PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, December 24, 2010

Janji 100 hari , isu tanah kubur pun tak boleh selesaikan lagi


PULAU PINANG, 23 Dis – “Kalau isu tanah kubur pun tak boleh selesai, usah ceritalah pasal janji 100 hari…..itu belum kira lagi janji pilihanraya umum lalu. Malulah sikit pada rakyat”, demikian menurut Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Hj Azhar Ibrahim.

Tegas beliau lagi pakatan pembangkang memang terkenal pakar buat janji tapi tidak pernah tunai.

“Baru-baru ini mereka janji macam-macam lagi kata tawaran 100 hari. Tak berapa lama lepas buat janji, rakyat bangkit isu tanah perkuburan di Jelutong mereka tak dapat selesai…dalih macam-macam. Inilah pembohong besar”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Malah kata beliau lagi banyak perkara yang telah dibangkitkan mengenai janji-janji pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu namun apa yang diusulkan tidak dijawap oleh pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Tol Sungai Nyior…dulu kata nak hapuskan tapi sampai la ni rakyat dok bayar 50 sen lagi. Kes Kampung Buah Pala kata boleh selesai dua minggu…kampong tu pun dah lama roboh dah…. Banyak lagi dia tak buat, dia buat janji baru nak tipu rakyat lagi”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau juga meminta agar Lim Guan Eng dan rakan pakatannya berhenti dari memakai gelaran Khalifah Umar Aziz dan slogan ‘amar makruf, nahi mungkar’.

Ini kerana kata beliau lagi selama ini apa yang dilakukan mereka bertentangan dengan gelaran dan slogan yang dilaungkan.

“Malulah pakai gelaran tu dan mencemarkan kehebatan Khalifah Umar Aziz itu sendiri. Khalifah Umar tidak menipu dan tidak menindas rakyat”, katanya. -MediaUMNO

Wednesday, December 22, 2010

Isu lot 21 & 22 : Guan Eng lari dan pengecut




BUTTERWORTH 21 Dis. - Forum Penyelarasan Umat (Forum) menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana enggan bertemu mereka berhubung isu tanah kubur.

Timbalan Pengerusi Forum, Mohamed Hafiz Nordin berkata, biarpun beberapa pertemuan dirancang, Setiausaha Agung DAP itu bagaikan tidak mahu melayan kehendak mereka.

Malah menurutnya, Forum sendiri pernah beberapa kali menghantar surat untuk berjumpa Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu yang membelenggu orang Melayu dan umat Islam di negeri itu tetapi tiada sebarang maklum balas positif.

"Forum juga kesal dengan tuduhan liar Guan Eng yang mendakwa kami ada kepentingan dalam menyelesaikan isu Lot 21 dan 22 di Jelutong yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.

"Kami bertindak atas dasar untuk mempertahankan umat Islam dan orang Melayu yang semakin tertindas dengan tindakan beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Forum diwakili oleh beberapa NGO Islam di Pulau Pinang antaranya Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan), Persatuan Sukan India Muslim dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Tuesday, December 21, 2010

Jangan Permainkan Isu Kewarganegaraan - Jamil Khir





BALIK PULAU, 21 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempertikaikan taraf kewarganegaraan mana-mana rakyat negara ini tidak kira sama ada mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN) atau sebaliknya.

Beliau berkata semua rakyat dalam negara ini harus tahu menjaga sensitivti dan isu kewarganegaraan tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan permainan.
"Siapa kita untuk tentukan semua ini? Permainkan isu warganegara ini adalah tidak wajar sama sekali dan ini harus dihentikan," katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar.

Lim juga mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (Bangsa), Religion (Agama) dan Raja serta mempertikaikan kerakyatan mana-mana pihak yang "meraikan" tragedi 13 Mei.

Terdahulu, Jamil Khir menyaksikan majlis penyerahan kunci Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di sini pada Selasa.

Kompleks yang mampu menempatkan sehingga 800 pelajar itu dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mengandungi kemudahan dua blok asrama empat tingkat, blok pentadbiran tiga tingkat, blok akademik empat tingkat dan satu blok dewan makan serta kemudahan sukan.

Bangunan yang didirikan di atas tanah seluas 12 hektar merupakan projek terbesar yang dilaksanakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan kos sebanyak RM38.4 juta.

Jamil Khir berkata ketika ini JAWHAR dengan kerjasama MAINPP sedang membangunkan 77 unit kediaman kos sederhana rendah di Sungai Nibong yang menelan belanja RM14.7 juta.

Katanya JAWHAR juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti tanah-tanah wakaf yang berdaya maju untuk dibangunkan bagi penjanaan ekonomi dan sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Tanah wakaf yang didirikan masjid dan ada persekitaran penduduk serta kegiatan ekonomi akan berdaya saing dan memberi manfaat kepada penghuninya," katanya.

Monday, December 20, 2010

Siapa Guan Eng untuk nilai kerakyatan orang




KUALA LUMPUR 19 Dis. - Beberapa bekas pemimpin pembangkang menyelar kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan menyifatkan cauvinis DAP itu tidak layak untuk mengukur taraf kerakyatan seseorang kerana beliau sendiri adalah anti Perlembagaan.

Malah, mereka turut menggesa agar parti DAP yang dianggap sebagai 'raja perkauman' dan diktator itu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana menghormati Singapura berbanding Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Noor, tindakan Guan Eng mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan hak orang Melayu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah anti Melayu.

Tegasnya, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan DAP dengan serta-merta kerana parti itu melalui Guan Eng, secara terbuka memperlihatkan kebencian dan penentangan terhadap segala usaha untuk membela orang Melayu.

"DAP bukan sahaja parti yang anti Melayu tetapi anti Perlembagaan. Kerajaan perlu mengharamkan DAP kerana cauvinis-cauvinis yang ada dalam parti ini sepanjang masa sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.

Selain itu, Guan Eng juga melabelkan Barisan Nasional (BN) bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja, serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng tidak layak untuk menilai dan mempersoalkan kerakyatan pihak lain kerana dakwanya, seluruh ahli parti DAP 'menyembah' Singapura, dengan harapan Melaysia juga akan menjadi sebuah republik.

"Apakah layak Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP hendak mempersoalkan kerakyatan orang lain sedangkan, mereka sendiri berjuang untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sebagaimana Singapura.

"Inilah kenyataan paling bodoh. Kalau dia tidak suka dengan Perlembagaan Persekutuan dan mempertikaikan pihak yang mempertahankan hak serta kedudukan orang Melayu, Guan Eng boleh keluar daripada Malaysia, carilah negara yang sesuai dengannya," jelas beliau.

Mengenai kecaman Guan Eng terhadap pihak yang meraikan 13 Mei pula, Zahrain berkata, DAP sebenarnya takut fakta sebenar, iaitu cacian dan penghinaan bapanya, Lim Kit Siang terhadap kaum Melayu sehingga mencetuskan tragedi berdarah itu, diketahui umum.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip pula mencabar pemimpin Pas dan orang-orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kenyataan Guan Eng itu.

Katanya, Pas dan orang-orang Melayu dalam PKR yang sejak sekian lama menjadi kuda tunggangan DAP perlu menyatakan sokongan kerana kenyataan Guan Eng itu dibuat semasa konvensyen pembangkang berlangsung.

"Pemimpin-pemimpin Pas dan orang Melayu dalam PKR perlu nyatakan pendirian mereka, kalau benar mereka anak jantan. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu nyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap penghinaan Guan Eng ini.

"Anwar Ibrahim memang sudah kita akui akan menyokong apa sahaja kenyataan DAP kerana kita percaya ada sesuatu yang menyebabkan Anwar terlalu 'takut' kepada mereka, bukti itu kalau didedahkan akan membunuh terus karier politiknya," ujarnya.

Friday, December 17, 2010

Guan Eng kurang ajar , tuduh kontraktor Melayu dayus , lembik & bodoh


Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng semakin chauvinist dan juga ultra kiasu apabila membuat kenyataan bahawa kontraktor UMNO semuanya DAYUS, LEMBIK dan BODOH! Dia membuat kenyataan tersebut di satu sidang akhbar bersama pemimpin Pakatan P.Pinang.

Didalam sidang media tersebut, Lim Guan Eng dengan begitu berani menuduh bahawa kontraktor yang mempunyai kaitan dengan UMNO semuanya dayus, lembik dan bodoh. Ini katanya, kontraktor UMNO langsung tak tahu bersaing dan hanya mengharapkan projek dari UMNO sahaja.

Didalam sidang akhbar yang sama juga, Lim Guan Eng juga mengatakan bahawa para pemimpin UMNO hanya tahu cari makan dengan duit rasuah. Setiausaha agung DAP ini jelas telah membuat tuduhan tanpa sebarang bukti dan tuduhan yang dibuatnya ini tak harus dipandang mudah oleh pemimpin UMNO.

Lihat sendiri video tersebut DISINI ==>>> watch?v=e9nVrFQDWVQ

Nampaknya sekarang ini pemimpin DAP semakin berani memaki hamun bangsa melayu. Mungkin selepas ini cina kiasu ini akan memberi alasan bahawa dia hanya maki hamun kontraktor UMNO dan juga pemimpin UMNO, tetapi dia lupa yang kontraktor serta pemimpin UMNO itu adalah bangsa melayu!

Jadi, secara tak langsungnya Lim Guan Eng telah mengatakan bahawa melayu dayus, lembik dan bodoh hanya kerana mencari makan di negara tanah tumpah darahnya sendiri. Cina ini juga berani mengatakan pemimpin UMNO cari makan dengan duit rasuah tanpa sebarang bukti. Buktikan jika ini benar!!

Pernahkah pemimpin UMNO menuduh yang bukan-bukan kepadanya?

Kini jelas bahawa cina kiasu DAP amat memusuhi UMNO kerana parti UMNO telah menjaga dan memartabatkan hak bangsa melayu. Lim Guan Eng amat irihati dengan kontraktor-kontraktor melayu yang bernaung dibawah UMNO sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja bagi menutup periuk nasi mereka.

Di P.Pinang, Lim Guan Eng tahu jika kontraktor UMNO dihalang dari mendapat sebarang projek, segala tender akan dimenangi oleh kontraktor melayu yang menjadi kroni dan talibarut kepada DAP. Dengan cara ini saja penguasaan ekonomi melayu dan bumiputera P.Pinang dapat dihapuskan.

Perlu diingat, Guan Eng jelas menunjukkan sifat gila kuasanya apabila tak berlaku adil didalam negeri. Apakah kontraktor melayu UMNO bukan sebahagian dari rakyat P.Pinang? Ini amat berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional apabila membahagikan semua sumber perniagaan dan peluang untuk maju kepada semua rakyat tanpa mengira parti.

Hari ini apabila cina kiasu ini menjadi Ketua Menteri, dia maki hamun melayu-melayu UMNO kerana dia berasa sudah amat berkuasa. Cuba bayangkan jika jenis-jenis manusia sebegini diangkat menjadi pemimpin utama negara…, pasti akan habis semua melayu dipijak dan dimaki hamun jika tak sebulu dengannya.

Inilah bahayanya jika puak komunis seperti DAP ini diberikan kuasa. Mereka tak akan tahu dari mana asal mereka dan takkan sedar tempat mereka yang sebenar. Itupun masih ada lagi menteri melayu kita yang terhegeh-hegeh di Parlimen menyambut kedatangan kaum kiasu ini yang secara terang menghina bangsa melayu dan Islam!

Jika dibiarkan semua ini berterusan, lambat laun puak-puak ini akan mula memijak-mijak kepala bangsa melayu dan juga memaki hamun anak-anak melayu tak kira masa! Mahukah kita semua lihat ini berlaku didepan mata kita?

Tuesday, December 14, 2010

LIM GUAN ENG 'DOUBLE STANDARD'.

PULAU PINANG, 14 Dis – Tindakan kerajaan negeri yang mengambil sikap berdiam diri terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu di Pulau Pinang membuktikan ketidak prihatinan kepimpinan pakatan pembangkang terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama mereka yang pendapatan rendah.

Adun Bertam, Zabariah Wahab berkata sejak Pulau Pinang diperintah pakatan pembangkang, kehidupan golongan peniaga kecil terutama orang Melayu semakin teruk dan tertekan berikutan tindakan pihak berkuasa yang merobohkan kawasan perniagaan mereka dengan alasan pembangunan atau berniaga tanpa lesen.

“Pembangunan dengan berniaga tanpa lesen , itulah modal yang digunakan kerajaan negeri , kalau mereka kata nak buat pembangunan tetapi sehingga sekarang tak nampak pun apa-apa pembangunan dilakukan.

“Yang peliknya, peniaga Melayu sering jadi mangsa, apakah kawasan bukan Melayu tidak terlibat dengan pembangunan, ini menunjukkan adanya `double standard’ atau pilih kerajaan negeri,” katanya kepada umno-online.

Zabariah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering menyatakan bahawa tidak ada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diperkenalkan sejak memerintah negeri itu.

Bagaimanapun, sejak Pulau Pinang di perintah pakatan pembangkang yang diterajui DAP, peniaga serta penduduk berpendapatan rendah terutama di kawasan yang didiami orang Melayu sering menjadi mangsa dengan tindakan penguatkuasa tempatan dengan alasan pembangunan.

Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang mempersoalkan alasan serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kerana yang menjadi mangsa hanya sesuatu pihak sahaja dan tiada pembelaan terhadap mereka.

“Kita tidak menolak pembangunan, tetapi apakah benar pembangunan ingin dilaksanakan atau mempunyai agenda tersembunyi, dan menjadi kemusyikilan hanya kawasan orang Melayu sering jadi mangsa.

“Ini bukan masalah perkauman tetapi kita perlu telus, jika tiada lesen banyak lagi peniaga bukan Melayu yang berniaga tanpa lesen tapi tiada tindakan yang diambil, masalah peniaga tanpa lesen ini bukannya sedikit, di tengah-tengah George Town tu ramai peniaga yang tidak ada lesen, tiada tindakan di ambil,” katanya.

Menurutnya, ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bukan tiada peniaga yang dikenakan tindakan atau gerai dirobohkan, tindakan itu hanya dilakukan apabila didapati kawasan itu benar-benar ingin dibangunkan ataupun kawasan perniagaan mereka itu tidak bersesuaian sebab itu diambil tindakan.

“Walaupun tindakan diambil seperti merobohkan gerai, namun pembelaan terhadap peniaga itu tetap ada, mereka di tempatkan di kawasan lain yang lebih bersesuaian, kalau tak disediakan bagaimana mereka nak hidup, itukan punca pendapatan mereka, kalau tak ada pendapatan lagi susah,” katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri terutamanya pihak berkuasa tempatan supaya bertimbang rasa terhadap setiap tindakan yang ingin dilakukan dan jangan hanya bertindak membabi-buta tanpa memikirkan nasib mereka yang terbabit. -MediaUMNO

Tuesday, November 30, 2010

Guan Eng dicabar dedah nilai tender bumiputera




BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkang Malaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata, tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

Sunday, November 28, 2010

DAP Pulau Pinang Pilih 'Bulu' !!

Di sebalik tindakan agresif agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai penjaja sejak kebelakangan ini, banyak gerai lain yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dibiarkan beroperasi tanpa diambil tindakan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan negeri bersikap adil memandangkan gerai-gerai berkenaan secara terang-terangan tidak mengikut peraturan termasuk didirikan melebihi bahu jalan sehingga sering menyebabkan kesesakan trafik.

Keadaan itu boleh dilihat di sekitar Taman Chai Leng dan berhampiran Kompleks Makanan Sin Tat di Jalan Raja Uda di sini yang sinonim dengan keadaan sesak ekoran kewujudan gerai-gerai yang didirikan di bahu-bahu jalan.

Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Saadin Kadir berkata, kerajaan negeri seolah-olah bersikap pilih bulu dalam mengambil tindakan dengan hanya memberi tumpuan terhadap sesetengah peniaga kecil sahaja.

''Sikap pilih bulu ini begitu ketara. Kalau betul kerajaan negeri mahu bersikap adil kenapa gerai lain yang terang-terang melanggar peraturan terlepas daripada tindakan," katanya di sini hari ini.

Kerajaan negeri kebelakangan ini bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil kerana didakwa beroperasi secara haram.

Terbaru, enam pengusaha gerai makanan dan minuman di Bandar Perda, dekat sini hilang mata pencarian selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam satu operasi semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi itu, pelbagai peralatan termasuk khemah dan payung gerai, dapur, meja serta kerusi milik peniaga terbabit dirampas.

Saadin berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kawasan tersebut boleh dijadikan lokasi tapak perniagaan sementara bagi memberi peluang kepada peniaga terbabit mencari rezeki.

Menurutnya, alasan yang diberikan kepada peniaga terbabit bahawa gerai mereka mengganggu lalu lintas juga tidak munasabah memandangkan mereka sudah berniaga sejak bertahun yang lalu tanpa sebarang masalah.

''Tetapi keadaan trafik yang sesak di Jalan Raja Uda misalnya tidak pula diberi perhatian sedangkan umum mengetahui kesesakan di situ berpunca daripada kewujudan gerai-gerai yang dibina berhampiran jalan," jelasnya.-Utusan Malaysia.

Friday, November 26, 2010

DAP bohong lagi, tak beri fakta sebenar isu Kg Genting

BUTTERWORTH 24 Nov. – Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melakukan pembohongan apabila tidak memberi fakta sebenar berhubung isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah universiti asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mendakwa, ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri menyatakan bahawa pengambilan tanah berkenaan masih di peringkat cadangan dan kajian.

”Bila disiasat, tanah itu sebenarnya sudah pun digazetkan mengikut Seksyen 8 (Akta Pengambilan Tanah 1960) dan ini membuktikan bahawa proses pengambilan tanah sedang berlaku.

”Hanya tunggu perbicaraan dan bayar duit (pampasan penduduk) akan dibuat, seterusnya tanah menjadi hak kerajaan negeri. Jadi, bagi saya ini satu pembohongan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Kerajaan negeri bercadang mengambil sebahagian besar tanah milik penduduk di Kampung Genting untuk dijadikan sebagai Hab Kecemerlangan Pendidikan termasuk pembinaan universiti swasta dari luar negara.

Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan penduduk yang mempersoalkan kewajaran tanah di perkampungan kecil itu mahu diambil sedangkan masih banyak tanah kosong di tempat lain yang lebih sesuai seperti di Kuala Sungai Pinang, Pulau Betong dan Air Putih.

Pada 18 Oktober lalu, lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan tersebut dan bertekad akan mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Sementara itu, Hilmi turut mempersoalkan pembinaan universiti swasta di tapak berkenaan kerana ia tidak memenuhi syarat proses pengambilan tanah yang menetapkan pembangunan hendaklah membabitkan kepentingan awam.

”Setakat ini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina universiti berstatus awam, sebaliknya kami difahamkan ia berstatus swasta.

”Lebih penting, kita bukan bercakap soal tanah orang Melayu tetapi melibatkan semua kaum memandangkan penduduk termasuk yang berketurunan Cina dan India sudah lama tinggal di situ dan masih ada tempat lain lebih sesuai,” jelasnya.



Thursday, November 25, 2010

Gerai makanan & minuman di Bandar Perda diroboh kerajaan DAP

BUKIT MERTAJAM 24 Nov. – Di sebalik protes serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, aktiviti agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai golongan itu seolah-olah tiada kesudahannya, malah semakin menjadi-jadi.

Jika sebelum ini tindakan meroboh gerai Melayu tertumpu di kawasan pulau, kini ia menular ke Seberang Perai. Terbaru enam pengusaha gerai makanan dan minuman berhampiran astaka medan selera Bandar Perda di sini pula menjadi mangsa.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi ini, kira-kira 30 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meroboh gerai peniaga kecil di kawasan itu kerana didakwa beroperasi secara haram.

Selain khemah dan payung gerai, pelbagai peralatan termasuk mesin atau dapur memasak, meja serta kerusi turut dirampas.


Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.

Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.

“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .

Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.

“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.

Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.

“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.

‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya
menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.

Wednesday, November 24, 2010

Nelayan Sg Gelugor enggan pindah , desak kerajaan DAP bina jeti baru


PULAU PINANG 23 Nov. - Bimbang jeti dan bangsal dirobohkan pihak berkuasa tempatan, seramai 24 nelayan bersama keluarga masing-masing 'berkawal' di jeti mereka di Sungai Gelugor di sini hari ini.

Mereka bertekad untuk mempertahankan kawasan tersebut kerana tidak mahu berpindah ke jeti sementara di Kompleks Pendaratan Ikan Jelutong yang didakwa tidak sesuai berikutan ombak kuat yang boleh merosakkan bot.

Selain itu, jeti sementara berkenaan juga didakwa terlalu sesak dengan bot nelayan lain.

Menurut wakil kumpulan nelayan tersebut, Salleh Hashim, selain itu, mereka juga tidak pasti bila jeti baru bernilai RM400,000 yang dijanjikan pemaju akan dibina.

"Persoalannya sampai bila kami akan ditempatkan di jeti sementara dan bila pula jeti baru siap?" katanya ketika ditemui di jeti berkenaan di sini hari ini.

Para nelayan berkenaan merupakan antara yang terkena tempias projek pembinaan Lebuh Raya Jelutong dan pembangunan projek perumahan mewah.

Sebagai ganti, nelayan pantai itu diarah berpindah ke penempatan sementara iaitu di Kompleks Pendaratan Ikan Jelutong yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ yang disediakan kerajaan negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bagaimanapun, penempatan baru serba moden yang bernilai kira-kira RM3.5 juta itu dikatakan tidak sesuai kerana ia meningkatkan kos operasi nelayan selain kesesakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Nelayan Selatan Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, pihaknya berharap nasib nelayan terbabit tidak diabaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ini kerana jelasnya, golongan itu turut membantu sektor pelancongan berikutan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai beriadah.

"Lagi pun, jeti sementara yang disediakan tidak sesuai kerana air laut di situ beralun kuat dan merosakkan bot nelayan," ujarnya.

Tuesday, November 23, 2010

Kenapa Tanah Melayu Mudah Tergadai ?

KEMELUT dan nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang yang terpinggir telah lama kedengaran. Tetapi ia kini semakin lantang kedengaran disebabkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula mengambil satu demi satu tanah untuk tujuan pembangunan.

Ya...kita tidak boleh menolak pembangunan. Tetapi soalnya, pembangunan yang bagaimana perlu dilakukan agar keadilan sosial dapat dinikmati semua kaum di negeri itu.

Apa yang jelas adalah pembangunan ‘berat sebelah’ iaitu sekadar membina pangsapuri mewah yang tidak mampu dimiliki majoriti penduduk Melayu.

Menitip pantun lama yang berbunyi:

Pulau Pinang bandar baru,
Kapten Light menjadi raja;
Bila terkenang zaman dahulu,
Jatuh berlinang air mata.

Hakikatnya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang mula dibangkitkan selepas pilihan raya 1969. Sejak kira-kira 40 tahun lalu iaitu sewaktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui UMNO, Gerakan, MCA dan MIC memerintah, memang banyak hal ehwal berkaitan nasib Melayu Pulau Pinang diperkatakan termasuk dalam isu tanah.

Namun kita perlu faham bahawa masalah berkaitan tanah Melayu di Pulau Pinang memang rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan banyak perkara terutama berkaitan status. Ini kerana sebanyak 60 perkampungan Melayu di Pulau Pinang merupakan tanah ceti atau tanah tumpang. Kesemua kampung itu kini mempunyai kira-kira 7,000 penduduk. Begitulah status tanah di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah, Kampung Permatang Tepi Laut dan Kampung Teluk Kumbar. Kesemua tanah itu kini telah dan akan menjadi milik pemaju.

Ia jadi begitu selepas tanah yang diwarisi daripada nenek moyang telah digadai kepada ceti. Ceti pula menjual tanah itu kepada pemaju.

Memang menyedihkan kerana rupa-rupanya selama ini, orang Melayu menumpang teduh di atas tanah yang asalnya milik mereka, tetapi terpaksa keluar dari kampung selepas mendapat perintah mahkamah.

Dalam kes Kampung Jalan Pokok Asam, ia akan dimajukan dengan projek kediaman bertingkat berharga RM800,000 seunit oleh pemaju dari Kuala Lumpur.

Ya...kita akui tanah telah tergadai dan penduduk tidak boleh berbuat apa-apa untuk kekal di kampung masing-masing. Namun, jika benar-benar kerajaan negeri yang dikuasai DAP prihatin terhadap nasib rakyat, tentu kerajaan negeri campur tangan dalam isu yang melibatkan nasib dan masa depan penduduk Melayu Pulau Pinang.

Setakat hari ini, apa yang kita nampak penduduk kampung terpaksa berjuang sendirian untuk mendapatkan keadilan terutama dalam soal pampasan. Malah, lebih teruk ada penduduk tidak mendapat apa-apa pampasan. Di mana tanggungjawab sosial yang sepatutnya dipikul kerajaan negeri?

Di sebalik itu, banyak pihak tertanya-tanya kenapa begitu mudah tanah Melayu Pulau Pinang tergadai? Adakah salah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sehingga tahun 2008? Marilah kita berfikir jauh ke hadapan.

Banyak pihak menuduh UMNO yang menjaga kepentingan penduduk Melayu Pulau Pinang menjadi punca kenapa banyak tanah Melayu tergadai. Ia satu tuduhan tidak berasas kerana UMNO tidak memiliki tanah-tanah tersebut. Ia adalah hak milik penduduk yang mewarisinya daripada nenek moyang mereka.

Ketika mahu menjual tanah-tanah tersebut, mereka tidak merujuk perihal itu kepada pemimpin UMNO. Justeru, kenapa UMNO dipersalahkan? Penduduk menjual tanah atas kehendak sendiri selepas ‘kelabu mata’ melihat habuan lumayan yang bakal diterima. (seterusnya...)

Sunday, November 21, 2010

Penyokong ISA bantah forum Anti ISA



oleh : media permatang pauh


Bertempat di KOMTAR Walk, satu forum membantah ISA telah dianjurkan oleh DAP bagi menyebarkan dakyah buruk terhadap akta tersebut tengah hari tadi.

Forum ini yang dihadiri oleh bekas-bekas tahanan ISA seperti Mat Sabu dan Hishamudin Rais bagaimanapun kurang mendapat perhatian dari masyarakat sekitar P.Pinang. Hanya lebih kurang 40-50 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di tempat Forum tersebut.

Forum menjadi "panas" apabila sekumpulan warga P.Pinang menyerbu ke Forum berkenaan dengan membawa sepanduk "Kami Sokong ISA". Kekacauan hampir tercetus akibat dari penyokong DAP yang menghalang kemaraan kumpulan 50 orang pro ISA berkenaan.














p/s: Ng Wei Aik, Mat Sabu dan Hishamudin Rais pucat lesi bila diasak kumpulan pro ISA ni tadi... baru depa tauu bukan semua orang P.Pinang setuju dengan depa...

Friday, November 19, 2010

Lim Guan Eng Tidak Hormati Perlembagaan Persekutuan?

MIM terkejut dengan tindakan kerajaan Lim Guan Eng yang mengadakan pilihanraya PBT baru-baru ini. MIM terkejut kerana 2 perkara:-

1. Pilihanraya PBT itu tidak dihebahkan kepada rakyat Pulau Pianang.
Malah di web MPPP sendiri tiada pengumuman tentang pilihanraya PBT yang diadakan pada 14hb November yang lepas di Penang Chinese Girls Alumni Association.


Di fahamkan hanya 300 orang sahaja yang hadir dan mengundi. Yang memualkan ialah tidak ada seorang pun orang Melayu yang menang sama ada di MPPP atau pun MPSP! Klik sini.

Kenapa sampai begitu?


Bukankah kaum Melayu perlukan wakil yang menang bertanding dan bukan hanya atas perlantikan sahaja?


Dimanakah undi kaum di Pulau Pinang ini? Dalam sampah?

Di manakah wakil kaum Melayu di PBT Pulau Pinang? Terpinggir sekali lagi?


2. Selain tidak diketahui umum, Lim Guan Eng telah memperlekehkan beberapa Akta yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan apabila beliau meneruskan juga pilihanraya PBT! Kurang ajar betul!

a. Realitinya, pilihan raya kerajaan tempatan dalam Akta 473 telah dimansuhkan dan dihentikan kuat kuasanya atau terhenti mempunyai kesan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Subseksyen 15(1) Akta 171 memperuntukkan seperti yang berikut:-


b. Tiada mana-mana peruntukan dalam Akta 171 yang memberi PBN kuasa untuk mengecualikan penggunannya.

c. Dengan termansuh dan terhentinya kuat kuasa dan kesan bagi apa-apa peruntukan berhubung dengan pilihan raya kerajaan tempatan, keanggotaan sesuatu Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibuat secara pelantikan (appointment).

d. Sehubungan dengan itu, sekiranya kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan semula pilihan raya PBT, suatu keputusan dasar hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada pilihan raya kerajaan tempatan hendak diadakan semula atau sebaliknya.

e. Tetapi, berdasarkan kepada Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, walaupun kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa Negeri masing-masing, apa-apa perkara yang melibatkan perubahan dasar dan perundangan mengenainya adalah tertakluk kepada kelulusan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT).


Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh membuat apa-apa perubahan dasar mahupun undang-undang berhubung dengan kerajaan tempatan secara bersendirian tanpa melalui MNKT terlebih dahulu.

Makanya, jika merujuk kepada perjalanan dan Akta yang tidak dihormati oleh jawantankuasa yang terlibat di dalam pilihanraya PBT pada Ahad yang lepas, pilihanraya itu sebenarnya amat meragukan dan tidak sah !!

Tetapi Lim Guan Eng pula seperti tidak peduli serta membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Sungguh biadap !


Di manakah suara-suara orang Melayu di dalam kerajaan Lim Guan Eng ? Di manakah Mansur Othman PKR, Malik Kassim PKR, Salleh Man PAS atau pun Anwar Ibrahim, MP Permatang Pauh? Takut?

Dan cuba bayangkan, jika perkara kecil di dalam Perlembagaan Persekutuan ini pun tidak dipedulikan oleh Lim Guan Eng dan DAP, apatah lagi Akta-akta lain di dalam Perlembagaan?

Lim Guan Eng semakin nampak 'tanduk' beliau ! Sedarlah !

Tuesday, November 16, 2010

Pas gerun Winning formula BN dalam PRU 13


BN telah menemukan ramuan menang dalam pilihanraya melalui PRK Galas dan PRK Batu Sapi. Ramuan itu kini membimbangkan parti Pas, kata Exco kerajaan Negeri Kelantan, Hussam Musa.

Pada kongress Parti Bersatu Sabah (PBS)komponen Bn-Sabah yang ke-25 minggu lepas, telah menerima pakai ramuan menang BN itu dalam menghadapai pilihan raya umum akan datang.

Ternyata Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penggerak utama semua pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-12 akhirnya menemukan Formula menang itu.

Kesan daripada "wiining formula" itu sungguh menggerunkan parti pembangkang, kerana ianya sungguh berkesan, jika dilihat daripada jumlah majoriti yang diperolehi calon-calon BN.

Selain daripada itu, BN kini terutama parti utamanya-Umno telah banyak melakukan perubahan demi memenuhi aspirasi rakyat secara keseluruhannya.

Sap kepimpinan UMNO telah menjalankan tugas dengan baik di semua peringkat. Tugas penerangan parti dengan jitu berjaya disampaikan oleh Ketua penerangan Umno, Datu Ahmad Maslan, demikian juga tugas-tugas pengurusan parti berjaya dipikul dengan jitu oleh Tengku Adnan Mansor.

Demikian juga sifat-sifat kesukarelawan para ahli Umno mempertambatkan parti, baik dibidang penulisan mahupun perbualan biasa dan sikap, kini kembali kepada matalamat asal penubuhan parti terbesar melayu itu.

Sifat-sifat jelek yang sebelum ini terdapat dalam Umno-warisan daripada Anwar ibrahim dan kumpulan, secara perlahan-lahan mula sirna.

Niat dan tujuan ikhlas perjuangan para pemimpin Umno kini mula dirasai rakyat, kerana pucuk pimpinan parti Datuk seri Najib Razak dan Timbalannya Tan sri Muhiyiddin Yassin telah merasakan dan mendalami degup jantung ahli-penyokong dan rakyat secara keseluruhannya.

Sementara gerak kerja Umno semakin kuat, parti pembangkang seriphan Umno-PKR kini dalam kemelut-ekoran terbongkarnya kepimpinan palsu Anwar.

Menghadapi kemelut PKR itu-Umno tidak seharusnya lengah, sebaliknya terus mengembilang tenaga di semua lapiasan-agar UMNO senantisa di hati rakyat-bukan sahaja pada PRU-13 akan tetapi untuk selama-lamanya. Dulu-kini-dan selamanya perlu senantiasa disemai di setiap sanubari para ahli dan penyokong umno.

Sunday, November 14, 2010

Tiada bukti projek landasan berkembar punca banjir



BUKIT MERTAJAM 13 Nov. - Belum ada bukti menunjukkan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar yang sedang dijalankan menjadi punca kejadian banjir besar di Kedah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, adalah sesuatu yang merugikan jika pembinaan landasan berkembar elektrik tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan dakwaan tanpa asas kukuh itu.

Menurutnya, beliau yakin pihak terbabit akan menjalankan kajian teknikal dengan segera supaya projek berkenaan tidak terjejas dan dapat berjalan mengikut jadual.

"Saya diberitahu belum ada bukti projek berkenaan menjadi faktor utama kepada banjir di Kedah tapi kita perlu tunggu dan lihat.

"Saya yakin pihak terbabit akan menjalankan kajian untuk memberi kata putus sama ada terbukti banjir yang berlaku ada hubung kait dengan projek tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan syarikat pemaju pembinaan landasan berkembar itu, syarikat MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) memberhentikan dengan segera projek berkenaan yang melibatkan tanah di negeri ini bagi mengelak banjir.

DAP fobia tarikh 13 Mei - Belia 4B Malaysia




Tarikh 13 Mei amat mengerunkan DAP hingga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan berkuat kuasa 17 Ogos lalu kerana menyebut perkataan ’13 Mei’.

Presiden Belia 4B Malaysia, Mua’ammar Gaddafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin berkata, DAP takut dengan bayang-bayang sendiri kerana selama ini, DAPlah yang selalu membawa dan menimbulkan isu-isu perkauman.

“Sebelum ini, rakyat Malaysia hidup aman damai. Kita boleh hidup dengan cara kita. Tiada siapa nak pertikai Perkara 153, tiada siapa pertikai hak istimewa Melayu. Kenapa sekarang semua ini boleh berlaku.

“Itulah cara DAP berpolitik. Mereka tidak matang, mereka fobia dengan tarikh tersebut,” ujarnya ketika di hubungi UMNO Online.

Tambahnya, sudah berapa kali tarikh 13 Mei berlalu sejak 13 Mei 1969 sampai sekarang. Tidak ada apa pun berlaku, Malaysia tetap selamat, aman dan makmur.

“Namun, sejak mereka main politik ‘jolok sarang tebuan’, mulalah mereka takut. Sebenarnya mereka DAP bimbang kesan dari kejadian 13 Mei tersebut, iaitu penyatuan orang-orang Melayu. Itulah sebenarnya fobia utama DAP,” tambahnya lagi.

Saturday, November 13, 2010

Penduduk bantah kerajaan DAP rampas dewan




BUTTERWORTH 12 Nov. – Kira-kira 150 penduduk serta pemimpin masyarakat sekitar Telok Air Tawar di sini mengadakan perhimpunan secara aman membantah kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas sembilan buah dewan kegunaan orang ramai di kawasan tersebut.

Mereka yang terdiri daripada penduduk beberapa taman perumahan sekitar sini mengecam tindakan kerajaan negeri yang menghantar notis mengarahkan supaya semua bangunan dewan di kawasan tersebut dikosongkan dalam masa terdekat.

Bangunan terbabit ialah Dewan Panorama, Dewan Orang Ramai Taman Tun Dr. Awang, Taman Sri Pantai, Taman Melati, Taman Robina, Taman Senangan, Kampung Contoh, Dewan Belia Bagan Lebai Tahir dan Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Telok Air Tawar.

Menurut mereka, kerajaan negeri tidak mempunyai hak mutlak ke atas dewan berkenaan kerana semuanya dibina menggunakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri sebelum ini sudah mengambil alih tiga buah dewan di kawasan itu untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) selepas menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi penduduk mendakwa ia terbiar tanpa diselenggara.

Seorang penduduk, Abdul Hamid Ahmad, 76, mempersoalkan kenapa dewan-dewan berkenaan mahu diambil alih sedangkan ia sudah diurus dengan baik dan penduduk bebas menggunakannya bagi pelbagai tujuan termasuk penganjuran kelas malam pelajar, tabika, kenduri kahwin serta aktiviti persatuan.

‘‘Kita minta kepada kerajaan negeri, hentikanlah berpolitik berlebihan sampai dewan kegunaan orang ramai pun nak ambil. Kalau ambil alih, rakyat kena bayar sewa, kena isi dan hantar borang, bukankah itu hanya menyusahkan penduduk,” katanya.

Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang


SETIAP hari selepas pulang dari kerja, Zambri Abdul Rahman, 45, akan memeriksa peti surat rumahnya. Seperti biasa, pelbagai risalah dan surat memenuhi ruang peti itu yang terletak di tingkat bawah sebuah flat kos rendah di Tanjung Tokong.

Namun, dalam banyak-banyak risalah, ada satu agak berbeza daripada yang lain. Bersaiz kertas A4, ia dicetak di kedua-dua belah muka surat dengan dua isi kandungan berbeza.

Satu bertajuk ‘UMNO takut rakyat akan tanya mengapa dulu BN (Barisan Nasional) tak boleh bagi duit, kini PR (Pakatan Rakyat) boleh bagi duit? Dan, takut rakyat dapat jawapan kerajaan tak makan duit, rakyat dapat duit’.

Ia berkaitan isu pemulangan wang ihsan RM100 oleh warga emas yang was-was dengan sumber dana daripada hasil judi.

Manakala satu lagi tajuk adalah ‘UMNO terus berbohong, kerajaan PR terus difitnah’, iaitu mengenai isu pengambilan tanah di Kampung Genting dan Pondok Upeh di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi.

Dua tajuk berbeza tetapi mempunyai motif sama, iaitu memperlihatkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah ‘orang baik’ manakala BN khususnya UMNO sebagai ‘orang jahat’.

Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan, pengedaran risalah tersebut adalah strategi Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa apa yang dibongkar dalam media massa selama ini adalah palsu.

Katanya, Guan Eng cuba memperdayakan rakyat bahawa segala kelemahan atau kecacatan dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya melibatkan orang Melayu yang disiarkan itu merupakan kerja jahat BN.

“Dia (Guan Eng) buat begini untuk meyakinkan rakyat bahawa isu-isu yang berbangkit kebelakangan ini adalah satu pembohongan, cerita yang diada-adakan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun, Cheng Guan melihat strategi itu sebagai tindakan terdesak Guan Eng untuk menutup segala kepincangan dalam pentadbirannya.

Ini kerana, dalam tempoh dua tahun mentadbir, Setiausaha Agung DAP itu dilihat gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang.

Namun, beliau percaya, rakyat tidak mudah untuk digula-gula dengan cara sedemikian.

“Lama-kelamaan rakyat akan bangkit kerana sudah bosan dengan putar-belit Ketua Menteri sekarang,” ujarnya.


Beliau memberikan contoh demonstrasi oleh lebih 200 anak jati Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu sebagai membantah dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih bersifat menindas.

Dalam bantahan itu, bukan sahaja orang Melayu, ia turut disertai kaum lain.

Antaranya peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pemilik tanah di Kampung Genting, ahli UMNO, Pas, PCM dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.

Cheng Guan menambah, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih banyak lagi demonstrasi dianjurkan selepas ini.

Ini kerana, jelasnya, dasar pentadbiran yang diamalkan Guan Eng seolah-olah tidak menghiraukan pandangan rakyat dan bersikap kuku besi.

Maka jalan terbaik adalah demonstrasi yang mungkin satu-satunya saluran untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian negara, rakyat terpaksa melakukannya kerana tidak mahu lagi menunggu dan terus menunggu dengan harapan suara mereka didengari dan diberi perhatian.

Bagi mereka, cara rundingan dan penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini tidak mendatangkan kesan.

Mereka sudah jelak dengan alasan dan hujah pemimpin kerajaan negeri.

Kepada Guan Eng, Cheng Guan memberikan nasihat berikut,

“Janganlah berlagak sebagai raja di Pulau Pinang, jangan menganiaya rakyat lagi.

“Ubah mentaliti pembangkang, bekerjalah untuk rakyat.”

Friday, November 12, 2010

Adun BN Sg Dua tempelak Malik Kassim isu peruntukan sekolah agama oleh kerajaan Pusat




GEORGETOWN - Sesi penggulungan Bajet 2011 baru bermula pagi semalam tetapi keadaan sudah menjadi riuh apabila berlaku pertengkaran antara Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) dengan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung).

Ketegangan bermula apabila Abdul Malik menyebut Kerajaan Pusat sudah menghentikan peruntukan kepada sekolah agama dan projek berkaitan keagamaan di Pulau Pinang.

Jasmin bangun membantah kerana kenyataan itu adalah tidak benar memandangkan Kerajaan Pusat memberi banyak peruntukan untuk pelbagai program keagamaan dan syiar Islam kepada semua negeri termasuk Pulau Pinang.

“Jangan kata Kerajaan Pusat tidak membantu atau menghentikan peruntukan. Ini tuduhan yang tidak benar. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat memberi elaun kepada imam dan guru Kafa. Siapa yang membayar dan menaikkan kadar elaun itu selama ini.

“Semuanya dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri hanya menokok tambah (top-up) RM50 sebulan untuk guru Kafa. Adakah dengan jumlah itu, bermakna Kerajaan Negeri yang membiayai elaun untuk guru Kafa,” katanya.

Jasmin juga cuba mendapatkan pengesahan Malik mengenai kenyataannya sebelum itu bahawa wang sumbangan untuk miskin tegar ada juga dari sumber judi.

Malik berkata, terdapat sumbangan daripada syarikat berunsurkan judi untuk disalurkan kepada peserta miskin tegar kerana ada fatwa yang membenarkannya seperti yang dijelaskan oleh Mohd Salleh Man Mat Aji (Pas-Permatang Pasir) ketika berbahas sebelum ini.

“Ada fatwa yang membenarkan wang haram digunakan untuk membantu orang miskin dalam keadaan tertentu. Itulah YB tidak mahu dengar. Masa orang beri penjelasan balik awal,” katanya dengan sinis.

Mohd Salleh bangun dan berkata ada fatwa membenarkan persoalan itu dan oleh itu penerima bantuan tidak perlu khuatir mengenainya.

“Wang itu boleh diterima dan tidak perlu berasa was-was. Ia adalah amalan syaitan seperti yang ditimbulkan oleh pembangkang (UMNO),” katanya.

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) bangun menjelaskan bahawa sebahagian daripada penerima bantuan, terutama warga emas adalah mereka yang mempunyai asas agama dan ada ilmu tentang keagamaan.

“Dengan pengetahuan seperti itu, mereka juga boleh menilai sendiri sama ada sesuatu perkara itu boleh menimbulkan keraguan atau was-was,” katanya.

Thursday, November 11, 2010

Speaker Dun PP fobia istilah Kerajaan DAP


PULAU PINANG 10 Nov. - Istilah 'kerajaan DAP' yang digunakan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang bagi merujuk kepada kerajaan negeri menimbulkan suasana kecoh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Malah kerana menggunakan istilah tersebut beberapa kali, Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) diarah keluar dari Dewan oleh Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.

Beliau sebelum itu ditegur oleh Abdul Halim supaya menggunakan istilah kerajaan negeri menggantikan kerajaan DAP ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Pulau Pinang yang ke-12 malam tadi.

Roslan kemudiannya menggunakan istilah 'kerajaan pimpinan Ketua Menteri DAP' namun dibantah R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) sehingga menimbulkan suasana tegang menyebabkan Abdul Halim masuk campur.

Speaker kemudiannya mengarahkan Roslan menarik balik istilah itu atau berdepan tindakan diarah keluar.

Jelas Roslan, beliau telah dua penggal menjadi wakil rakyat dan Speaker sebelum ini dapat mengendalikan sidang DUN dengan matang namun Speaker yang ada kini disifatkannya memihak kepada kerajaan DAP.

"Saya tidak singgung perasaan Speaker namun terlalu banyak gangguan daripada Rayer dan beberapa wakil rakyat kerajaan yang lain.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga ternyata bukan sahaja berkuasa di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. malah juga di DUN," katanya.

Abdul Halim akhirnya menangguhkan perbahasan pada pukul 10.30 malam selepas Roslan enggan keluar tanpa sempat menghabiskan perbahasannya.

Ketika ditemui di luar dewan, Roslan berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membawa masalah rakyat di DUN tetapi terlalu banyak gangguan ketika beliau berbahas.

"Saya hanya sempat baca 20 peratus daripada isi perbahasan dan memang kecewa dengan tindakan wakil rakyat kerajaan dan Speaker Dewan," ujarnya.

Wednesday, November 10, 2010

ADUN DAP biadab , gelar peserta demonstrasi monyet




PULAU PINANG 9 Nov. - Perkataan monyet menghangatkan suasana Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini apabila R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh pihak yang membuat demonstrasi pada 2 November lalu sebagai 'monyet' yang diikat.

Ia ekoran tindakan salah seorang peserta demonstrasi itu merantai dirinya pada pagar utama DUN akibat kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penduduk negeri itu.

Pertikaman lidah itu berlaku ketika Ng Wei Aik (DAP-Komtar) sedang membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 hari ini.

Ketika menyentuh tentang kerajaan DAP negeri yang sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan pembinaan projek taman tema air Escape Water Park di Batu Ferringhi, Rayer mencelah dengan mempersoalkan demonstrasi yang berlaku itu menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang.

"Demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut," katanya.

Namun ia dibantah Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) kerana ia dianggap perkataan yang menghina dan mahu ia ditarik balik.

Arif Shah berkata, Rayer mungkin tidak tahu siapa sebenarnya yang merantai diri itu sama ada dia daripada UMNO atau parti lain.

"Kita boleh tengok gambar siapa sebenarnya lelaki yang rantai diri itu. Jangan main tuduh sahaja UMNO yang jadi dalang," katanya.

Wei Aik turut menambah, demonstrasi itu juga berlaku kerana ada monyet yang turut serta dan biarpun bukan Pemuda UMNO yang menjadi monyet tetapi mereka yang membawa monyet ke sidang DUN.

Tindakan itu menimbulkan bantahan pihak pembangkang sebelum Speaker Datuk Abdul Halim Husain mengarahkan Wei Aik menarik balik perkataan monyet itu.

Penduduk Kg Genting kecewa kerajaan negeri tetap mahu ambil tanah



PULAU PINANG 8 Nov. – Penduduk Kampung Genting, Balik Pulau kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu pengambilan tanah di kampung mereka untuk dijadikan ‘hab pendidikan’ yang disifatkan tidak peka terhadap kesusahan rakyat.

Kekecewaan penduduk itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.

Pada masa sama, Hilmi mempersoalkan kewajaran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terus berdegil mahu mengambil tanah di Kampung Genting yang dianggap sebuah perkampungan kecil berbanding beberapa tempat lain yang lebih sesuai untuk dijadikan ‘hab pendidikan’ itu.

Malah, Ketua Menteri turut disindir supaya tidak terus mendabik dada dalam usaha mewujudkan ‘hab pendidikan’ di Balik Pulau kerana kerajaan BN sudah berbuat demikian menerusi pembinaan beberapa institusi antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) di situ.

Memang menjadi hasrat saya untuk melihat Balik Pulau sebagai ‘hab pendidikan’ dan kita sudah berusaha mewujudkannya, tapi kerajaan BN tidak berbuat begitu dengan sesuka hati sebaliknya memilih tanah yang tidak ada penduduk untuk mendirikan pusat pendidikan.

“Apa yang kita kesal adalah apabila Ketua Menteri tetap berkeras hendak mengambil tanah Kampung Genting yang sangat kecil itu, cubalah fikirkan, orang kampung susah jika tanah diambil, apa lagi yang tinggal untuk mereka, janganlah begitu,” katanya.

Beliau menggesa Guan Eng memikirkan semula perkara tersebut dengan mengambil kira pandangan rakyat sekali gus memilih tempat lain yang lebih luas dan sesuai antaranya di Kuala Sungai Pinang, Air Putih dan Pulau Betong.

Tuesday, November 9, 2010

Pelancong ke Pulau Pinang merosot


PULAU PINANG 8 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana tidak memberikan maklumat yang betul mengenai industri pelancongan di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Teong Keong berkata, sebelum ini Guan Eng mendakwa industri pelancongan di Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, namun kini kerajaan DAP sendiri gagal memperkenalkan program baru dalam kalendar pelancongan negeri.

Menurutnya, semua program yang dibuat seperti Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, Pesta Pulau Pinang, Pesta Chingay, Festival Perahu Naga Antarabangsa dan banyak lagi adalah kesinambungan program yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas.

"Mana program baru yang diperkenalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini?

"Malah, status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO juga tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh kerajaan DAP kerana gagal mempromosikan Georgetown sebagai tapak warisan dunia," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Jelas Teong Keong, Institut Penyelidikan Sosioekonomi dan Alam Sekitar (Seri) Pulau Pinang dalam laporan ekonomi suku ketiga tahun ini menjelaskan, purata penghuni hotel di negeri ini pada 2008 adalah 64.7 peratus namun menurun kepada 57.6 peratus tahun lalu.

Selain itu, katanya, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dalam satu kenyataannya berkata, jumlah pelancong ke Pulau Pinang juga menurun dengan mendadak pada tahun lalu berbanding 2008.

"Laporan Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang juga menyebut bilangan pelancong merosot sebanyak lima peratus pada 2008 berbanding 2009.

"Jadi, Gerakan Pulau Pinang amat kecewa dengan prestasi itu dan melihat sektor pelancongan tidak membawa kesan kepada ekonomi Pulau Pinang sekarang," ujarnya.

Monday, November 8, 2010

Golongan belia Permatang Pauh sertai UMNO


UMNO menjadi pilihan kami ...


ucapan oleh Ketua UMNO Bahagian Prmtg Pauh ,Dato Abd Jalil
yang mengalu-alukan penyertaan ramai golongan muda ke
dalam UMNO

Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh , Sdr Zaidi Mohd Said anggap kemasukan
golongan muda ke dalam UMNO di Prmtg Pauh ini sebagai permulaan
selepas melihat pelbagai masalah dan kepincangan yang berlaku
dalam PKR

Sdr Hilmi merupakan penggerak utama membawa
rakan-rakannya sertai UMNO

antara sebahagian belia di Tanah Liat yang sertai
UMNO sebagai wadah perjuangan






Kepincangan dan masalah dalaman ketika pemilihan PKR jelas telah membuka mata banyak pihak bahawa parti ini indah khabar dari rupa . Mereka sering melaung-laungkan mempejuangkan demokrasi dan keadilan , tetapi sebenarnya cakap tidak serupa bikin .

Kesannya juga turut sampai ke Prmtg Pauh sendiri di mana golongan muda di kubu kuat PKR itu telah mula sedar bahawa parti kelentong rakyat ini sudah lari dari perjuangan dan gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat .Terbaru , 45 orang anak muda di Kg Uma , Tanah Liat membuat keputusan untuk menyertai UMNO . Mereka ini merupakan golongan belia yang sebelum ini tidak sertai mana2 parti tetapi hari ini memilih UMNO sebagai pejuangan mereka .

Lebih menarik lagi, keinginan mereka untuk sertai parti UMNO adalah bermula selepas menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti belia yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dan Kawasan Permatang Pauh . Selain itu, 45 orang belia ini juga telah mendaftar sebagai pengundi berdaftar dan bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU akan datang .

Syabas Pemuda dan UMNO Bahagian Permatang Pauh !!

Rakyat kini sedar dan kembali menyokong BN - UMNO PP


GEORGETOWN - UMNO yakin dapat meraih sokongan pengundi di kawasan majoriti Melayu dengan memperoleh sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan petunjuk yang dilihat dan diterima melalui pelbagai pendekatan yang diambil setakat ini.

Beliau berkata rakyat mulai menyedari bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh mereka.

“Dahulu mungkin mereka percaya kepada janji parti pembangkang kononnya dapat melakukan segala-galanya atau lebih baik daripada BN.

“Tetapi apabila diberi kuasa, baru rakyat dapat menilai kemampuan sebenar pembangkang yang banyak bercakap daripada melaksanakan apa yang pernah dijanjikan dahulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri yang ditadbir pembangkang memang tidak dapat melakukan apa-apa pembaharuan seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini dan rakyat kini sudah mula membuat penilaian terhadap prestasi mereka.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, berkata krisis dalaman yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mampu menjadi parti yang kuat kerana gagal menyelesaikan hatta masalah kecil.

“Kalau masalah dalam parti pun tidak boleh nak selesai, macam mana nak tadbir Putrajaya dan menyelesaikan macam-macam masalah rakyat dan negara.

“Sekarang dapat lihat macam mana pemilihan pemimpin dalam PKR. Sistem yang digunakan menjadi kelam kabut. Mula-mula pemimpin ini dapat undi banyak, esok boleh bertukar dan pemimpin lain pula yang menang. Dalam parti dah jadi serabut, susahlah kalau nak tadbir sebuah negara,” katanya.

Beliau berkata parti DAP juga menghadapi masalah dalaman di Pulau Pinang tetapi masih dibendung oleh pemimpinnya agar tidak meletup.

“Bukan semua orang suka dengan gaya kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Dia orang luar dan datang nak berkuasa di Pulau Pinang. Ramai pemimpin tempatan yang berkecil hati. Tunggulah dan kita lihat ledakan yang mungkin meletup dalam DAP Pulau Pinang sedikit masa lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Azhar yakin dengan kesepakatan parti komponen BN seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP, landskap politik di Pulau Pinang boleh berubah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Masalah dalaman Gerakan dan MCA di Pulau Pinang pun dah mula reda dan masing-masing boleh memberi tumpuan mengukuhkan parti serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN.

“Rakyat mula kembali kepada BN dan saya percaya perubahan itu akan dapat dilihat tidak lama lagi. Oleh itu, semua komponen BN perlu bekerja kuat untuk mencapai kejayaan yang dihasratkan itu,” katanya.

Friday, November 5, 2010

Wang judi' tetap diserah kepada kerajaan DAP Pulau Pinang

PULAU PINANG 4 Nov. - 'Wang judi' yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu, akan tetap diserahkan kembali kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan berkata, beliau akan meminta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyerahkan wang berjumlah RM23,700 kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng minggu depan.

''Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang semula Isnin ini, kita akan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN membantu memulangkan semula duit itu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, ini amanah orang ramai.

''Kalau mereka masih enggan menerima, kita akan masukkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri kerana kita memegang amanah golongan terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu, hasrat Pemuda UMNO negeri mahu menyerahkan kembali 'wang judi' kerajaan negeri yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu tidak kesampaian kerana pelbagai kerenah ditetapkan untuk tujuan itu.

Semasa wang tersebut mahu diserahkan di Bangunan DUN, tiada seorang pun wakil kerajaan negeri yang mahu menerima wang tersebut dan mereka juga diminta menyerahkannya kepada pejabat-pejabat daerah yang terlibat.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin dari kawasan Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan.

Ia diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru pada 2 Oktober lalu dan 47 dari Bukit Mertajam yang membuat tindakan sama pada keesokan harinya dan di tempat lain.

Seramai 60 lagi warga emas dan fakir miskin dari kawasan Balik Pulau mengambil tindakan sama dengan memulangkan semula wang ihsan RM100 secara sukarela kepada kerajaan DAP Pulau Pinang pada 8 Oktober lalu.

Thursday, November 4, 2010

TERIMA KASIH PENGUNDI GALAS & BATU SAPI !

GALAS


BATU SAPI


JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNDI GALAS DAN JUGA BATU SAPI.
ANDA TELAH MEMILIH YANG TERBAIK.


UMB Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan siber Pulau Pinang yang turut berjuang di sepanjang pilihanraya ini. TAHNIAH !