PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, November 2, 2010

LIM GUAN ENG SEMAKIN PANAS BONTOT!

Nampaknya Lim Guan Eng sudah tak malu lagi berbohong di depan seluruh rakyat Pulau Pinang. Difahamkan wujud 'surat layang' yang diedarkan ke beberapa tempat di Pulau Pinang.

Jika ianya benar, tidak mengapa. Tetapi surat layang itu jelas berbaur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan BN pusat yang selama ini telah banyak membantu kerajaan DAP Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan Lim Guan Eng itu sudah melampau dan menyerlahkan lagi kerimasan dan ketakutan beliau apabila di'londeh' segala kemungkaran yang beliau telah lakukan selama ini.


Sila rujuk surat layang di bawah ini :-

Kerajaan negeri tidak mendapat hasil judi ?? Come on la Guan Eng !


Kerajaan negeri tidak mendapat hasil judi?

Kenyataan di atas merupakan satu lagi pembohongan kerajaan Lim Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang.

Memang benar Kerajaan Persekutuan yang mengeluarkan lesen judi tetapi pihak manakah yang mengutip cukai tanah kawasan Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang ?

Bagaimana pula dengan cukai taksiran atau cukai pintu kedai-kedai loteri/Magnum yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)?

Kita perlu tahu bahawa cukai tanah kawasan Penang Turf Club (PTC) berjumlah RM2.37 juta setahun dikutip oleh kerajaan Lim Guan Eng.

Maka, kerajaan negeri tetap menerima wang daripada cukai tanah hasil daripada aktiviti perjudian di Kelab Lumba Kuda dan juga cukai taksiran dari kedai-kedai loteri.

Lim Guan Eng bohong lagi!

Tengoklah betapa kerajaan DAP Pulau Pinang begitu tertekan dan desperado sehingga sanggup membohongi rakyat Pulau Pinang di dalam surat layang itu. Di dalam beliau berbohong itu beliau sanggup membazirkan wang rakyat untuk menyiapkan surat layang.

Bila UMNO keluarkan lesen judi bola? Satu lagi auta Lim Guan Eng dalam twitter beliau.

Lim Guan Eng sudah melampau !

No comments:

Post a Comment