PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, January 24, 2011

Premis perlancongan di Batu Feringgi diroboh kerajaan DAP P.Pinang

   There was a fire  at Sunset Bistro five days before the demolition crew showed up. — Pictures by Asman Ibrahim

There was a fire at Sunset Bistro five days before the demolition crew showed up. — Pictures by Asman Ibrahim




GEORGE TOWN:
The fate of several bars, bistros and guesthouses along the famous Batu Feringghi beachfront hangs in the balance following the demolition of the popular Sunset Bistro last Saturday.

About a dozen operators in the area, and regular patrons, are hoping that their establishments do not suffer the same fate.

The district office is said to have ordered the demolition because the bistro was not licensed and was squatting on state government land.


Mohd Zahrain Kamil, 22, the operator of Marina guesthouse located near Sunset Bistro, is worried that his premises would also be demolished.

"I am praying that I will get to stay on. We have been contributing to the booming tourism industry here and pose no obstacles to anyone," Zahrain said.

Another operator, Mohd Danial Abu Bakar, 29, of Danial Beach Guest House, is also worried for his future.


"We are fearful that we will suffer the same fate as Sunset Bistro. The demolition on Saturday has cast a shadow over our businesses."

Zulhaar Mohd Ali, 41, operator of D'Beach Bistro, said the demolition had undermined the Batu Feringghi tourism industry.

Richard Patrick, a British expatriate who has been frequenting Sunset Bistro since it opened in 2005, said: "It has been the most happening venue in Batu Feringghi beachfront and has been highlighted in the travel guides and Facebook.


"I like to hang out at the bistro after work because of its relaxed ambience. I do not understand why the local authorities have resorted to such a drastic action," he said.

Patrick also said he was surprised that the demolition took place just five days after an alleged arson attack at the bistro.

A pre-dawn fire broke out last Tuesday, destroying the bistro's island bar and long bar, which were located inside attap shacks.

Although no one was injured in the incident, it raised questions about public safety at such premises and there were fears that it would affect the tourism industry.

The operator, Melinda Soon, 50, has not ruled out the possibility that the fire was due to business rivalry.

Patrick said the Batu Feringghi tourism industry was bound to take a beating after last Saturday's demolition.

Another patron, Jackie Honey, 56, also from Britain, lashed out at the local authorities for showing no mercy to the operator.The state authorities have so far remained silent on what it plans to do with the other illegal operators.

The demolition of the Sunset Bistro was carried out on the orders of the district office.




Friday, January 14, 2011

UMNO Pulau Pinang tubuh biro baru dekati golongan muda



Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.

Menurut Pengerusi BPUPP , Datuk Hj Zainal Abidin Osman , beliau yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.

Katanya, Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian,” katanya.




Beliau juga mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. -MediaUMNO

Saturday, January 8, 2011

Kita mahu dipilih semula oleh rakyat - Najib


PUTRAJAYA 7 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertemuan beliau dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) esok bertujuan mengetahui keadaan di kawasan diterajui wakil-wakil rakyat terbabit.

Sambil tidak menolak ia mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Pengerusi BN itu menegaskan, perjumpaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga merupakan satu proses transformasi politik yang telah beliau tekankan sebelum ini.

“Saya perlu memberitahu apa yang harus dilakukan dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen mereka.

“Semua ini berkaitan dengan pilihan raya sebab kita mahu dipilih semula dan kita mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Dan yang paling utama, kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan biarkan mereka memilih kerajaan yang terbaik,” kata beliau pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja di sini hari ini.


Pertemuan esok dijadual bermula pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang di Aras 4 PWTC dengan setiap Ahli Parlimen diberi masa antara lima dan 10 minit untuk mengemukakan laporan prestasi masing-masing.

Sementara itu, mengulas dakwaan pembangkang bahawa UMNO menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Pas dalam satu pertemuan dengan baginda baru-baru ini, Najib menjelaskan:

“Perjumpaan tertutup itu dihadiri bagi menjunjung perintah baginda.

“Saya dan rakan -rakan termasuk daripada pimpinan Pas menghormati jemputan daripada Tuanku Mizan (Zainal Abidin) sebab itu kami hadiri perjumpaan itu.”

Isu pertemuan Najib dan kepimpinan Pas yang turut disertai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Yang di-Pertuan Agong itu telah menjadi bualan hangat apabila mereka dikatakan mengadakan perbincangan yang menjurus ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri ketika diminta memperincikan hasil pertemuan itu cuma berkata:

“Kita kena hormati kesefahaman dalam mesyuarat itu dan Yang di-Pertuan Agong telah nyatakan bahawa perkara itu adalah rahsia dan saya mesti menghormati permintaan itu.”

KIMMA desak Ng Wei Aik mohon maaf


PULAU PINANG 7 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memberi tempoh seminggu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar semasa operasi penyitaan di premis itu Ahad lalu.

Wei Aik diberi tempoh itu bermula hari ini kerana mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, kenyataan Setiausaha DAP negeri itu begitu biadab dan mengguris hati golongan India Muslim di negara ini.

Menurutnya, Kimma negeri mahu permohonan maaf dibuat disebabkan tiada sebarang maklum balas daripada Wei Aik walaupun telah digesa berbuat demikian oleh pelbagai pihak.

''Kami menggesa Wei Aik memohon maaf kepada pihak restoran dan seluruh masyarakat India Muslim di negara ini di atas kebiadabannya. Dia juga perlu bertindak menarik balik kenyataan itu.

''Kami beri dia tempoh seminggu untuk berbuat demikian. Jika cara ini juga tidak berkesan, kita akan berbincang untuk melihat bentuk tindakan selanjutnya yang akan dibuat.

''Setakat ini kita tengok dulu apa yang berlaku seterusnya," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyerahkan secara terus memorandum itu kepada Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28, Komtar gagal kerana Ketua Menteri tidak berada di pejabatnya.

Memorandum tersebut yang mengandungi gesaan Kimma negeri supaya Guan Eng menyuruh Wei Aik membuat permohonan maaf kepada pengusaha restoran dan masyarakat India Muslim itu diterima oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebelum itu, kira-kira 100 ahli Kimma Pulau Pinang berarak secara aman dari Masjid Simpang Enam di sini menuju ke pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Mereka turut melaungkan 'Allahuakbar' sebaik sahaja sampai di kawasan Komtar kira-kira pukul 2.30 petang sebelum lima daripada mereka termasuk Faruk dibenarkan naik ke pejabat Guan Eng.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.

Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.

Wei Aik juga didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pekerja restoran berkenaan

Menurut Faruk, beliau juga mempunyai bukti mengenai tindakan yang dilakukan Wei Aik itu dan bersedia menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

''Kita ada bukti. Ia rakaman video. Setakat ini kita tidak mahu dedahkan lagi. Kalau perlu baru kita buat demikian," katanya.

Thursday, January 6, 2011

Lakonan DAP berakhir , sikap racist mereka terdedah

KUALA LUMPUR 6 Jan – Lakonan DAP sebagai parti yang memperjuangkan hak semua kaum menerusi gabungan parti pembangkang yang lain tamat sekaligus melondehkan “racist” yang tersembunyi sebelum ini.

Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan berkata “racist” yang terpahat kemas di dalam baju DAP dan ditutup dengan lakonan mereka bahawa parti itu peka dan adil kepada semua kaum di negara ini tidak boleh ditutup lagi.

Menurut beliau jika benar dan jika betul Adun komtar, Ng Wei Aik melontarkan kata-kata “tutup kedai dan balik India” ketika operasi penyitaan pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, ianya adalah satu bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa DAP ini adalah “racist” .

Tegas beliau apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh parti pembangkang berkenaan kerana perkataan tersebut jelas menghina kaum India di negara ini yang sama-sama membangunkan negara dan berteduh di bawah satu bumbung dengan seluruh rakyat pelbagai kaum dengan aman dan sejahtera.

“Cukup-cukuplah berlakon kerana segala lakonan dah sampai ke penghujung. Sebelum ini mereka dengan lantang dan memperlihatkan bahawa mereka adil dan saksama kepada semua kaum. Namun apa yang dilakukan oleh Adun Komtar itu menunjukkan mereka sebenarnya berat sebelah.

“Kaum lain tidak ada dalam kamus mereka. Kalau betul mereka benar-benar ikhlas dan memperjuangkan hak semua kaum, perkataan sedemikian rupa tidak akan keluar sebaliknya mereka menangani peristiwa tersebut dengan matang,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas dakwaaan pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Beliau dilaporkan berkata Adun Komtar, Ng Wei Aik meminta beliau tutup kedai dan balik India. Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

“Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

“Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami,” katanya di sini hari ini.

Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor seterusnya berkata mungkin akan ada skrip baru daripada DAP selepas ini dalam usaha menutup lakonan yang tamat.

“Mungkin pengarah lakonan termasuk penulis skrip akan bertukar tangan selepas ini kerana lakonan pertama telah gagal dan dan menjadi buah mulut dan kemarahan rakyat India di negara ini. Saya cukup hairan kenapakah mereka sanggup mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian rupa.

“Apakah ini cara mereka berterima kasih kepada rakyat di Pulau Pinang khususnya masyarakat India. Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat India di Pulau Pinang setelah

Wednesday, January 5, 2011

Kenyataan YB DAP satu penghinaan & melampau


KUALA LUMPUR 5 Jan – DAP hari ini terserlah sebagai parti perkauman tulen yang hanya membela nasib golongan tertentu dan bukannya menjadikan agenda pembelaan untuk seluruh rakyat sebagai tumpuan utama mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata peristiwa yang berlaku terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar semasa operasi penyitaan di premisnya mengesahkan apa yang tersirat selama ini.

Menurut beliau, jika benarlah apa yang didakwa oleh pengusaha restoran berkenaan bahawa Adun Komtar, Ng Wei Aik menggunakan kata-kata kesa ketika operasi berkenaan, ianya satu penghinaan yang melampau dan tidak menggambarkan apa yang dicanang oleh Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini.

Saya bukannya mahu meniupkan api perkauman dan sebagainya tetapi bercakap berdasarkan apa yang berlaku. Jika benar seperti yang didakwa, maka sudah terang lagi bersuluh apa yang tersurat dan apa yang tersirat oleh DAP hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas dakwaaan pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Beliau dilaporkan berkata Adun Komtar, Ng Wei Aik meminta beliau tutup kedai dan balik India. Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

“Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

“Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami,” katanya di sini hari ini.

Datuk Zainal seterusnya menambah, tindak tanduk Adun berkenaan ketika operasi berkenaan juga menujukkan mereka seolah-olah melaskanakan peraturan secara “ala gangster”.

Katanya tindakan beliau bersama ahli penguatkuasa yang lain seolah-olah tidak ada budi bahasa dan tatacara yang sepatutnya dalam melaksanakan tugas.

“Jika pengusaha restoran itu bersalah dan melanggar peraturan dan sebagainya, ikutlah prosedur yang ditetapkan. Saya rasa mungkin ada prosedur tertentu dan bukannya secara sedemikian rupa seolah-olah macam bandar “koboi”, katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan ‘mengepak’ tangan seorang pekerjanya.

“Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya,” katanya.



“Ini bukan sahaja penghinaan kepada kaum India malah menunjukkan bahawa DAP ini adalah parti “racist” tulen. Sebenarnya bangsa India dipandang sinis di dalam parti terbabit. Kenapa saya katakan begitu….Bukankah sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran tewas dalam pemilihan jawatan di negeri berkenaan.

Sunday, January 2, 2011

Pertahan Karpal , bukti PAS hipokrit pejuang Islam


BUKIT MERTAJAM 1 Jan. - Pendirian secara terbuka pemimpin Pas yang sanggup mati untuk mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya mahu menegakkan prinsip memperjuangkan dasar pembentukan negara Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, hakikat itu jelas apabila Pas mula sanggup mengetepikan asas perjuangan sejak sekian lama semata- mata untuk mempertahankan Karpal yang sejak awal-awal lagi menentang dasar perjuangan negara Islam Pas.

"Amat sukar untuk dipercayai apabila pemimpin Pas yang selama ini begitu lantang memperjuangkan Islam berikrar sanggup mati untuk mempertahankan Karpal iaitu orang yang secara terang-terangan dan tegas menolak perjuangan Pas.

"Ini gambaran yang jelas bahawa Pas sendiri sebenarnya tidak ikhlas malah tidak berniat pun untuk menubuhkan negara Islam," katanya selepas merasmikan majlis gunting rambut beramai-ramai sempena Program Jom Pi Sekolah 1Malaysia di pekarangan Wisma UMNO di sini hari ini.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, Wan Abd. Rahim perlu menginsafi perbuatannya itu kerana ia seolah-olah mengkhianati perjuangan Pas dalam usaha menegakkan perjuangan Islam sejak awal penubuhan parti itu.

"Janganlah kita berpolitik sehingga sanggup nak gadai agama, berpada-padalah. Inilah pengajaran untuk penyokong Pas supaya mereka menilai sendiri bagaimana parti itu sudah menjadi parti yang tidak berprinsip.

"Kalau dia (Wan Abd. Rahim) sanggup mati untuk Karpal, saya lebih rela atau sanggup mati kerana Islam kerana saya sendiri tidak mahu mati kerana parti," tegasnya

Saturday, January 1, 2011

2011 Mantapkan Parti Menang PRU13 – Najib

PUTRAJAYA, 31 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tahun baru 2011 dijadikan tahun untuk memperkemaskan lagi struktur dan kepimpinan parti di semua peringkat agar UMNO dan Barisan Nasional dapat bergerak lebih teratur, tersusun dan berkesan seterusnya mencapai kemenangan besar di pilihan raya akan datang.

Beliau melahirkan harapan tersebut ketika menyampaikan perutusan sempena tahun baru di Putrajaya.

“Kita perlu melakukan sebarang usaha untuk menjadikan setiap kawasan parlimen dan Dun sebagai kawasan yang boleh dimenangi oleh BN. Lakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN,” ujar beliau.

Najib mahu semua pemimpin melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat agar rakyat mudah menerima perjuangan dan menyokong UMNO dan BN seterusnya membantu parti untuk terus mengusai PRU 13.

Saksikan video ucapan PM di Media UMNO di Youtube.


PM Ajak Rakyat Corak Masa Depan Lebih Baik


KUALA LUMPUR, 31 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

Najib, dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.

“Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada
yang lebih baik daripada hari ini. Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagang atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.

“Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan,” katanya.

Kata Najib, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.

“Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai
dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua,” katanya.

Perdana Menteri berkata sememangnya mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek tetapi untuk tempoh masa panjang, rakyat yang sebenarnya akan menderita.

“Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan
potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan,” katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 – yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

“Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap
projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali,” tegasnya.

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata pihak sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

“Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang
janji mereka?

“Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara,” soal Perdana Menteri.

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai “yang mana kaca, yang mana permata”, Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ini kerana katanya lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial.

“Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan.