PULAU PINANG 27 Okt. - Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana berterusan gagal menarik pelabur ke negeri ini walaupun sudah lebih dua tahun mentadbir negeri.
Lebih menyedihkan, ramai rakyat Pulau Pinang terpaksa membuka gerai di tepi jalan sehingga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi menampung hidup ekoran kurang peluang pekerjaan dan perniagaan.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan (gambar) berkata, keadaan tersebut adalah petunjuk jelas tentang keadaan ekonomi di negeri itu yang tidak berkembang dipercayai akibat kegagalan ditadbir dengan baik.
Menurutnya, pada 2008 pelaburan yang berjaya dibawa masuk adalah sebanyak RM10.2 bilion hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dan ia kemudiannya menunjukkan penurunan pada 2009 dan 2010 selepas peralihan kuasa berlaku.
"Pada 2009, jumlah pelaburan yang dicatatkan adalah RM2.2 bilion iaitu turun sehingga 79 peratus dan bagi Januari hingga pertengahan tahun ini pula hanya RM930 juta berjaya dibawa masuk."
"Jumlah pelaburan asing langsung (FDI) yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini menjelaskan bagaimana teruknya keadaan ekonomi di Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, Gerakan Pulau Pinang bimbang dengan situasi tersebut dan sedang giat berusaha untuk membantu mengatasi perkara itu termasuk merancang pelbagai program yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.
"Kita sedang merancang membawa Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade), Datuk Mah Siew Keong melawat negeri ini untuk bertemu dengan pelabur dan pihak berkaitan.
"Kita tidak boleh berdiam diri sahaja kerana Gerakan memberikan keutamaan tentang isu seumpama ini,'' katanya...... - Utusan Malaysia.
Tenang:Roket Di Junjung,Bulan Gerhana
13 years ago
No comments:
Post a Comment