PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, November 4, 2010

Anwar sayang DAP lebih daripada PAS




KUALA LUMPUR 2 Nov. - DAP dianggap istimewa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sering mempertahankan kepentingan parti itu berbanding Pas.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mendakwa, selain itu, Anwar sendiri pernah meminta supaya Pas tidak perlu diberi begitu banyak kuasa kerana dikhuatiri parti itu akan meminta lebih lagi.

Katanya, 'nasihat' itu dikeluarkan Anwar apabila terdapat cadangan supaya wakil rakyat Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Pulau Pinang untuk menjaga hal ehwal Islam.

"Antara alasan yang diberikan Anwar ketika menolak cadangan pelantikan Mohd. Salleh adalah Pas jika terlalu dilayan akan meminta lebih banyak kuasa, sedangkan parti itu sudah berkuasa di Kelantan dan Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau pernah diberi 'nasihat' oleh Anwar yang ketika itu menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Dalam pendedahan tersebut, Zahrain turut mengaitkan nama Mohammad Fairus kerana dakwanya, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu juga diberi nasihat yang sama disebabkan Pas dianggap oleh Anwar sebagai tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang berbanding DAP.

"Anwar begitu cenderung sekali mempertahankan kepentingan DAP berbanding Pas terutama di Pulau Pinang, walaupun banyak gerak kerja jentera parti pembangkang sebenarnya dijayakan oleh Pas," kata Mohammad Fairus.

Beliau berkata, ini kerana Pas mempunyai jentera parti yang tersusun berbanding DAP dan PKR.

"Bagi Anwar, Pas tidak penting, Pas hanya alat kerana yang penting ialah jaga DAP bagi menjamin sokongan masyarakat Cina.

"Ramai di kalangan pemimpin Pas dan PKR Pulau Pinang tahu mengenai perkara ini, tetapi mereka takut hendak bersuara dan lebih suka mengambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri walaupun sebenarnya tidak berpuas hati.

"Mereka takut akan ditendang keluar macam saya jika mempertahankan Melayu dan Islam di negeri itu," jelasnya.

Mengenai pendedahan Zahrain, beliau mengesahkan bahawa 'nasihat' tersebut diberikan secara lisan oleh Anwar dan ia menjadi detik permulaan kepada penentangannya terhadap kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga akhirnya dipecat.

Ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai 'konspirasi syaitan' antara PKR dan DAP sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Mohammad Fairus berkata, beliau tidak terkejut dengan kewujudan pakatan sulit yang membelakangkan Pas itu kerana menyedari Anwar seorang yang tidak jujur.

"Saya percaya konspirasi itu benar-benar wujud dengan mengambil kira perkara yang berlaku di Pulau Pinang.

"Saya mengalaminya sendiri, mengenali Anwar secara luar dan dalam. Dia seorang yang tidak jujur dan tidak konsisten. Kalau di Pulau Pinang Anwar pentingkan DAP, tiada yang mustahil mengenai perjanjian sulit tersebut.

"Anwar boleh menafikan apa sahaja kerana dia memang seorang yang cekap dalam aspek putar belit, tetapi kita ada Allah sebagai saksi, manusia mungkin beliau boleh tipu tetapi tunggulah pembalasan di akhirat kelak," katanya.

No comments:

Post a Comment