PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, October 15, 2010

Lim Guan Eng Zalim Kepada Peniaga Kecil Melayu Pulau Pinang.

Guan Eng ni memang KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang. Dia ni dahlah pembohong dia jugak tak peduli dengan peniaga kecil kaum Melayu di Pulau Pinang ni.

Kesihan kita tengok peniaga-peniaga Melayu dizalimi dan perkotak-katikkan oleh Guan Eng macam depa tu sampah.

Suratkhabar Sinar Harian melaporkan agensi kerajaan Guan Eng dah buat pasal kat kawasan perniagaan Melayu di Tanjung Tokong. Depa nak usir 40 peniaga-peniaga Melayu dari tempat biasa depa.

Alasan agensi Lim Guan Eng tu :-
“Bukan kami tidak mahu bagi lesen kepada mereka tetapi sememangnya kawasan itu bukan merangkumi kawasan penjaja yang layak mendapatkan lesen kerana mengganggu lalu lintas."
Amboii.....kat kawasan penjaja Melayu korang kata mengganggu lalu lintas tapi macam mana peniaga-peniaga bangsa Cina di New Lane? Boleh pulak?

Jangan mimpi peniaga Melayu dapat keistimewaan seperti ini. Merempat la.

Kalau nak bandingkan, peniaga-peniaga di New Lane yang patut dipindahkan kerana mengganggu lalulintas jalanraya utama nak sambung Jalan McCalister dengan Jalan Datuk Keramat. Confirm sibuk dengan kenderaan.

Jalan tu pulak nak ke Hotel Sunway Georgetown. Tak ke juga menyusahkan pelancong-pelancong yang nak ke hotel tu? Kat Tanjung Tokong tu jalan kecil aja nak masuk ke dalam kampung!
Tak sesibuk jalan New Lane.

Yang buat kita sakit hati, kenapa pula peniaga-peniaga di New Lane tidak dipindah? Kita bukan nak cari gaduh tapi berlaku adil la. Semuanya mesti saksama dan tak 'double standard' macam kerajaan BN negeri Pulau Pinang yang lepas.

Tanda Lim Guan Eng tunduk kepada peniaga Cina.

Yang tambah sakit hati ni, Guan Eng bagi kuasa kat peniaga-peniaga di New Lane untuk menentukan nasib depa. Confirm la majoriti peniaga kat sana nak tetap kat tepi jalan tu! Lepas tu Guan Eng tentu akan kata "kerajaan negeri prihatin kepada peniaga-peniaga dan keputusan itu adalah suara rakyat". Kepala otak dia!!


Kenapa pulak tak beri kuasa kepada peniaga-peniaga Melayu di Tanjung Tokong untuk menentukan masa depan depa seperti di New Lane? Kenapa 'double standard'? Tak ke berat sebelah dan rasis namanya?

Lepas tu Guan Eng nak pindahkan peniaga-peniaga Melayu dari tempat asal depa ke Kompleks Uda Tanjung Tokong. Mungkin tempat baru tu tak menarik, jauh dari laluan orang ramai dan penduduk di sana.

Itu tak pe lagi, kenapa peniaga Cina di New Lane di beri kemudahan dengan tutup jalan tu sepenuhnya 4 ptg - 12 malam? Gerai-gerai depa kan dah sah mengganggu lalulintas dan mengotorkan jalan itu?


Kenapa? Why?


Kenapa Guan Eng sangat zalim kat peniaga-peniaga Melayu? Depa hanya peniaga kecil-kecilan dan hanya bergantung kepada perniagaan itu untuk menyara kehidupan seharian keluarga depa.

Dengan wang itu juga, depa dapat bagi sesuap nasi untuk anak-anak depa yang tak bersalah dan tak tau yang Guan Eng telah menzalimi anak-anak kecil ini!

Lagi satu alasan tak bagi lesen sebab peniaga Melayu kat Tanjung Tokong tak jaga kebersihan. Come on la..... Apa depa ingat peniaga di New Lane tu bersih sangat ka? Longkang kat sana putih melepak sangat ka?

Guan Eng ni too much !! Dia ni bukan saja pembohong tetapi zalim kepada rakyat Pulau Pinang !! Rakyat Pulau Pinang mesti bangkit !!

1 comment:

  1. Orang Melayu yg berada di akar umbi memang sedang resah dan merasa bimbang akan nasib dan masa depan keturunan Melayu di dalam senario politik Malaysia sekarang.
    Pemimpin2 PAS yg diketuai oleh Nik Aziz tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kepentingan politik DAP dan PKR. PAS ni tak sedar yg PAS akan diketepikan saja bila DAP dapat berkuasa memerintah Malaysia ala PAP di Singapura. Tengoklah apa yg berlaku di Penang. Kenapa exco2 PAS dan PKR Melayu tidak bersuara dan hanya diam membisu seribu bahasa bila kaum Melayu dihalang utk berniaga dan dihalau dpd pulau itu dgn berbagai2 cara dan dalih oleh DAP.
    Dlm diam2, kaum Cina dlm MCA, Gerakan dan PKR sedang berkompromi dan berpakat utk mengambil alih Putrajaya. Perlembagaan Malaysia akan dipinda oleh DAP. Hak keistimewaan kaum Bumiputera akan dihapuskan utk melaksanakan Middle Malaysia. Institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan. Suara azan tidak akan lagi berkumandang di Malaysia.
    Kaum Melayu dan Bumiputra akan mengemis di tanah air sendiri. Padan muka kerana kaum Melayu bodoh sombong tak mahu dengar nasihat akar umbi spt ini.
    Melayu mudah lupa ........

    ReplyDelete