PULAU PINANG, 23 Dis – “Kalau isu tanah kubur pun tak boleh selesai, usah ceritalah pasal janji 100 hari…..itu belum kira lagi janji pilihanraya umum lalu. Malulah sikit pada rakyat”, demikian menurut Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Datuk Hj Azhar Ibrahim.
Tegas beliau lagi pakatan pembangkang memang terkenal pakar buat janji tapi tidak pernah tunai.
“Baru-baru ini mereka janji macam-macam lagi kata tawaran 100 hari. Tak berapa lama lepas buat janji, rakyat bangkit isu tanah perkuburan di Jelutong mereka tak dapat selesai…dalih macam-macam. Inilah pembohong besar”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Malah kata beliau lagi banyak perkara yang telah dibangkitkan mengenai janji-janji pakatan pembangkang pada pilihanraya umum lalu namun apa yang diusulkan tidak dijawap oleh pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Tol Sungai Nyior…dulu kata nak hapuskan tapi sampai la ni rakyat dok bayar 50 sen lagi. Kes Kampung Buah Pala kata boleh selesai dua minggu…kampong tu pun dah lama roboh dah…. Banyak lagi dia tak buat, dia buat janji baru nak tipu rakyat lagi”, ujarnya.
Pada masa yang sama beliau juga meminta agar Lim Guan Eng dan rakan pakatannya berhenti dari memakai gelaran Khalifah Umar Aziz dan slogan ‘amar makruf, nahi mungkar’.
Ini kerana kata beliau lagi selama ini apa yang dilakukan mereka bertentangan dengan gelaran dan slogan yang dilaungkan.
“Malulah pakai gelaran tu dan mencemarkan kehebatan Khalifah Umar Aziz itu sendiri. Khalifah Umar tidak menipu dan tidak menindas rakyat”, katanya. -MediaUMNO
PODAH PENYAMUN ,DARI DOLU LEBIH 52 TAHUN UNDER UMNO@APCO-BN APA PUN TARAK BELA SONGLAP ADA LA ! BILA PR PEGANG BARU NAK MENYALAK MACAM ANJING ! PASAL SUB-CON DAH HILANG FULUS DAH MISS DAA !
ReplyDeleteTANAH KUBUR TOK HANG DI KG MAKAM JLN DATUK KERAMAT PENANG SAPA BINA KELAB UMNGOK@APCO ATAS TANAH KUBUR SAMPAI LA NIE ? DEY BARUA DULU SAPA NAK JAHANAMKAN DGN NAK BUAT PROJEK STATION MINYAK ATAS TANAH WAKAF TU ?
PARTI MANA NAK SELEWENG TANAH WAKAF TU ?
SAPA RASUAH & TAJA AJK KG MAKAM PI UMRAH PASAI MAU SOKONGAN ?
PEERAH APA PUNYA TURR BARUA AZHAR NI SETAN PAKAI TOPENG MANUSIA ! HANYA YG NGOK SAJA AKAN BELA PARTI LAHANAT TAJAAN ZIONIS FIRAUN NI !