PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, December 14, 2010

LIM GUAN ENG 'DOUBLE STANDARD'.

PULAU PINANG, 14 Dis – Tindakan kerajaan negeri yang mengambil sikap berdiam diri terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu di Pulau Pinang membuktikan ketidak prihatinan kepimpinan pakatan pembangkang terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama mereka yang pendapatan rendah.

Adun Bertam, Zabariah Wahab berkata sejak Pulau Pinang diperintah pakatan pembangkang, kehidupan golongan peniaga kecil terutama orang Melayu semakin teruk dan tertekan berikutan tindakan pihak berkuasa yang merobohkan kawasan perniagaan mereka dengan alasan pembangunan atau berniaga tanpa lesen.

“Pembangunan dengan berniaga tanpa lesen , itulah modal yang digunakan kerajaan negeri , kalau mereka kata nak buat pembangunan tetapi sehingga sekarang tak nampak pun apa-apa pembangunan dilakukan.

“Yang peliknya, peniaga Melayu sering jadi mangsa, apakah kawasan bukan Melayu tidak terlibat dengan pembangunan, ini menunjukkan adanya `double standard’ atau pilih kerajaan negeri,” katanya kepada umno-online.

Zabariah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sering menyatakan bahawa tidak ada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang diperkenalkan sejak memerintah negeri itu.

Bagaimanapun, sejak Pulau Pinang di perintah pakatan pembangkang yang diterajui DAP, peniaga serta penduduk berpendapatan rendah terutama di kawasan yang didiami orang Melayu sering menjadi mangsa dengan tindakan penguatkuasa tempatan dengan alasan pembangunan.

Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang mempersoalkan alasan serta tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri kerana yang menjadi mangsa hanya sesuatu pihak sahaja dan tiada pembelaan terhadap mereka.

“Kita tidak menolak pembangunan, tetapi apakah benar pembangunan ingin dilaksanakan atau mempunyai agenda tersembunyi, dan menjadi kemusyikilan hanya kawasan orang Melayu sering jadi mangsa.

“Ini bukan masalah perkauman tetapi kita perlu telus, jika tiada lesen banyak lagi peniaga bukan Melayu yang berniaga tanpa lesen tapi tiada tindakan yang diambil, masalah peniaga tanpa lesen ini bukannya sedikit, di tengah-tengah George Town tu ramai peniaga yang tidak ada lesen, tiada tindakan di ambil,” katanya.

Menurutnya, ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bukan tiada peniaga yang dikenakan tindakan atau gerai dirobohkan, tindakan itu hanya dilakukan apabila didapati kawasan itu benar-benar ingin dibangunkan ataupun kawasan perniagaan mereka itu tidak bersesuaian sebab itu diambil tindakan.

“Walaupun tindakan diambil seperti merobohkan gerai, namun pembelaan terhadap peniaga itu tetap ada, mereka di tempatkan di kawasan lain yang lebih bersesuaian, kalau tak disediakan bagaimana mereka nak hidup, itukan punca pendapatan mereka, kalau tak ada pendapatan lagi susah,” katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri terutamanya pihak berkuasa tempatan supaya bertimbang rasa terhadap setiap tindakan yang ingin dilakukan dan jangan hanya bertindak membabi-buta tanpa memikirkan nasib mereka yang terbabit. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment