PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, September 1, 2011

PAS Mahu Bukan Melayu Tetap Status Pendatang!

Blog MiM melihat kepimpinan PAS sengaja menempah bala apabila mula mempertikaikan sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika mereka bersikap demikian, di sini MiM sertakan fakta sejarah yang pasti akan membuatkan rakyat bukan Melayu kecewa kepada parti tersebut!

Satu perkara penting yang mesti diketahui oleh rakyat bukan Melayu negara ini, parti PAS tidak menyokong penganugerahan warganegara kepada anda sekalian!

Sejak tahun 1953, kepemimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS begitu jelas menolak kerakyatan jus soli.

Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Dan jika bukan kerana UMNO dan persefahaman dengan parti-parti bukan Melayu yang lain, jus soli tidak dapat dilaksanakan dan semua orang bukan Melayu hari ini bukanlah warganegara yang dapat menikmati segala hak di dalam perlembagaan.

PAS sudah pasti akan menolak semua bukan Melayu dan mereka sehingga ke hari ini akan dilabelkan sebagai pendatang, sama seperti yang diharapkan oleh parti PAS.

Dan sekarang parti PAS berlagak pandai dan memperlekeh-lekehkan sumbangan UMNO tetapi parti itulah yang menidakkan kewarganegaraan seluruh keturunan bukan Melayu!

Jus soli ditolak oleh parti PAS dan hari ini mereka berlagak sebagai saviour kaum bukan Melayu.

Dan jika kaum bukan Melayu tahu dan prihatin kepada niat parti PAS menolak kewarganegaraan mereka, MiM pasti mereka juga akan kecewa dengan lakonan pemimpin-pemimpin parti PAS!

Malah, perjuangan PAS yang kononnya mahu menegakkan ideologi dan negara Islam turut mendapat tamparan hebat apabila kepimpinan tertinggi PAS sendiri mengaku mereka tidak mampu melakukannya memandangkan kompleksiti dan kepelbagaian kaum di negara ini.

Malah mereka sendiri telah di'tarbiah' oleh rakan politik DAP supaya tidak menekankan ideologi 'Islam' mereka. Dan PAS akur begitu sahaja!

Dan jika Allah swt tidak meredhai perjuangan kepimpinan UMNO dan Perikatan, mustahil kita akan dapat menikmati kemerdekaan negara ini hasil daripada usaha mereka!

Maka, MiM sarankan kepada kepimpinan PAS supaya mencermin dulu diri sendiri sebelum cuba mengkucar-kacirkan sejarah negara ini.

Mereka mesti ingat bahawa PAS tidak mahu sebarang bukan Melayu menjadi warganegara Malaysia!

Sunday, July 3, 2011

“Kalau UMNO Buat Bukan 1000 Orang Tapi Puluhan Ribu” – Zainal



GEORGE TOWN, 2 Julai – “Kalau UMNO yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman

Sambil menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam beliau memberitahu UMNO negeri mempunyai keahlian serami 150,000 orang.

Justeru tegasnya UMNO negeri tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

“Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa UMNO negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat,” katanya di sini hari ini.

Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

“Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi atas nama NGO sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

“Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

“Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa,” katanya.

Katanya UMNO Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

“Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi,” ujarnya.

Thursday, June 23, 2011

Majlis Ayahanda Malaysia Sedia Berdepan Kumpulan Bersih 9 Julai

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.

dakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?

“Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.

“Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan ’Bersih 2.0’, kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan ‘suci’ yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.

“Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya,” katanya.

Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.

Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan ‘suci’ untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka ‘Bersih’ ini,” ujarnya. -MediaUMNO.

Tuesday, June 14, 2011

Saranan Wujud Unit Perang Siber Lebih Sistematik Diberi Perhatian Segera



KUALA LUMPUR, 14 Jun- Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh melihat saranan dan pandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar UMNO perlu mewujudkan Unit Perang Siber yang lebih sistematik perlu diambil tindakan dengan kadar segera.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata ini adalah kerana antara sebab kekalahan kita pada pilihanraya umum lalu adalah disebabkan oleh pengurusan isu yang tidak teratur oleh UMNO.

“Sebelum ini, Jentera Media UMNO hanya bertumpu kepada media arus perdana untuk menjawab isu yang dimainkan oleh Pembangkang. Justeru itu, sudah masanya kita seharusnya mempunyai jentera yang lebih bersistematik untuk menjawab apa jua isu yang dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang.

“Kita tahu pembangkang menggunakan secara meluas media alternatif untuk memainkan propaganda dan pembohongan yang jelas yang tidak berperikemanusian, rakyat berhak mendapat jawapan dan input-input yang benar agar isu yang dimainkan dapat di kawal secara teratur yang akhirnya akan memberi kebaikan kepada rakyat,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mempunyai bajet yang besar di dalam mengurus takbir isu dan pembohongan demi untuk memenangi propaganda yang mereka cipta setiap hari.

“Walaupun UMNO mempunyai Unit Media Baru yang ditugaskan di setiap pilihan raya kecil telah berjaya memainkan peranan di dalam menangani isu-isu semasa pilihanraya kecil namun unit ini perlu diperkasakan lagi secara sistematik.

“Alhamdulillah, dengan penghak upayaan yang diberikan, gerak kerja perang siber dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun. Jika UMB diberi penghak upayaan yang sama untuk PRU13, InsyaAllah, UMB akan menunaikan tanggung jawab dengan kepercayaan tersebut sebaik mungkin,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Katanya, semasa di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, unit ini telah berjaya menggunakan seluruh jentera yang telah di latih untuk bertugas dan ianya terbukti telah membantu BN untuk menang di Sarawak. -MediaUMNO

Monday, June 13, 2011

Kerajaan PP gagal bentang Pelan Induk Perindustrian selepas setahun diumumkan: Dr Koh




GEORGETOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang gagal membentangkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang kepada penduduk negeri itu selepas diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tahun lalu.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Lim mengumumkan mengenai pelan itu pada satu seminar mempromosikan pelaburan kepada pelabur antarabangsa di Singapura pada Jun tahun lalu.


"Sudah lebih 12 bulan diumumkan, tetapi bayang pun tidak nampak, cakap saja. Saya desak Ketua Menteri bentangkan apa pelannya, kini sudah tiga tahun mereka memerintah negeri," katanya ketika merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempunyai perancangan sendiri untuk pembangunan Pulau Pinang, bukan sekadar menumpang rancangan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

"Ketika BN memerintah Pulau Pinang, kita ada rancangan pembangunan untuk setiap 10 tahun. Tetapi kerajaan negeri ketika ini menggunakan pendekatan secara ad hoc dengan mengadakan publisiti itu dan publisiti ini saja," katanya.

Dr Koh berkata, kegagalan itu mencerminkan prestasi sebenar kerajaan negeri itu yang kononnya mengamalkan konsep CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

"Adakah ini kerajaan CAT?... kerajaan kucing. Saya tidak hairan kalau beliau akan umumkannya (pelan induk) dalam dua atau tiga hari ini kerana saya sudah faham dengan sikapnya," katanya. 

Sementara itu, Dr Koh yang juga Pengerusi BN negeri, berkata BN Pulau Pinang kini semakin kukuh selepas BN gagal mengekalkan kedudukan di negeri ini pada pilihan raya umum 2008.

"Hubungan kami dalam BN Pulau Pinang semakin rapat berbanding ketika menjadi kerajaan negeri dulu. Ketika itu kami terlampau sibuk tentang soal ekonomi dan sosial negeri sehingga jarang membincangkan strategi politik," katanya.

Sementara itu, pada sidang medianya, ketika mengulas masalah Keretapi Bukit Bendera yang sering kali rosak dan kegagalan menyediakan zon menunggang kuda di kawasan pantai sehingga berlakunya kemalangan, Dr Koh berkata, ia membuktikan kerajaan negeri bukan pentadbir yang baik.

Katanya, dua insiden itu menunjukkan betapa kelam kabutnya pentadbiran kerajaan negeri yang tidak berupaya menyelesaikan masalah kecil. - BERNAMA

Friday, June 10, 2011

Kesan buruk pilihan raya masjid



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan ‘pilihan raya masjid’ mempunyai kesan negatif dalam masyarakat apabila sistem itu terbukti menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan puak atau kem tertentu dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej Islam.

Kelantan yang pernah melaksanakan kaedah itu pada 1960-an dan 1970-an terpaksa menghentikannya kerana timbul pelbagai masalah dan budaya tidak sihat dalam masyarakat.

Mengulas pelaksanaan kaedah itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhammad, berkata anak mukim akan mengundi dan meletakkan kertas undi di dalam kotak atau tabung berasingan yang tertera nama calon yang kebiasaannya membabitkan dua calon.

Malah, katanya, pertandingan juga dilakukan untuk menggantikan imam yang lanjut usia dengan menyediakan dua kotak dan satu daripadanya tertera nama calon baru, manakala satu kotak lagi tidak tertera sebarang nama.

“Kalau anak mukim memangkah dan meletakkan tanda itu dalam kotak kosong, bermakna imam tua akan terus menjadi imam tetapi sistem ini dihentikan sekitar 1970-an kerana apabila wujud pertandingan bermakna wujud kempen yang menyebabkan masyarakat berpecah belah dan berpuak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ iaitu kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa membabitkan 200 masjid di seluruh negeri itu yang didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Shukri berkata, sejak ‘pilihan raya masjid’ dihentikan, kerajaan negeri melaksanakan sistem yang mewajibkan calon menjalani tapisan menerusi ujian lisan, bertulis dan temu duga, sekali gus menyaksikan pemilihan dibuat secara telus.



“Kaedah yang diamalkan sehingga kini mampu mengelakkan perbalahan kerana tidak wujud pertikaian dikalangan anak mukim disebabkan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan,” katanya.

Pandangan Mohd Shukri disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang menjelaskan pilihan raya yang pernah diamalkan di Pahang satu ketika dulu mewujudkan persengketaan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, tidak wajar pilihan raya masjid dilaksanakan kerana ia lebih membawa keburukan berbanding kebaikan kepada umat Islam.

Katanya, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mempunyai peraturan dalam pemilihan jawatankuasa masjid apabila beberapa jawatan termasuk pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis selepas membuat pertimbangan daripada cadangan Kadi Daerah yang memperolehnya daripada ahli kariah.

Bagaimanapun, ada terdapat dua atau tiga ahli jawatankuasa masjid mukim akan dilantik oleh kariah menerusi pelbagai kaedah termasuk undian, katanya.