TASEK GELUGOR 1 Okt. – Seramai 2,300 pengundi baru berjaya didaftarkan UMNO bahagian ini menerusi program turun padang dalam usaha menambah bilangan daftar pemilih di kawasan tersebut.
Ketua UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berkata penglibatan semua peti undi menerusi kerjasama jentera empat peringkat telah berjaya menngenalpasti mereka yang layak dan masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Menurut beliau, program sehari yang dijalankan pada bulan Ramadhan yang lalu telah memberi kesan yang bermakna kepada program kita mengenalpasti pengundi baru.
“Semua jentera di peti undi telah bergerak dari rumah ke rumah dan mengesan mana-mana yang layak. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang belum mendaftar untuk menunaikan tanggungjawab kepada proses demokrasi negara.
“Selepas ini kita akan turun ke bawah lagi dengan kaedah dan pendekatan yang sama dan berharap seluruh jentera di peti undi meningkatkan usaha mengenaslpasti mana-mana yang masih lagi tertinggal dan belum mendaftar sebagai pemilih yang sah”, katanya.
Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan seterusnya berkata, gerakan pendaftaran sedemikian cukup penting dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat kemenangan besar pada pilihan raya umum nanti.
Katanya beliau selalu mengingatkan jentera di akar umbi agar bertindak proaktif dalam soal tersebut kerana tanpa sokongan pengundi setempat UMNO dan BN tidak akan kekal pada pilihan raya kelak.
“Inilah yang saya selalu ingatkan kerana BN telah bekerja keras membantu dan mendampingi rakyat. Tidak ada gunanya parti menjadi sebutan di hati rakyat jika bilangan pengundi tidak bertambah.
“Bertambahnya pengundi sedikit sebanyak akan memebri kelebihan kepada kita. Perlu diingat, pihak lawan juga difahamkan begitu giat melaksanakan gerakan pendaftaran pengundi baru,” katanya.
good job
ReplyDelete