PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, November 12, 2010

Adun BN Sg Dua tempelak Malik Kassim isu peruntukan sekolah agama oleh kerajaan Pusat




GEORGETOWN - Sesi penggulungan Bajet 2011 baru bermula pagi semalam tetapi keadaan sudah menjadi riuh apabila berlaku pertengkaran antara Datuk Jasmin Mohamad (BN-Sungai Dua) dengan Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kasim (PKR-Batu Maung).

Ketegangan bermula apabila Abdul Malik menyebut Kerajaan Pusat sudah menghentikan peruntukan kepada sekolah agama dan projek berkaitan keagamaan di Pulau Pinang.

Jasmin bangun membantah kerana kenyataan itu adalah tidak benar memandangkan Kerajaan Pusat memberi banyak peruntukan untuk pelbagai program keagamaan dan syiar Islam kepada semua negeri termasuk Pulau Pinang.

“Jangan kata Kerajaan Pusat tidak membantu atau menghentikan peruntukan. Ini tuduhan yang tidak benar. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat memberi elaun kepada imam dan guru Kafa. Siapa yang membayar dan menaikkan kadar elaun itu selama ini.

“Semuanya dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri hanya menokok tambah (top-up) RM50 sebulan untuk guru Kafa. Adakah dengan jumlah itu, bermakna Kerajaan Negeri yang membiayai elaun untuk guru Kafa,” katanya.

Jasmin juga cuba mendapatkan pengesahan Malik mengenai kenyataannya sebelum itu bahawa wang sumbangan untuk miskin tegar ada juga dari sumber judi.

Malik berkata, terdapat sumbangan daripada syarikat berunsurkan judi untuk disalurkan kepada peserta miskin tegar kerana ada fatwa yang membenarkannya seperti yang dijelaskan oleh Mohd Salleh Man Mat Aji (Pas-Permatang Pasir) ketika berbahas sebelum ini.

“Ada fatwa yang membenarkan wang haram digunakan untuk membantu orang miskin dalam keadaan tertentu. Itulah YB tidak mahu dengar. Masa orang beri penjelasan balik awal,” katanya dengan sinis.

Mohd Salleh bangun dan berkata ada fatwa membenarkan persoalan itu dan oleh itu penerima bantuan tidak perlu khuatir mengenainya.

“Wang itu boleh diterima dan tidak perlu berasa was-was. Ia adalah amalan syaitan seperti yang ditimbulkan oleh pembangkang (UMNO),” katanya.

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan) bangun menjelaskan bahawa sebahagian daripada penerima bantuan, terutama warga emas adalah mereka yang mempunyai asas agama dan ada ilmu tentang keagamaan.

“Dengan pengetahuan seperti itu, mereka juga boleh menilai sendiri sama ada sesuatu perkara itu boleh menimbulkan keraguan atau was-was,” katanya.

1 comment:

  1. Kerajaan Pusat tak bagi bantuan? Betul kot. Tak de elaun untuk penceramah bebas dari PAS bila dipanggil ceramah kat situ. hehehe

    Aku Yang Bingai
    Zaid Kene Kencing Tikus di TendangTerajang

    ReplyDelete