PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, October 11, 2010

Kesucian wang ihsan RM100 tercemar - Perkim

PULAU PINANG 10 Okt. - Kerajaan negeri tidak sepatutnya cuba lepas tangan dalam isu pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas dan fakir miskin dengan memberikan alasan ia sudah diasingkan untuk penerima beragama Islam.

Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman berkata, meskipun alasan tersebut boleh diterima akal, kesucian dana tersebut sudah pun tercemar kerana sumbernya datang daripada kegiatan kelab lumba kuda.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan memperbetulkan kelemahan operasi dana berkenaan, bukannya menyalahkan pihak lain menjadi dalang.

"Dari segi kesucian, tabung dana itu sudah tercemar (ada unsur perjudian).

"Kalau duit sudah masuk ke dalam akaun perbendaharaan kerajaan negeri, tidak sepatutnya kata sumber datang dari sana, dari sini (telah diasingkan).

"Justeru, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri bagi memastikan perkara sedemikian tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 300 orang terdiri daripada fakir miskin, warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian memulangkan semula wang ihsan RM100 secara sukarela kepada kerajaan negeri.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Walaupun pernah menafikan dakwaan sedemikian sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengaku.

Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan dana yang diterima dari kelab lumba kuda telah diasingkan dan disalurkan hanya kepada penerima bukan Islam.

No comments:

Post a Comment