PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, November 4, 2010

Pemuda UMNO PP tetap pulangkan duit wang ehsan


GEORGETOWN: Pemuda UMNO Pulau Pinang tetap akan memulangkan wang ihsan berjumlah kira-kira RM20,000 yang diterima daripada warga tua yang curiga dengan sumbernya kepada kerajaan negeri, selewat-lewatnya minggu depan.

Ketuanya, Norman Zahalan, berkata walaupun wakil kerajaan negeri enggan menerima wang ihsan yang dibawanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin, beliau tetap akan memulangkan duit itu. Saya akan menyerahkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional pada sidang DUN minggu depan untuk diserahkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Jika Guan Eng enggan menerima, saya akan terus memasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri. Saya tidak akan menyimpan wang berkenaan kerana ia adalah amanah yang perlu diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment