PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, October 25, 2010

GLC Pemilik Tanah di Pulau Pinang Mesti Prihatin...

Adalah amat mengejutkan apabila YB Farid Saad, ADUN Pulau Betung mendedahkan statistik pemilikan tanah Pulau Pinang semasa sessi perbahasan usul Ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Di antara laporan berita :-
Mohamad Farid berkata kerajaan perlu mempunyai kuasa untuk menghalang pembangunan di kawasan yang digazet, seperti kawasan-kawasan yang sensitif dalam menjaga alam sekitar di semua negeri.

"Jika tidak, lebih cepatlah orang Melayu diusir. Hari ini tanah milik orang Melayu di daerah timur laut hanyalah 1.16 peratus saja, tanah di Balik Pulau hanya 15.07 peratus, di Seberang Perai 44.2 peratus, Seberang Perai Tengah 23.5 peratus dan di Seberang Perai Selatan 18.09 peratus sahaja milik orang Melayu," katanya dan menambah ketika ini hanya 20.41 peratus sahaja tanah di Pulau Pinang dan Seberang Perai adalah milik orang Melayu.

Beliau berkata orang Melayu sudah lama bertapak di Pulau Pinang, tetapi hari ini, sedikit demi sedikit tanah yang dimiliki turun temurun dijual dan bertukar tangan.

Menurutnya jika generasi dahulu boleh bertolak ansur, generasi baru tidak ada lagi belas kasihan, di mana yang ada kini hanyalah 'you keluar dari sini, kalau tak puas hati jumpa di mahkamah nanti'.
Jika merujuk kepada kenyataan di atas, Lim Guan Eng difahamkan pernah menggunakan pengaruh beliau sebagai Ketua Menteri untuk membatalkan projek mega Penang Global City Centre (PGCC) NCER.

Rujuk laporan di bawah :-

When asked how the rejection (PGCC) would affect the Northern Corridor Economic Region (NCER) of which it was a key component, Lim said the NCER plans would have to comply with the state’s decision.

“This is the state government’s prerogative and they know we won't accept any interference,” Lim said.
Makanya, Lim Guan Eng difahamkan mempunyai hak perogatif untuk membatalkan projek pembangunan di Pulau Pinang. Janganlah pula Lim Guan Eng berselindung dengan ayat 'projek itu diluluskan oleh kerajaan sebelum ini' dan tidak mahu tahu tentang kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Tetapi jika kita merujuk kepada kezaliman Guan Eng DAP setakat ini, adalah seperti hampir mustahil untuk Guan Eng memikirkan kesejahteraan rakyat negeri itu. Segala perancangan besar yang dilakukan di tanah-tanah sedia ada adalah pendapatan negeri yang sangat diperlukan oleh beliau.

Maka, segala permasalahan tentang risiko kira-kira 7,000 penduduk negeri Pulau Pinang berkemungkinan diusir dari rumah mereka di negeri pembangkang banyak terletak dibahu pemilik-pemilik tanah daripada Government-linked Company (GLC) seperti PERDA , UDA dan lain-lain.


Projek UDA - Mahal..

Begitu juga dengan Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa (JPBD) dan agensi-agensi GLC lain yang mempunyai tanah di Pulau Pinang. Organisasi-organisasi GLC tersebut diwajib meluaskan tanggungjawab mereka ke arah memastikan tanah milik mereka mengambilkira pengekalan perkampungan atau menambah baik perkampungan tersebut.


Memang benar organisasi GLC tersebut adalah profitable-based company tetapi di dalam situasi kekhuatiran bertambah ramai Melayu diusir dari rumah mereka, syarikat-syarikat GLC tersebut perlu diarahkan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan BN Malaysia supaya lebih mementingkan orang susah di Pulau Pinang.

Mahukah?

No comments:

Post a Comment