat mual apabila Lim Guan Eng cuba menegur kebijaksaan kerajaan Malaysia yang kononnya tidak profesyenal. Beliau tu?

Apabila Guan Eng mengambil alih jawatan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, keuntungan bersih jatuh merudum hampir 50% daripada keuntungan yang dihasilkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Tetapi elaun CEO termasuk Guan Eng sendiri bertambah walau pun keuntungan jatuh teruk.

Pada tahun 2009, jumlah pelaburan di Pulau Pinang hanya RM2.2 bilion iaitu kejatuhan teruk sebanyak 79 peratus. Jika dibandingkan semasa pentadbiran Barisan Nasional, pelaburan yang berjaya di bawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion pada tahun 2008.

Dan yang lebih mengawatkan ialah bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta sahaja yang mampu dibawa masuk bagi bulan Januari hingga pertengahan tahun ini.

Segala kepincangan dan kejatuhan keuntungan PBAPP dan pelaburan ke Pulau Pinang jelas menunjukkan ketidakmampuan dan ketidakefesienan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Segala petunjuk negatif diri Guan Eng membuktikan beliau sudah tidak layak untuk mengritik pihak lain kerana diri beliau sendiri sudah teruk dan tidak kompeten untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Buang masa Lim Guan Eng sahaja mempertikaikan isu Menara Warisan Merdeka dan mengaitkannya dengan kezaliman Firaun dan piramid kerana beliaulah yang zalim dan menindas rakyat Pulau Pinang.

Seperkara lagi, bukankah Guan Eng telah menyatakan persetujuan beliau dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka itu?

Beliau sendiri menyokong di dalam twitter beliau. Rujuk di bawah :-

Tweet Lim Guan Eng : Harap Menara 100 tgkt ada tapi BN xda lagi...

Come on la Guan Eng.....mahu tipu lagi ka? Mahu putar belit lagi ka? Sudah la lu...

Thursday, October 28, 2010

Lim Guan Eng Menyusahkan Rakyat Pulau Pinang.

PULAU PINANG 27 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana berterusan gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir negeri.


Lebih menyedihkan, ramai rakyat Pulau Pinang terpaksa membuka gerai di tepi jalan sehingga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi menampung hidup ekoran kurang peluang pekerjaan dan perniagaan.


Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan (gambar) berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di negeri itu yang tidak berkembang dipercayai akibat kegagalan ditadbir dengan baik.

Menurutnya, pada 2008 pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ia kemudiannya menunjukkan penurunan pada 2009 dan 2010 selepas peralihan kuasa berlaku.


"Pada 2009, jumlah pelaburan yang dicatatkan adalah RM2.2 bilion iaitu turun sehingga 79 peratus dan bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta berjaya dibawa masuk."


"Jumlah pelaburan asing langsung (FDI) yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini menjelaskan bagaimana teruknya keadaan ekonomi di Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, Gerakan Pulau Pinang bimbang dengan situasi tersebut dan sedang giat berusaha untuk membantu mengatasi perkara itu termasuk merancang pelbagai program yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.

"Kita sedang merancang membawa Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade), Datuk Mah Siew Keong melawat negeri ini untuk bertemu dengan pelabur dan pihak berkaitan.


"Kita tidak boleh berdiam diri sahaja kerana Gerakan memberikan keutamaan tentang isu seumpama ini,'' katanya...... - Utusan Malaysia.

Monday, October 25, 2010

GLC Pemilik Tanah di Pulau Pinang Mesti Prihatin...

Adalah amat mengejutkan apabila YB Farid Saad, ADUN Pulau Betung mendedahkan statistik pemilikan tanah Pulau Pinang semasa sessi perbahasan usul Ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Di antara laporan berita :-
Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.

"Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.

Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.
Jika merujuk kepada kenyataan di atas, Lim Guan Eng difahamkan pernah menggunakan pengaruh beliau sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan projek mega Penang Global City Centre (PGCC) NCER.

Rujuk laporan di bawah :-

When asked how the rejection (PGCC) would affect the Northern Corridor Economic Region (NCER) of which it was a key component, Lim said the NCER plans would have to comply with the state’s decision.

“This is the state government’s prerogative and they know we won't accept any interference,” Lim said.
Makanya, Lim Guan Eng difahamkan mempunyai hak perogatif untuk membatalkan projek pembangunan di Pulau Pinang. Janganlah pula Lim Guan Eng berselindung dengan ayat 'projek itu diluluskan oleh kerajaan sebelum ini' dan tidak mahu tahu tentang kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Tetapi jika kita merujuk kepada kezaliman Guan Eng DAP setakat ini, adalah seperti hampir mustahil untuk Guan Eng memikirkan kesejahteraan rakyat negeri itu. Segala perancangan besar yang dilakukan di tanah-tanah sedia ada adalah pendapatan negeri yang sangat diperlukan oleh beliau.

Maka, segala permasalahan tentang risiko kira-kira 7,000 penduduk negeri Pulau Pinang berkemungkinan diusir dari rumah mereka di negeri pembangkang banyak terletak dibahu pemilik-pemilik tanah daripada Government-linked Company (GLC) seperti PERDA , UDA dan lain-lain.


Projek UDA - Mahal..

Begitu juga dengan Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa (JPBD) dan agensi-agensi GLC lain yang mempunyai tanah di Pulau Pinang. Organisasi-organisasi GLC tersebut diwajib meluaskan tanggungjawab mereka ke arah memastikan tanah milik mereka mengambilkira pengekalan perkampungan atau menambah baik perkampungan tersebut.


Memang benar organisasi GLC tersebut adalah profitable-based company tetapi di dalam situasi kekhuatiran bertambah ramai Melayu diusir dari rumah mereka, syarikat-syarikat GLC tersebut perlu diarahkan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan BN Malaysia supaya lebih mementingkan orang susah di Pulau Pinang.

Mahukah?

Friday, October 15, 2010

IPTS di Balik Pulau : NGO minta penjelasan kerajaan PP

GEORGETOWN - Niatnya baik namun apa yang dikesali adalah tindakannya yang merugikan penduduk tempatan.

Ia berkaitan dengan tindakan Kerajaan Negeri mengambil tanah hak milik orang Melayu di kawasan Balik Pulau untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dipercayai khusus untuk pelajar Cina.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, penubuhan IPTS itu dilihat satu usaha yang baik namun ia perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan sesuatu kaum selain mencapai agenda politik pihak tertentu.

Beliau berasa takut dan bimbang dengan tindakan itu kerana berasakan kaum Melayu di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau akan terpinggir dengan projek itu kelak.

“Kita menyokong penuh sebarang usaha untuk mendirikan IPTS di Pulau Pinang namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira selain tidak mengabaikan nasib sesuatu kaum, terutama Melayu di sini.

“Dalam kes pengambilan tanah seluas 81 hektar di kedua-dua kampung itu, apa yang menjadi persoalan ‘besar’ bagi GPMS dan saya percaya ramai lagi nak tahu, adakah tindakan Kerajaan Negeri ada agenda lebih besar yang terselindung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jais berkata, penubuhan IPT milikan orang Cina itu dilihat akan menambahkan etnik tertentu kerana ia hanya akan disertai kaum Cina dan pelajar luar negara yang semestinya akan menyumbang masalah sosial di kawasan itu yang majoritinya didiami kaum Melayu.

“Ia satu tindakan pelik yang mana Kerajaan Negeri memilih tanah itu sebagai lokasi untuk menubuhkan pusat pengajian. Adakah ia salah satu cara Kerajaan Negeri yang dipimpin DAP menjamin parti itu terus menapak di sini?

“Pengambilan tanah ini dilihat sebagai satu tindakan meminta orang Melayu menyerahkan tanah kononnya untuk pendidikan,” katanya.

Jais turut meminta Kerajaan Negeri supaya membuat satu taklimat khas tentang pengambilan tanah di dua kampung itu selain menyatakan hasrat sebenarnya mendirikan IPT di kawasan itu berbanding kawasan lain yang mempunyai keluasan lebih besar.

"Kerajaan Negeri perlu beri taklimat selain membuat tinjauan penduduk setempat sama ada setuju atau tidak dengan projek itu. Ini perlu kerana melibatkan tanah kaum Melayu yang sudah lama mendiami dua kampung berkenaan,” katanya.

Perlu nilai semula rancangan

NAIB Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin berkata, niat untuk menubuhkan IPTS itu dilihat baik namun tidak kena pada tempatnya.

“Apa yang Kerajaan Negeri fikirkan? Mengapa perlu mengambil hak mereka di Pulau Pinang?

“Saya kesal dengan tindakan ini dan meminta Kerajaan Negeri menilai semula keputusan berikutan mereka berkuasa untuk buat apa sahaja, oleh itu saya minta mereka fikir sehabisnya sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Hafiz turut meminta mana-mana pihak yang terpanggil supaya menolong bagi mengembalikan hak kaum Melayu, terutama isu yang berkaitan tanah di Pulau Pinang.

Pemenang cadang lokasi dipindah

PRESIDEN Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yusof Latiff berkata, ia satu tindakan yang tidak wajar apabila mendirikan IPTS di kawasan yang majoritinya kaum Melayu selain akan mengganggu ekosistem di dua kampung itu.

“Pemenang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memindahkan lokasi pembinaan IPTS itu di kawasan lain yang mana seelok-eloknya di tanah besar yang mempunyai kawasan yang lebih strategik.

“Diharapkan supaya cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab, terutama Kerajaan Negeri.

"Ini supaya ia tidak menimbulkan sebarang konflik pada masa akan datang,” kata Mohd Yusof.

Lim Guan Eng Zalim Kepada Peniaga Kecil Melayu Pulau Pinang.

Guan Eng ni memang KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Dia ni dahlah pembohong dia jugak tak peduli dengan peniaga kecil kaum Melayu di Pulau Pinang ni.

Kesihan kita tengok peniaga-peniaga Melayu dizalimi dan perkotak-katikkan oleh Guan Eng macam depa tu sampah.

Suratkhabar Sinar Harian melaporkan agensi kerajaan Guan Eng dah buat pasal kat kawasan perniagaan Melayu di Tanjung Tokong. Depa nak usir 40 peniaga-peniaga Melayu dari tempat biasa depa.

Alasan agensi Lim Guan Eng tu :-
“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas."
Amboii.....kat kawasan penjaja Melayu korang kata mengganggu lalu lintas tapi macam mana peniaga-peniaga bangsa Cina di New Lane? Boleh pulak?

Jangan mimpi peniaga Melayu dapat keistimewaan seperti ini. Merempat la.

Kalau nak bandingkan, peniaga-peniaga di New Lane yang patut dipindahkan kerana mengganggu lalulintas jalanraya utama nak sambung Jalan McCalister dengan Jalan Datuk Keramat. Confirm sibuk dengan kenderaan.

Jalan tu pulak nak ke Hotel Sunway Georgetown. Tak ke juga menyusahkan pelancong-pelancong yang nak ke hotel tu? Kat Tanjung Tokong tu jalan kecil aja nak masuk ke dalam kampung!
Tak sesibuk jalan New Lane.

Yang buat kita sakit hati, kenapa pula peniaga-peniaga di New Lane tidak dipindah? Kita bukan nak cari gaduh tapi berlaku adil la. Semuanya mesti saksama dan tak 'double standard' macam kerajaan BN negeri Pulau Pinang yang lepas.

Tanda Lim Guan Eng tunduk kepada peniaga Cina.

Yang tambah sakit hati ni, Guan Eng bagi kuasa kat peniaga-peniaga di New Lane untuk menentukan nasib depa. Confirm la majoriti peniaga kat sana nak tetap kat tepi jalan tu! Lepas tu Guan Eng tentu akan kata "kerajaan negeri prihatin kepada peniaga-peniaga dan keputusan itu adalah suara rakyat". Kepala otak dia!!


Kenapa pulak tak beri kuasa kepada peniaga-peniaga Melayu di Tanjung Tokong untuk menentukan masa depan depa seperti di New Lane? Kenapa 'double standard'? Tak ke berat sebelah dan rasis namanya?

Lepas tu Guan Eng nak pindahkan peniaga-peniaga Melayu dari tempat asal depa ke Kompleks Uda Tanjung Tokong. Mungkin tempat baru tu tak menarik, jauh dari laluan orang ramai dan penduduk di sana.

Itu tak pe lagi, kenapa peniaga Cina di New Lane di beri kemudahan dengan tutup jalan tu sepenuhnya 4 ptg - 12 malam? Gerai-gerai depa kan dah sah mengganggu lalulintas dan mengotorkan jalan itu?


Kenapa? Why?


Kenapa Guan Eng sangat zalim kat peniaga-peniaga Melayu? Depa hanya peniaga kecil-kecilan dan hanya bergantung kepada perniagaan itu untuk menyara kehidupan seharian keluarga depa.

Dengan wang itu juga, depa dapat bagi sesuap nasi untuk anak-anak depa yang tak bersalah dan tak tau yang Guan Eng telah menzalimi anak-anak kecil ini!

Lagi satu alasan tak bagi lesen sebab peniaga Melayu kat Tanjung Tokong tak jaga kebersihan. Come on la..... Apa depa ingat peniaga di New Lane tu bersih sangat ka? Longkang kat sana putih melepak sangat ka?

Guan Eng ni too much !! Dia ni bukan saja pembohong tetapi zalim kepada rakyat Pulau Pinang !! Rakyat Pulau Pinang mesti bangkit !!

Monday, October 11, 2010

Kesucian wang ihsan RM100 tercemar - Perkim

PULAU PINANG 10 Okt. - Kerajaan negeri tidak sepatutnya cuba lepas tangan dalam isu pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan fakir miskin dengan memberikan alasan ia sudah diasingkan untuk penerima beragama Islam.

Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, meskipun alasan tersebut boleh diterima akal, kesucian dana tersebut sudah pun tercemar kerana sumbernya datang daripada kegiatan kelab lumba kuda.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan memperbetulkan kelemahan operasi dana berkenaan, bukannya menyalahkan pihak lain menjadi dalang.

"Dari segi kesucian, tabung dana itu sudah tercemar (ada unsur perjudian).

"Kalau duit sudah masuk ke dalam akaun perbendaharaan kerajaan negeri, tidak sepatutnya kata sumber datang dari sana, dari sini (telah diasingkan).

"Justeru, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi memastikan perkara sedemikian tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 300 orang terdiri daripada fakir miskin, warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian memulangkan semula wang ihsan RM100 secara sukarela kepada kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Walaupun pernah menafikan dakwaan sedemikian sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengaku.

Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan dana yang diterima dari kelab lumba kuda telah diasingkan dan disalurkan hanya kepada penerima bukan Islam.

Thursday, October 7, 2010

Lim Guan Eng Cari Duit Dengan Rosakkan Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang telah bangkit apabila mereka menyatakan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan Lim Guan Eng DAP kerana membiarkan pembangunan kelas 3 dan 4 yang melibatkan lereng-lereng bukit di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.


Rakyat Pulau Pinang mengatakan bahawa pembangunan di lereng bukit Tanjung Bungah amat merbahaya. Malah, mereka khuatir water catchment di Pulau Pinang akan diganggu dan menyebabkan kemungkinan tarif air di Pulau Pinang di naikkan.

Ironinya, semasa peristiwa kondo runtuh di Bukit Antarabangsa, DAP begitu lantang mengkritik dan menyalahkan kerajaan BN tetapi apabila DAP memerintah di Pulau Pinang, merekalah yang membiarkan pembangunan lereng bukit!

Mereka juga mengatakan bahawa DAP tidak mementingkan kepentingan rakyat tetapi lebih mementingkan keuntungan. Malah Lim Guan Eng telah menutup mata dan tidak mengikuti guidelines pembangunan lereng bukit yang telah digazzetekan di dalam negara ini.

Saksikanlah video di bawah :-


Kerisauan rakyat Pulau Pinang tentang pembangunan lereng bukit yang tidak dipantau oleh Lim Guan Eng lidah biawak jelas menunjukkan bahawa DAP tidak kompeten dan tidak layak sebenarnya untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Malah, sikap bermuka-muka dan acuh tak acuh Lim Guan Eng menyebabkan rakyat Pulau Pinang bertambah muak dengan kehadiran Lim Guan Eng di bumi Pulau Pinang ini!!

Rakyat Pulau Pinang sudah bangkit marah, Lim Guan Eng perlu bangkit dan pulang balik ke Melaka!

Dan apakah yang terjadi dengan rintahan rakyat Melayu Kampung Tanjung Tokong ? Apakah isu mereka sudah selesai dan diperjuangkan sama seperti Kampung Cina di Jeti Pulau Pinang. Kampung Cina itu difahamkan akan di jadikan kampung Tradisi Warisan.

Dan penduduk Melayu di Kampung Tanjung Tokong turut mahukan taraf tersebut. Rujuk video di bawah :-

Sunday, October 3, 2010

Lagi warga emas kecewa duit RM 100 dari sumber Judi

dengan laungan "Guan Eng PENIPU " warga emas
memulangkan wang ehsan RM 100









Hari ini dianggarkan seramai 60 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sekitar Bukit Mertajam sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri berlidah biawak bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian

Mereka semua ini ada dari sekumpulan warga emas yang berasa terhina dengan perbuatan kerajaan negeri menggunakan duit judi lumba kuda untuk sumbangan kepada warga emas lalu memulangkan wang tersebut dalam satu sidang media jamuan Hari Raya KEMAS Bukit Mertajam .Wang yang dimasukkan ini akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Friday, October 1, 2010

Pulang Semula RM100 Duit Sumber Judi Bukan Sandiwara

Pulangkan Wang Judi

KEPALA BATAS 1 Okt. – Tindakan sekumpulan warga emas memulangkan semula bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri kerana dana perjudian bukan dipaksa ataupun sandiwara.


Kumpulan ini melahirkan rasa kesal dan mendakwa dituduh berbuat demikian oleh seorang anggota exco kerajaan Pulau Pinang.

Menurut imam Masjid Pulau Mertajam, Saidin Chik, 72, beliau kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh exco berkenaan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mendakwa beliau dan rakan-rakanya berlakon menangis pada hari penyerahan wang ehsan berkenaan.

“Tidak patut dia bercakap begitu kerana kami memang tidak berlakon ataupun bersandiwara dan air mata yang keluar itu adalah perasaan yang lahir dari hati kami yang sangat sedih.

“Air mata itu juga menunjukkan perasaan gembira dan puas kerana dapat memulangkan semula wang yang dikatakan diperoleh daripada sumber haram,” katanya ketika mengulas kenyataan Abdul Malik semalam yang menuduh sekumpulan 40 warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan negeri hanyalah satu sandiwara.

Saidin yang telah berkhidmat sebagai imam sejak 17 tahun di masjid berkenaan turut menafikan dakwaan kononnya kumpulan warga emas terbabit memulangkan wang ehsan itu kerana dipengaruhi pihak tertentu.

Kempen daftar pemilih di Tasek Gelugor dapat sambutan


TASEK GELUGOR 1 Okt. – Seramai 2,300 pengundi baru berjaya didaftarkan UMNO bahagian ini menerusi program turun padang dalam usaha menambah bilangan daftar pemilih di kawasan tersebut.

Ketua UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berkata penglibatan semua peti undi menerusi kerjasama jentera empat peringkat telah berjaya menngenalpasti mereka yang layak dan masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Menurut beliau, program sehari yang dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu telah memberi kesan yang bermakna kepada program kita mengenalpasti pengundi baru.

“Semua jentera di peti undi telah bergerak dari rumah ke rumah dan mengesan mana-mana yang layak. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang belum mendaftar untuk menunaikan tanggungjawab kepada proses demokrasi negara.

“Selepas ini kita akan turun ke bawah lagi dengan kaedah dan pendekatan yang sama dan berharap seluruh jentera di peti undi meningkatkan usaha mengenaslpasti mana-mana yang masih lagi tertinggal dan belum mendaftar sebagai pemilih yang sah”, katanya.

Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan seterusnya berkata, gerakan pendaftaran sedemikian cukup penting dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan besar pada pilihan raya umum nanti.

Katanya beliau selalu mengingatkan jentera di akar umbi agar bertindak proaktif dalam soal tersebut kerana tanpa sokongan pengundi setempat UMNO dan BN tidak akan kekal pada pilihan raya kelak.

“Inilah yang saya selalu ingatkan kerana BN telah bekerja keras membantu dan mendampingi rakyat. Tidak ada gunanya parti menjadi sebutan di hati rakyat jika bilangan pengundi tidak bertambah.

“Bertambahnya pengundi sedikit sebanyak akan memebri kelebihan kepada kita. Perlu diingat, pihak lawan juga difahamkan begitu giat melaksanakan gerakan pendaftaran pengundi baru,” katanya.

Program Jelajah

Projek ini dijalankan sebagai menggerakkan nilai persefahaman dan kekuatan ummah di kalangan peserta.Tanpa mengira peringkat umur dan jantina, peserta yang terlibat akan disatukan atas nama JELAJAH. Pendedahan dan perasaan sebenar mereka sendiri akan rasai di dalam misi JELAJAH .Bagi sesetengah peserta yang biasa menyertai acara berbasikal sebagai aktiviti rekreasi akan merasai perubahan di dalam JELAJAH. Di samping menguji ketahanan mental, fizikal dan spiritual, JELAJAH juga menekankan aspek patriotisme dan penyampaian mesej kerajaan serta penganjur kepada rakyat khususnya di Pulau Pinang.Selanjutnya sini