PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, November 10, 2010

Penduduk Kg Genting kecewa kerajaan negeri tetap mahu ambil tanah



PULAU PINANG 8 Nov. – Penduduk Kampung Genting, Balik Pulau kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu pengambilan tanah di kampung mereka untuk dijadikan ‘hab pendidikan’ yang disifatkan tidak peka terhadap kesusahan rakyat.

Kekecewaan penduduk itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011 pada sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.

Pada masa sama, Hilmi mempersoalkan kewajaran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terus berdegil mahu mengambil tanah di Kampung Genting yang dianggap sebuah perkampungan kecil berbanding beberapa tempat lain yang lebih sesuai untuk dijadikan ‘hab pendidikan’ itu.

Malah, Ketua Menteri turut disindir supaya tidak terus mendabik dada dalam usaha mewujudkan ‘hab pendidikan’ di Balik Pulau kerana kerajaan BN sudah berbuat demikian menerusi pembinaan beberapa institusi antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM) di situ.

Memang menjadi hasrat saya untuk melihat Balik Pulau sebagai ‘hab pendidikan’ dan kita sudah berusaha mewujudkannya, tapi kerajaan BN tidak berbuat begitu dengan sesuka hati sebaliknya memilih tanah yang tidak ada penduduk untuk mendirikan pusat pendidikan.

“Apa yang kita kesal adalah apabila Ketua Menteri tetap berkeras hendak mengambil tanah Kampung Genting yang sangat kecil itu, cubalah fikirkan, orang kampung susah jika tanah diambil, apa lagi yang tinggal untuk mereka, janganlah begitu,” katanya.

Beliau menggesa Guan Eng memikirkan semula perkara tersebut dengan mengambil kira pandangan rakyat sekali gus memilih tempat lain yang lebih luas dan sesuai antaranya di Kuala Sungai Pinang, Air Putih dan Pulau Betong.

No comments:

Post a Comment