PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, October 30, 2010

Lim Guan Eng Mengidam Menara Warisan Merdeka !!

Di dalam blog beliau, Lim Guan Eng sekali lagi mengkritik cadangan Najib Razak untuk membina Menara Warisan Merdeka. Di antara kokokan beliau :-
Perancangan dan anggaran awal yang begitu tidak berprofesyenal ini bermakna kemungkinan besar Menara Warisan Merdeka 100-tingkat bukanlah sekadar RM 5 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tetapi adalah melebihi RM10 bilion.

Kita harus belajar daripada pengalaman zaman silam zaman Firaun yang berjaya membina Piramid yang maha besar atas darah dan titik peluh rakyat yang diperas dengan begitu zalim sekali tetapi kini hanya tinggal Priamid sedangkan Firaun sudah lama berkubur.
Kita tentu terasa amat mual apabila Lim Guan Eng cuba menegur kebijaksaan kerajaan Malaysia yang kononnya tidak profesyenal. Beliau tu?

Apabila Guan Eng mengambil alih jawatan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, keuntungan bersih jatuh merudum hampir 50% daripada keuntungan yang dihasilkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Tetapi elaun CEO termasuk Guan Eng sendiri bertambah walau pun keuntungan jatuh teruk.

Pada tahun 2009, jumlah pelaburan di Pulau Pinang hanya RM2.2 bilion iaitu kejatuhan teruk sebanyak 79 peratus. Jika dibandingkan semasa pentadbiran Barisan Nasional, pelaburan yang berjaya di bawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion pada tahun 2008.

Dan yang lebih mengawatkan ialah bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta sahaja yang mampu dibawa masuk bagi bulan Januari hingga pertengahan tahun ini.

Segala kepincangan dan kejatuhan keuntungan PBAPP dan pelaburan ke Pulau Pinang jelas menunjukkan ketidakmampuan dan ketidakefesienan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Segala petunjuk negatif diri Guan Eng membuktikan beliau sudah tidak layak untuk mengritik pihak lain kerana diri beliau sendiri sudah teruk dan tidak kompeten untuk mentadbir negeri Pulau Pinang.

Buang masa Lim Guan Eng sahaja mempertikaikan isu Menara Warisan Merdeka dan mengaitkannya dengan kezaliman Firaun dan piramid kerana beliaulah yang zalim dan menindas rakyat Pulau Pinang.

Seperkara lagi, bukankah Guan Eng telah menyatakan persetujuan beliau dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka itu?

Beliau sendiri menyokong di dalam twitter beliau. Rujuk di bawah :-

Tweet Lim Guan Eng : Harap Menara 100 tgkt ada tapi BN xda lagi...

Come on la Guan Eng.....mahu tipu lagi ka? Mahu putar belit lagi ka? Sudah la lu...

No comments:

Post a Comment