PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, July 25, 2010

Kerajaan Guan Eng cadang melarang pembinaan rumah kos rendah di PP

sebuah rumah kos rendah MPPP dibina di
Daerah Timur Laut


Semakin rakus dan zalim !! Itu lah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan DAP Guan Eng ini semakin gila melakukan penindasan terhadap rakyat marhaen di PP seperti ala-ala Zionis Israel . Baru beberapa hari saja merobohkan gerai Ikan Bakar Hammer Bay , mahu usir penduduk Melayu Kg Pokok Assam dan Kg Binjai , memberi notis untuk merobohkan Sek Tentera Udara dan hari ini kerajaan negeri menerusi Adun Pantai Jerejak yang mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau. klik di sini

Dengan alasan kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.

Apa motif kerajaan Guan Eng mencadangkan idea gila dan tak masuk akal ini ?? Ini kah yang dikatakan kerajaan Berjiwa Rakyat seperti yang mereka laung-laungkan ?? Puak2 Melayu dalam PKR dan PAS mana pergi ?? Blogger2 PR PP mana suara anda ? Sudah dapat pingat PJK sudah jadi bisu ke ??


Adakah kerana Guan Eng yang dulunya melaungkan negeri pertama di Malaysia berjaya hapus miskin tegar dan memberi RM 100 kepada warga emas sudah boleh diberi lesen kepada mereka untuk melarang pembinaan rumah mampu milik seperti kos rendah kepada rakyat marhaen ?

Rakyat PP masih lagi ramai yang berpendapatan rendah dan miskin yang ingin memiliki sebuah rumah sendiri tetapi jika larangan ini dikuatkuasakan maka mereka terpaksa membeli rumah di seberang kerana sudah tidak lagi rumah kos rendah .

Selain itu , larangan ini juga merupakan agenda halus Guan Eng yang meniru stail PAP di Singapura untuk mengusir Melayu di PP . Sudah lah kampung2 Melayu juga bakal dilenyapkan oleh DAP Zionis ini , ini pulak mahu halang orang Melayu yang kebanyakannya berpendapatan rendah ini daripada memiliki rumah di kawasan pulau .


Ini baru memerintah sebuah negeri , belum lagi DAP Zionis ini memerintah negara dan menerajui kerajaan pusat. Bayangkan lah bandar-bandar seperti KL , Putrajaya , Ipoh , JB , Shah Alam ini , tidak mustahil selepas ini mereka boleh buat larangan pulak pembinaan rumah kos rendah seperti PPR di bandar2 ini dengan alasan nampak daif, kotor dan mencacatkan pemandangan !!

Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya adalah kerajaan yang tidak mendengar suara rakyat, tidak tolong rakyat , dan menindas rakyat !!

Pemimpin Melayu PAS & PKR dikecam tidak bela nasib orang Melayu PP


KUALA LUMPUR 22 Julai – Pemimpin Melayu pembangkang diselar kerana langsung tidak berani bersuara bagi mempertahankan nasib orang Melayu Pulau Pinang yang kini teruk ditindas oleh DAP.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohd. berkata, para pemimpin Melayu pembangkang sanggup melihat bangsa sendiri diperkotak-katikkan oleh DAP demi kepentingan politik peribadi yang sempit.

“Ketepikan soal kepentingan politik. Ini bukan soal perjuangan politik sempit tetapi nasib bangsa Melayu yang ditindas. Mana semua pemimpin-pemimpin Melayu apabila rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam akan dirobohkan, sedangkan dalam kes Kampung Puah Pala ia bermati-matian dipertahankan.

“Mana suara pemimpin Melayu pembangkang lain yang kononnya memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Ini bukan soal rasis tetapi hak orang Melayu perlu dipertahankan,” katanya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang akan menghentikan pembinaan rumah kos rendah semasa membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), di Dewan Negara, hari ini.

Ahli Majlis Jabatan Perumahan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin seperti yang dipetik daripada sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkata, pihaknya sedang merancang untuk menghentikan pembinaan rumah kos rendah yang berkeluasan kurang 700 kaki persegi (65 meter persegi).

Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan negeri tersebut dipenuhi pangsapuri yang kotor sehingga menimbulkan suasana tidak selesa kepada penduduknya.

Saturday, July 24, 2010

Ceramah Pentas Pemuda Bongkar & Dedah di Bukit Mertajam









Dalam minggu ini , pelbagai isu yang berlaku di PP dan orang Melayu terutamanya terus ditindas oleh kerajaan DAP Sosialis diketuai Lim Guan Eng . Semalam satu CERAMAH PENTAS PEMUDA BONGKAR & DEDAH dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di Jalan IKS Bukit Minyak sebagai rangkuman segala-galanya untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku isu politik semasa di PP .

Ceramah semalam menampilkan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua UMNO Bahagian Bkt Mertajam ) , Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim ( MP Bebas Bayan Baru ) , Sdr Fauzi Muda ( bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Timur ) . DAP terutama Guan Eng dan PKR diserang habis -habisan oleh 3 orang penceramah hebat ini .

Kehadiran rakyat terutama orang Melayu di sekitar Bkt Mertajam ke ceramah semalam merupakan permulaan cukup baik dan ini merupakan langkah yang tepat menerangkan kelemahan dan penindasan kerajaan Pakatan di PP . Kalau di Selangor boleh diadakan roadshow Selamatkan Negeri Selangor , negeri yang ditadbir pembangkang seperti PP juga perlu lebih kerap diadakan lagi siri ceramah mengenai kezaliman dan pembohongan oleh kerajaan Guan Eng kepada rakyat .






Tuesday, July 20, 2010

Mesti Tonton !! Penyangak Lim Guan Eng

Datuk Musa Shiekh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, memberi ceramah.

Friday, July 16, 2010

Tipu La Lu Lim Guan Eng Komunis !!!

Lim Guan Eng memang kuat menipu dan pandai berlakon. Habis rakyat Pulau Pinang tertipu dengan 'keramahan' dan 'down to earth' beliau tetapi hakikatnya, beliau adalah seorang pemimpin DAP yang telah banyak merosakkan Pulau Pinang ini.


Beliau berkata bahawa kerajaan negeri DAP dapat menjimatkan wang kerajaan negeri tetapi hakikatnya, banyak tempat telah dibiarkan dan tidak terurus kerana kekurangan perbelanjaan maintenance oleh kerajaan negeri DAP hari ini.

Perkara ini tidak berlaku semasa pentadbiran BN di Pulau Pinang. Keperluan rakyat Pulau Pinang sentiasa dijaga untuk memastikan mereka sentiasa selesa.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula dilaporkan telah banyak berhutang dan mengambil wang Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang untuk melangsaikan janji-janji mereka seperti melupuskan saman-saman MPPP dan sebagainya.


Dilaporkan juga bahawa Lim Guan Eng telah menggunakan wang PBA bernilai berjuta-juta ringgit untuk membayar RM 100 kepada warga-warga emas di Pulau Pinang. Dan apalah nilai RM100 setahun itu jika dibandingkan dengan usaha kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini yang banyak menyediakan keperluan dan infrastruktur untuk rakyat Pulau Pinang.

Hello Lim Guan Eng......... Lu jangan tipu lagi la. Lu sudah banyak bohong sama kita !

Thursday, July 15, 2010

Lim Guan Eng Memang Penipu Besar !!



Menurut perincian yang kami terima seperti di bawah, dakwaan bahawa SDO perlu bertanggungjawab ke atas perobohan arca condong di Taman Botani, Pulau Pinang adalah merupakan satu pembohongan.

Lim Guan Eng juga telah mengelirukan rakyat Pulau Pinang kononnya SDO tidak memaklumkan kepada kerajaan Negeri mengenai kerja-kerja menaiktaraf Taman Botani. Padahal Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bermesyuarat pada 30 September 2009 untuk membincangkan projek tersebut.

Maka, jika Exco Kerajaan Negeri telah bermesyuarat, kenapakan Lim Guan Eng tidak tahu atau buat-buat tidak tahu?

Rujuk kronologi isu tersebut :-



Dan jika merujuk kepada dokumen di bawah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNP) tidak bertanggungjawab dan tidak terlibat ke atas penyediaan spesifikasi dan skop kerja projek RMK-9 yang dilaksanakan di Pulau Pinang.


Kenyataan di ats jelas menunjukkan bahawa Lim Guan Eng sekali lagi cuba 'membasuh tangan' dan tidak mahu dipersalahkan di dalam isu arca condong tersebut sama seperti kes kematian 6 pelajar sekolah yang terbunuh semasa latihan mendayung sampan di perairan Pulau Pinang tidak lama dahulu dan isu Kampung Pala! KLIK SINI

Wednesday, June 16, 2010

Lim Guan Eng Sosialis Mahu Menjadi TUAN.

Kenapakah Nik Aziz Nik Mat yang digembar-gemburkan untuk menjawat Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim?

Kenapa tidak Hadi Awang ?

Apakah sebagai Presiden PAS, Hadi Awang yang paling layak untuk menyandang jawatan Ketua Pembangkang?

Persoalan ini hanyalah satu andaian jika parti PAS mempunyai kerusi terbanyak di dalam Parlimen. Akan tetapi, realitinya parti DAP yang terbanyak dan merekalah yang paling layak untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang.

Dan jika DAP. Lim Guan Eng yang paling layak untuk menjadi Ketua Pembangkang. Tetapi penulis khuatir Lim Guan Eng akan mula lupa diri dan mula berlagak hebat seperti yang berlaku di dalam Pulau Pinang hari ini.


Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun sudah mula lupa diri dan mengganggap diri beliau sebagai tuan!

Cuba anda perhatikan foto-foto rasmi beliau di dalam pejabat-pejabat Kerajaan negeri Pulau Pinang dan premis-premis lain yang memaparkan foto beliau.

Beliau menggelar diri beliau YB Tuan Lim Guan Eng.

Persoalannya, sejak bila pula beliau menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang?

Jika beliau tuan, apakah rakyat Pulau Pinang adalah hamba kepada beliau?

Penulis berasa amat meluat apabila membaca gelaran tuan yang dibubuh di depan nama Lim Guan Eng. Lebih-lebih lagi, Lim Guan Eng dan gerombolan pemimpin DAP yang mengapi-apikan kononnya bukan Melayu adalah kuli dan hamba di negara ini dek Ketuanan Melayu.

Rupa-rupanya, Lim Guan Eng sendiri sudah mahu menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang!

Shame on you!