PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, November 10, 2010

ADUN DAP biadab , gelar peserta demonstrasi monyet




PULAU PINANG 9 Nov. - Perkataan monyet menghangatkan suasana Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini apabila R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh pihak yang membuat demonstrasi pada 2 November lalu sebagai 'monyet' yang diikat.

Ia ekoran tindakan salah seorang peserta demonstrasi itu merantai dirinya pada pagar utama DUN akibat kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penduduk negeri itu.

Pertikaman lidah itu berlaku ketika Ng Wei Aik (DAP-Komtar) sedang membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 hari ini.

Ketika menyentuh tentang kerajaan DAP negeri yang sedang cuba untuk menarik pelancong asing dengan pembinaan projek taman tema air Escape Water Park di Batu Ferringhi, Rayer mencelah dengan mempersoalkan demonstrasi yang berlaku itu menyebabkan pelancong asing takut untuk melawat Pulau Pinang.

"Demonstrasi yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak-tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang menggoncang pintu pagar seolah-olah nak meruntuhkan pagar tersebut," katanya.

Namun ia dibantah Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) kerana ia dianggap perkataan yang menghina dan mahu ia ditarik balik.

Arif Shah berkata, Rayer mungkin tidak tahu siapa sebenarnya yang merantai diri itu sama ada dia daripada UMNO atau parti lain.

"Kita boleh tengok gambar siapa sebenarnya lelaki yang rantai diri itu. Jangan main tuduh sahaja UMNO yang jadi dalang," katanya.

Wei Aik turut menambah, demonstrasi itu juga berlaku kerana ada monyet yang turut serta dan biarpun bukan Pemuda UMNO yang menjadi monyet tetapi mereka yang membawa monyet ke sidang DUN.

Tindakan itu menimbulkan bantahan pihak pembangkang sebelum Speaker Datuk Abdul Halim Husain mengarahkan Wei Aik menarik balik perkataan monyet itu.

1 comment:

  1. Hanya monyet je yang kenal monyet yang lain. DAP pengecut sebab tu tak berani bukak pntu hari tu.

    Kalau depa berani,mesti depa dah buka pintu dan berbincang.

    DAP boleh blah pada PRU 13 nanti.

    Nyah kau dari penang wahai DAPians sekelian! Menyemak je!

    ReplyDelete