PULAU PINANG 10 Nov. - Istilah
'kerajaan DAP' yang digunakan oleh beberapa wakil rakyat pembangkang bagi merujuk kepada kerajaan negeri menimbulkan suasana kecoh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Malah kerana menggunakan istilah tersebut beberapa kali, Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) diarah keluar dari Dewan oleh Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.
Beliau sebelum itu ditegur oleh Abdul Halim supaya menggunakan istilah kerajaan negeri menggantikan kerajaan DAP ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Pulau Pinang yang ke-12 malam tadi.
Roslan kemudiannya menggunakan istilah 'kerajaan pimpinan Ketua Menteri DAP' namun dibantah R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) sehingga menimbulkan suasana tegang menyebabkan Abdul Halim masuk campur.
Speaker kemudiannya mengarahkan Roslan menarik balik istilah itu atau berdepan tindakan diarah keluar.
Jelas Roslan, beliau telah dua penggal menjadi wakil rakyat dan Speaker sebelum ini dapat mengendalikan sidang DUN dengan matang namun Speaker yang ada kini disifatkannya memihak kepada kerajaan DAP.
"Saya tidak singgung perasaan Speaker namun terlalu banyak gangguan daripada Rayer dan beberapa wakil rakyat kerajaan yang lain."Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga ternyata bukan sahaja berkuasa di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. malah juga di DUN," katanya.Abdul Halim akhirnya menangguhkan perbahasan pada pukul 10.30 malam selepas Roslan enggan keluar tanpa sempat menghabiskan perbahasannya.
Ketika ditemui di luar dewan, Roslan berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membawa masalah rakyat di DUN tetapi terlalu banyak gangguan ketika beliau berbahas.
"
Saya hanya sempat baca 20 peratus daripada isi perbahasan dan memang kecewa dengan tindakan wakil rakyat kerajaan dan Speaker Dewan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment