PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, August 23, 2010

Doa khutbah Jumaat : Penafian kerajaan negeri amat dikesali

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Tindakan kerajaan negeri menafikan penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid baru-baru ini amat dikesali kerana pelbagai bukti serta saksi sudah tampil mengesahkan kejadian itu.

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO negeri, Shabudin Yahaya berkata, tindakan kerajaan negeri menuduh UMNO menabur fitnah berhubung isu itu juga tidak wajar memandangkan pengerusi kariah serta jemaah sendiri sudah tampil untuk membuktikan kejadian tersebut.

''Tarikh dan tempat kejadian sudah dinyatakan, laporan polis oleh anak-anak jemaah pun sudah dibuat malah pengerusi kariah serta khatib terbabit sendiri sudah membuat pengakuan. Kenapa kerajaan negeri masih mahu menafikan?

''Kerajaan negeri berhentilah menyalahkan orang lain, apa salahnya mengakui dan sama-sama membetulkan apa yang perlu diperbetulkan nanti orang kata kerajaan negeri sengaja lari daripada tanggungjawab," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

UMNO negeri baru-baru ini membantah penggunaan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid termasuk sekitar Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong baru-baru ini.

Dua kariah masjid termasuk Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sebelum ini mengakui nama Guan Eng ada disebut tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong ketika doa khutbah solat Jumaat dibacakan seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad pada 25 Jun lalu.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat berhubung isu tersebut termasuk dalam kejadian terbaru di Masjid Kubang Buaya, dekat sini yang turut membabitkan khatib yang sama.

Exco Agama negeri, Abdul Malik Kassim bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Shabudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bagaimanapun berkata, UMNO terpanggil untuk membangkitkan isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai propaganda politik.

Saturday, August 21, 2010

UMNO PP terima 5 aduan berkenaan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat



TASEK GELUGOR 20 Ogos - Badan Perhubungan UMNO negeri telah menerima sebanyak lima aduan berhubung bacaan doa dalam khutbah solat Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya berkata, aduan itu dibuat oleh jemaah di lima buah masjid di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Georgetown.

Menurutnya, aduan itu menyatakan khatib bertugas hanya menyebut nama Guan Eng dan bukannya nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa pada khutbah kedua.

"Khatib sepatutnya menggunakan teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk solat Jumaat dan tidak mengubah sesuka hati isi kandungannya.

"Bagaimanapun, banyak masjid yang dikuasai penyokong dan ahli Pas enggan menggunakan teks yang disediakan tetapi menggunakan teks mereka sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Badan Perhubungan UMNO negeri membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa buah masjid baru-baru ini.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

Shabudin turut menggesa MAIPP dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyiasat perkara berkenaan bagi mengelak daripada berulang.

Siasat Segera Doa Khutbah Guan Eng ganti nama Agong - Pemuda UMNO




KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar suatu siasatan dibuat segera berhubung laporan menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda telah digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong sejak minggu lalu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO membantah dan menolak dengan keras penggantian itu, sekiranya benar terjadi, yang mana bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar sebagai saluran politik bagi mengagungkan Lim Guan Eng.

Bahkan, kejadian ini tegas beliau lagi adalah pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, dan bukannya untuk ketua eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak kira sama ada beliau itu Muslim atau tidak.

“Jadinya, sikap berdiam diri yang ditonjolkan oleh Pas bukan sahaja menzahirkan kerelaan mereka di dalam mempromosikan cengkaman dan campur tangan DAP di dalam urusan umat Islam malahan juga mungkin suatu pengiktirafan Pas kepada kuasa dan pengaruh DAP sebagai penakluk baru di Pulau Pinang”

“Sikap biadap seperti ini pastinya membuat luka yang menyinggung hati umat Islam di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakan Maulidur Rasul pada Februari lalu berdarah kembali.

“Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah sikap membisu dan tidak ambil kisah oleh Pas yang sering mendabik dada sebagai pejuang Islam tetapi terbukti longlai di kaki ‘Khalifah’ Lim Guan Eng”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Jelas beliau lagi lembaran sejarah Islam menunjukkan bahawa apabila suatu jajahan itu telah ditakluki oleh pemimpin baru atau berlaku sebarang peralihan kuasa, maka doa khutbah solat Jumaat akan ditujukan kepada pihak pemerintah yang baru sebagaimana kisah penyerahan kuasa daripada Daulah Fatimiah kepada Daulah Abbasiah di Mesir pada tahun 567 Hijriah yang disusuli oleh simbolik penggantian doa khutbah Jumaat daripada yang menyebut Khalifah Al-Adhid kepada Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah.

“Jadinya, sikap berdiam diri yang ditonjolkan oleh Pas bukan sahaja menzahirkan kerelaan mereka di dalam mempromosikan cengkaman dan campur tangan DAP di dalam urusan umat Islam malahan juga mungkin suatu pengiktirafan Pas kepada kuasa dan pengaruh DAP sebagai penakluk baru di Pulau Pinang”, ujarnya.

Malah tegas beliau lagi perkara yang berlaku itu juga membuktikan kuasa DAP yang bukan sahaja telah menguasai Pulau Pinang bahkan juga meminggiri Pas dan PKR, yang kelihatan begitu rela dan redha menjadi pak turut parti tersebut.

Tambahnya pakatan pembangkang kini nampaknya bukan lagi Pakatan Rakyat tetapi adalah Pelana Rezeki buat tunggangan rakus DAP. – MediaUMNO

Khatib baca doa untuk Guan Eng tanda setuju dasar DAP tindas Melayu/Islam




KUALA LUMPUR 20 Ogos – Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail menyifatkan Khatib yang menggunakan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, Pulau Pinang seolah-olah merestui kezaliman yang dilakukan oleh Ketua Menteri terbabit terhadap saudara seagama dan satu bangsa dengan khatib berkenaan.

Tegas beliau jika benar dakwaan berkenaa, tindakan berkenaan adalah tidak wajar sama sekali dan merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima kerana ianya membelakangkang Ketua Agama Islam di negara ini.

“Sepatutnya khatib berkenaan membela umat Islam yang ditindas di negeri berkenaan dengan membacakan doa agar dibukakan hati pemerintah negeri itu untuk bersikap sewajarnya tanpa melakukan sebarang penganiayaan terhadap umat Islam selain memohon agar golongan terbabit diberikan perlindungan sewajarnya oleh Allah s.w.t daripada kezaliman Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya.

“Apa dah jadi terhadap golongan peniaga, nasib penduduk di Kg Pokok Asam di Jelutong, peniaga bazar Ramadhan di KOMTAR dan pelbagai kezaliman lain yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri. Golongan inilah yang sepatutnya dibela dan didoakan agar mereka diberikan kekuatan dan sebagainya.

“Ini tidak…lain pula yang berlaku.. Mereka yang susah dan sebagainya tidak mendapat pembelaan dan mereka yang zalim pula ,mendapat keistimewaan daripada khatib berkenaan. Masyaallaah…..,”
keluhnya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

Datuk Pirdaus seterusnya menegaskan doa untuk Yang di Pertuan Agong dan Sultan adalah satu amalan yang diwarisi daripada ulama muktabar sejak daripada dahulu lagi.

Katanya adalah sesuatu yang tidak wajar khatib berkenaan sanggup menggunakan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Pada saya ini satu tindakan yang tidak beradab dan khatib berkenaan disaran membuka kitab-kita ulama muktabar dan sila rujuk bab khutbah. Mungkin beliau boleh lihat kembali bab ini agar perkara seumpama itu tidak berlaku lagi,” katanya. – MediaUMNO

Monday, August 16, 2010

Dasar pemerintahan DAP miskinkan Melayu PP


KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Dasar Kerajaan Dap Pulau Pinang secara sistematik menyingkir, menindas dan membuat masyarakat Melayu negeri itu bertambah miskin, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.

“Sejak Dap dan pakatan pembangkang memerintah, kisah Bazar Ramadan diganggu atau dilarang ini bukan baru. Dulu berlaku perkara yang sama di (Bazar Ramadan) Penang Road, tahun ini di Komtar pula.

“99% peniaga ini adalah orang Melayu yang bukan kaya raya pun, banyak sederhana agak-agak boleh cari makan. Apabila dihalang begini, mereka hilang mata pencarian, berpuasa, sambut raya (Aidilfitri) di dalam keadaan kekurangan.

“Maknanya perbuatan Dap ini memang terancang dan sistematik, saya yakin mereka tahu apa kesannya kepada peniaga terlibat dan orang Melayu,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta engulas tindakan pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada bulan puasa ini.

Semua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat dua minggu lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng kemudiannya tampil bukan untuk mencari penyelesaian, sebalik menambah ketegangan dengan menuduh Persatuan Peniaga Komtar (KMA) pecah amanah.

Zaidi yang juga Penyelaras BN DUN Permatang Pasir berkata, beliau bukan bercakap mengenai orang UMNO saja. “Mereka yang berniaga di Bazar Ramadan ini orang Melayu dari semua latar belakang, orang Pas pun ada, PKR pun ada, memang orang Melayu jadi mangsa.”

“Selepas itu, Guan Eng janji pula RM1,000 untuk warga emas, ingat rakyat buta? Yang dulu pun janji RM100 pun berkali bayar saja, janji masa kempen pilihan raya macam nak bagi ‘cash’ (tunai), tapi jadinya lain, mereka bayar bil air pula.

“Anwar (Ibrahim, penasihat PKR) anak Pulau Pinang yang juga jadi penasihat ekonomi Selangor, diam pula… tidak berbunyi langsung, apa lagi membela peniaga-peniaga dan nasib Melayu Pulau Pinang… apakah dia (Anwar) dan Pas restu perbuatan Dap ini?” tegas Zaidi. -MediaUMNO

Sunday, August 15, 2010

Sedekah Ramadan



SERAMAI 70 keluarga dari kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang menerima bantuan sempena Ramadan yang disampaikan Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Khidmatnya semalam.

Program bantuan itu adalah inisiatif Sekretariat Malaysia Prihatin melalui penaungnya, Tun Jeanne Abdullah untuk penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pinang Tunggal dan Penaga.

Abdullah dalam ucapannya berkata, bantuan itu diberikan sempena Ramadan kepada golongan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menikmati Ramadan sama seperti insan lain.

Selain itu, beliau berharap, agar semua penduduk di sekitar Kepala Batas dapat menikmati bulan puasa serta menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.

Jelasnya, tiada pihak harus merasa terpinggir pada bulan yang mulia ini sebaliknya harus menyambut Syawal dengan penuh kegirangan dan keberkatan

Thursday, August 12, 2010

Ekonomi Pulau Pinang Gagal Kerana Dap Ekstrim, Perkauman – Tajuddin


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kegagalan kerajaan Dap Pulau Pinang membangunkan ekonomi di negeri itu khususnya menarik pelaburan luar adalah kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang bersifat eksrim dan perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Rahman, berkata pelabur akan hanya membuat pelaburan mereka sekiranya mereka yakin dengan keadaan kestabilan politik.

“Saya tak nampak pembangunan ekonomi di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Dap khususnya Guan Eng. Walaupun saya dapat tahu dia pergi ke Hong Kong beberapa kali untuk menarik pelaburan di sana, di Singapura dan banyak lagi tapi dia tak berjaya sebab dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang tidak meyakinkan pelabur untuk melabur di negeri itu..dasar ekstrim, dasar perkauman.

“Saya rasa pelabur dapat membaca bahawa dasar itu boleh menimbulkan keadaan tidak stabil , politik yang tidak stabil di Pulau Pinang. Jadi kestabilan politik penting untuk meyakinkan pelabur membuat pelaburan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas analisis daripada Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menunjukkan penurunan ketara pelaburan ke negeri tersebut.

Pada 2008, hasil peninggalan usaha BN, sebanyak RM 10.2 bilion berjaya dibawa masuk dan pada tahun 2009 hanya RM2.1 bilion. Manakala untuk tahun 2010, bermula Januari hingga April hanya RM236 juta pelaburan asing.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak seterusnya berkata, kemajuan pembangunan ekonomi yang dapat dilihat di Pulau Pinang hari ini adalah hasil daripada program pembangunan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, kejayaan itu dicapai tegas beliau lagi kerana kerajaan BN mengamalkan satu dasar yang adil kepada semua kaum hingga mewujudkan kestabilan politik yang meyakinkan pelabur untuk membuat pelaburan.

“Kita tengoklah dasar yang dibawa sekarang, satu dasar yang mungkin akan dibuat dan dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang…satu cadangan daripada pihak tertentu untuk tidak membina rumah murah atas dakwaan rumah murah ini merugikan kerana tanah di Pulau Pinang itu sangat berharga.

“Kalau ini dilakukan ia jelas merupakan satu dasar diskriminasi …satu dasar yang menafikan satu kaum yang terdiri daripada rakyat Pulau Pinang yang kebanyakannya orang Melayu yang tak mampu beli rumah yang mahal dan mewah. Dan ini secara tidak langsung, secara halus kalau dilaksanakan ia merupakan cubaan untuk menghalau kaum-kaum tertentu dari Pulau Pinang,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut membidas tindakan kerajaan Dap terutama Lim Guan Eng yang mengambil sikap berperang dengan pegawai kerajaan di negeri itu.

“Saya dapat tahu ada pemimpin Dap yang berkata pegawai kerajaan yang tidak suka boleh keluar dari Pulau Pinang….apa maknanya itu. Saya rasakan itu adalah mesej halus yang perlu difahami kita semua.

“Perkara ini tidak berlaku di Pulau Pinang saja kerana ia juga berlaku di Perak ketika kerajaan Dap berkuasa di negeri itu. Inilah dasar Dap yang mesti kita perhati dan fahami,” katanya. -MediaUMNO

KMA cabar Guan Eng buat laporan polis


PULAU PINANG 11 Ogos - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dicabar supaya membuat laporan polis berhubung pelbagai tuduhan yang dilemparkannya terhadap Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dan meletak jawatan sekiranya tuduhan tersebut ternyata tidak benar.

Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abd. Jiman yang kecewa dengan pelbagai tuduhan oleh kerajaan negeri terhadap dirinya dan KMA berkata, pihaknya juga memutuskan untuk menyaman malu kerajaan negeri kerana memburuk-burukkan namanya dan pertubuhan itu.

"Kalau saya salah, saya rela ditangkap dan melepaskan jawatan dalam KMA tetapi kalau tuduhan Guan Eng pula tidak benar, saya mahu dia letak jawatan sebagai Ketua Menteri," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohamed Ghani, beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengenal pasti pihak-pihak yang bertanggungjawab mencemar nama baik KMA dan dirinya bagi tindakan mahkamah selanjutnya.

Menurutnya, beliau sangat kecewa dengan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh kerajaan negeri terhadap KMA seperti pecah amanah, gagal membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan terhadap penganjur Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tersebut.

Katanya, sehubungan itu, beliau telah membuat laporan polis berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mencabar Ketua Menteri tersebut untuk membuat laporan polis bagai membolehkan siasatan ke atas semua tuduhan itu dilakukan untuk melihat sama ada ia benar atau tidak.

"Saya merasa kesal kerana fakta sebenar telah diputarbelitkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Gambaran yang diberikan kepada rakyat seolah-olah para peniaga tidak dibenarkan beroperasi kerana KMA tidak membayar sewa tapak gerai.

"Ini adalah pembohongan besar dan sangat jijik yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan agensinya, PDC," katanya.

Mingguan Malaysia baru-baru ini melaporkan, PDC menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan pada 9 Ogos lalu mengenai keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan keesokan harinya.

Wednesday, August 11, 2010

PDC putar belit fakta - KMA


PULAU PINANG 10 Ogos - Kerajaan negeri cuba mengelirukan rakyat dalam isu peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang dihalang berniaga oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, dakwaan PDC bahawa kegagalan KMA membayar sewa menjadi punca berlaku masalah adalah tidak benar.

Beliau yang kesal dan menganggap PDC cuba memutar-belitkan fakta berkata, berdasarkan surat PDC bertarikh 6 Ogos 2010, KMA diminta membuat pembayaran pendahuluan sewa sebanyak RM17,500 pada 9 Ogos lalu.

"Jika bayaran perlu dijelaskan pada 9 Ogos (semalam), kenapa kontraktor kami dihalang daripada melakukan kerja-kerja pemasangan gerai pada 6 Ogos (Jumaat)?

"Justeru, tidak timbul isu KMA tidak bayar sewa kepada PDC," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PDC dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya menghalang 27 peniaga Bazar Ramadan di tingkat tiga Komtar beroperasi.

Kenyataan itu menyebut, KMA telah mendirikan gerai sebelum sebarang kelulusan diterima dan tanpa membayar sewa.

Di samping itu, KMA didakwa tidak mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan sebaliknya 27 gerai.

Mohamed Ghani menambah, surat berkenaan juga dihantar melalui faks pada pukul 6.57 petang, hari Jumaat yang mana pejabat KMA telah ditutup, begitu juga Sabtu dan Ahad.

Mengenai dakwaan PDC bahawa KMA mendirikan 27 gerai bukannya 10 gerai, beliau menjelaskan, dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik pada 5 Ogos lalu, telah dipersetujui jumlah gerai adalah berdasarkan penganjuran tahun-tahun sebelum ini.

"Dalam mesyuarat itu telah dipersetujui jumlah gerai yang boleh didirikan adalah seperti yang diamalkan sebelum ini.

"Jika tahun-tahun lalu kita dirikan kira-kira 35 gerai, tahun ini KMA merasakan 27 gerai sudah memadai bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan," katanya.

Mohamed Ghani berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya dan berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap PDC kerana menuduh KMA tidak membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Diskriminasi terhadap peniaga peniaga Melayu


Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.-utusan 9 ogos


Pakatan pembangkang abai masalah rakyat - Musa

PULAU PINANG 8 Ogos - Pakatan pembangkang di negeri ini dibidas kerana mengabaikan masalah rakyat khususnya 27 peniaga Melayu yang dihalang berniaga di Komtar pada Ramadan ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihak terlibat sepatutnya membenarkan mereka berniaga di situ seperti tahun-tahun sebelumnya dan jika ada sebarang pertukaran sekali pun, ia perlu dimaklumkan terlebih awal.

"Mereka ini memang zalim. Apa salahnya biarkan mereka berniaga seperti biasa, lagi pun bulan puasa beberapa hari sahaja lagi.

"Kalau hendak tukar sekali pun tunggulah tahun depan, buatlah perbincangan untuk cari jalan penyelesaian dan bukannya usir begitu sahaja, mereka ini mencari rezeki," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri, sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Musa menambah, pemimpin pakatan pembangkang terutama orang Melayu sepatutnya berusaha membantu peniaga Melayu yang hanya mahu mencari rezeki di situ.

Menurutnya, itu hakikatnya yang berlaku di negeri ini apabila pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan DAP.

"Inilah yang dibuat pemimpin pakatan pembangkang, sibuk ceramah ke merata tempat, entah betul ke tidak yang disampaikan, masalah peniaga Melayu yang depan mata pun tidak boleh selesai.

"Sebab itu kita cakap mereka ini tak ada kerja, banyak masa terluang sampai boleh anjur ceramah sana sini, sepatutnya masa yang ada itu digunakan sebaiknya cari jalan penyelesaian masalah yang timbul," katanya.

"Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, tidak tahulah apa yang dibuat pemimpin Melayu pakatan pembangkang ini, sampai bila nak buat begini pun tak tahulah.

Tuesday, August 10, 2010

Hubungan saya dengan Najib baik - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 10 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.

"Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.

"Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya ketika ucapan perasmian yang turut menyentuh mengenai sokongannya kepada Najib.

Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.

"Kalau disorot dari segi sejarah perjuangan beliau sehingga menjadi Perdana Menteri, saya selama ini telah membantu dan menyokong, apatah lagi dalam peringkat sekarang. Beliau memberi kepercayaan kepada saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin.

"Dalam konteks ini, ada pihak-pihak di sebelah sana yang nak ambil kesempatan dan kalau boleh nak timbulkan hubungan yang rengang. Pastinya ini tidak berhasil mereka lakukan,” katanya. - Bernama

Anwar, PKR, Pas Subahat Biar Dap Zalimi Melayu -Musa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin yang merasakan dirinya Melayu yang berada di dalam struktur pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng dicabar melakukan sesuatu untuk membantu 27 peniaga Melayu yang dihalang berniaga di Komtar pada Ramadan ini.

Cabaran keras itu tersebut dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mahukan pemimpin tersebut melakukan sesuatu dalam usaha membela nasib peniaga berkenaan yang tertindas di bumi sendiri.

Tegas beliau, tidak ada maknanya jika Anwar yang diagung-agungkan oleh penyokongnya sebagai pemimpin Islam yang hebat, Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Osman memegang jawatan berkenaan dan Abdul Malik Abdul kasim yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna langsung tidak membuka mulut dalam soal berkenaan.

“Kita cukup hairan… ke mana perginya suara-suara golongan ini yang kononnya cukup hebat dalam soal pentadbiran termasuk mengkritik Kerajaan Persekutuan khususnya menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dan dakyah.

“Apakah golongan ini juga bersubahat dan bersekongkol menindas peniaga terbabit yang telah sekian lama mencari rezeki di bulan Ramadan.

“Apakah mereka tidak tahu bulan yang mulia itu penuh dengan keberkatan. Apalah kiranya hentikan sekejap permainan politik kepartian dengan mengutamakan soal-soal kebajikan sedemikian rupa. Berilah peluang kepada peniaga tersebut mencari. Janganlah zalim sangat,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan atas aarahan Adun Dap.

“Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya,” kata Senator Musa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri, sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Musa seterusnya menegaskan, pihak terlibat sepatutnya membenarkan mereka berniaga di situ seperti tahun-tahun sebelumnya dan jika ada sebarang pertukaran sekali pun, ia perlu dimaklumkan terlebih awal.

“Mereka ini memang zalim. Apa salahnya biarkan mereka berniaga seperti biasa, lagi pun bulan puasa beberapa hari sahaja lagi.

“Kalau hendak tukar sekali pun tunggulah tahun depan, buatlah perbincangan untuk cari jalan penyelesaian dan bukannya usir begitu sahaja, mereka ini mencari rezeki,” katanya.

Beliau seterusnya menyarankan agar Anwar segera turun padang atau sekurang-kurangnya memberikan nasihat kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” kata Senator Musa.

“Saya katakan begitu kerana bukankah Anwar ini Ketua Pembangkang. Lagi pun dia ni penasihat ekonomi Kerajaan Selangor. Mungkin akalnya boleh digunakan sementara waktu untuk membantu golongan ini selain di Selangor.

“Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya.

“(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” katanya. -MediaUMNO

Monday, August 9, 2010

Zalim !! Bazar Ramadan peniaga Melayu di Komtar tiada lagi ,

"itulah belalang, aku dah cakap".. mungkin ini dialog yang biasa kita dengar dalam cerita P. Ramlee Nujum Pak Belalang.
Namun dalam bab politik, UMNO sudah cakap berulang kali mengenai siapa itu DAP dan dendam kesumatnya terhadap kaum Melayu... penindasan berterusan oleh regim DAPigs terhadap kaum Melayu.. inipun hanya baru sikit kuasa yang diberikan, tetapi mereka dah tunjuk warna sebenar mereka.

Walaupun Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, orang ramai berpusu-pusu bertumpu Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Namun tahun ini, kemeriahan Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu mungkin tidak dapat lagi dilihat atau dinikmati.

Ini kerana, pihak pengurusan kompleks tersebut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu terbabit daripada berniaga di kawasan itu walaupun bayaran yang telah dibuat dan persiapan telah dilakukan... dan makluman diberikan hanya pada saat terakhir..

Lebih malang lagi arahan untuk melarang peniaga Melayu di keluarkan oleh ADUN DAP, Ng Wei Aik... iaitu samseng DAP..

Lebih dikesalkan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan semalam tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka hari ini.


Pada tahun lepas, bazar Ramadan telah dipindahkan ke tempat asal di Komtar Walk daripada Penang Times Square menyebabkan para peniaga menerima kerugian besar ekoran kehadiran jumlah pengunjung yang terlalu kecil.[rujuk sini]

Menurut Syed Hassan, keputusan itu dicapai ketika pertemuan di antara Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman pada 25 Mei 2010.. Namun sekali lagi kerajaan DAP memungkiri janji..

Tahun lalu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghentikan pengeluaran lesen sementara bagi bazar tersebut yang telah wujud sejak 25 tahun lalu atas alasan mengganggu lalu lintas.

Tindakan itu dianggap oleh para peniaga sebagai berat sebelah kerana mereka mendakwa MPPP hanya 'menutup sebelah mata' dengan membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima di bandar ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketegangan bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik cuba mengusir peniaga terbabit... Beliau ini tidak patut dipanggil sebagai ADUN tetapi samseng komunis yang angkuh dan bongkak. [rujuksini]

Kali ini masih ADUN DAP yang sama.. kali ini mereka mengusir peniaga Melayu Bazar Ramadan di dalam komtar pula.. walaupun kerajaan negeri memberi jaminan bahawa persiapan kali ini berjalan lancar..

Begitulah cerita nasib malang Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan regim DAP yang kejam, zalim, angkuh dan bongkak.

Inilah wajah bermuka-muka DAP, makluman di saat-saat akhir adalah taktik kejam yang digunakan DAP pulau Pinang untuk sabotaj perniagaan bumiputra ini..

Mereka ini adalah peniaga dan tidak sepatutnya terlibat dalam politik sempit... inilah ayat yang di keluarkan peniaga.. mereka menganggap siapa pun perintah sama sahaja iaitu mereka dapat peluang berniaga.. tapi sekarang baru mereka tahu akibat penukaran pemerintahan regim PAS-DAPig, nak niaga pun susah..

Ini adalah agenda sebenar DAP.. DAP mereka lebih menjaga kepentingan peniaga kaum Cina di Komtar berbanding peniaga Melayu.. kemungkinan ianya dilakukan atas tekanan peniaga kaum Cina di komtar yang hanya mencari untung untuk diri mereka.

JIka dizaman BN perintah, kompromi masih boleh dibuat supaya peniaga Melayu dapat berniaga di kawasan Cina.. tetapi jangan harap jika Pakatan Rakyat memerintah...

1,000 peniaga bantah tindakan kerajaan negeri halang peniaga Bazar Ramadan berniaga di Komtar

PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Saturday, August 7, 2010

Pemuda UMNO cabar Guan Eng saman Utusan dalam isu lidah biawak


KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya meneruskan hasratnya untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung isu lidah biawak yang dibangkitkan beliau baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, saman itu perlu diteruskan oleh Guan Eng demi membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan tidak pernah berpura-pura serta menipu.

“Pemuda UMNO juga boleh menyediakan video bukti menunjukkan Guan Eng pernah mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘lidah biawak’ bagi merujuk kepada Pegawai Kemajuan Negeri (Pulau Pinang), Nik Ali Mat Yunus.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO juga sedia menawarkan dan membiayai khidmat peguam buat akhbar Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Setiausaha Agung DAP itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Guan Eng menggelarkan Nik Ali sebagai pegawai kerajaan yang tidak tahu menghormati Ketua Menteri dan kerajaan negeri itu termasuk tidak menyediakan tempat duduk kepadanya pada satu majlis di Bukit Bendera sebelum ini.

Guan Eng seterusnya menafikan pernah menggelar Nik Ali sebagai ‘lidah biawak’ dan turut menafikan pernah mengungkit isu kerusi semasa program di Bukit Bendera itu.

Reezal menambah, tawaran Pemuda UMNO untuk membiayai khidmat guam kepada Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Guan Eng dilakukan demi mendokong prinsip kebenaran, keterbukaan dan kebebasan media.

“Pemuda UMNO ingin mengingatkan Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan rakyat kerana masyarakat Malaysia, khususnya di Pulau Pinang bukanlah barang komoditi, jadi teruskanlah saman Utusan,” tegasnya

Sunday, August 1, 2010

Lagi pembohongan Guan Eng






"On another matter, Lim said since the start of the year, 70% and 82% of traders and hawkers whose stalls were either demolished or served with compounds, were non-Malays on the island and mainland respectively.He said this showed that there was no race factor involved when the respective local authorities conduct their operations."



Siri pembohongan Guan Eng diteruskan lagi dengan beliau terus berdolak dalih dalam isu gerai peniaga Melayu dirobohkan . Dalam akhbar the star semalam , beliau terus berbohong dengan menyatakan sejak tahun ini 70 % - 82 % peniaga dan penjaja yang dikenakan tindakan demolished dan kompoun adalah terdiri bukan Melayu di pulau dan seberang .

PB melihat taktik Guan Eng ini mengunakan data peratusan ( %) dalam memberikan fakta adalah sama seperti mereka gunakan semasa menunjukkan jumlah kontraktor bumiputra yang mendapat tender dan projek kerajaan negeri . Guan Eng hanya berani menyatakan peratusan kepada kontraktor tetapi bukannya nilai sebenar tender kepada Melayu dan bukan Melayu .

Kalau Guan Eng menyatakan bahawa peratusan kaum bukan Melayu ramai dikenakan tindakan , mengapa ia tidak heboh di akhbar2 dan media ?? PB cukup yakin kalau kerajaan negeri menganggu kehidupan mereka untuk berniaga , sudah tentu perkara akan jadi isu panas dan Gerakan terutamanya akan orang pertama akan hantam Guan Eng. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada kaumnya dan sekarang kerakusan dan kezaliman kerajaan Pakatan ini hanyalah kepada gerai2 peniaga Melayu .

Malah Guan Eng lebih mengamalkan sikap double standardnya yang memilih bulu apabila gerai peniaga Cina di New Lane , Jalan Raja Uda , Jalan Perak diberi keistimewaan dan layanan First Class . Terbukti apabila New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan ini dibantu kerajaan negeri dengan menutup jalan itu untuk laluan kenderaan dari waktu 12 tengahari hingga 1 pagi setiapa hari . klik di sini dan sini

Kerajaan negeri diterajui DAP chauvinis ini jelas masih mengamalkan sikap pilih kasih mereka walaupun mereka melaungkan tindakan mereka tidak mengira kaum . Ini perbezaannya ketara antara kerajaan BN yang lebih bijak mengutamakan kebajikan rakyat berbilang kaum berbanding kerajaan Guan Eng yang hanya cakap banyak menuduh orang lain tetapi sebenarnya tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat.


Guan Eng itu PEMBOHONG , PEMBOHONG itu Guan Eng ..







gerai ikan bakar Hammer Bay

peniaga buah-buahan di kawasan DS Anwar Ibrahim sendiri
juga dirobohkan .klik di sini




Gerai DOREMI dirobohkan


Peniaga kecil Tmn Bertam Perdana kesal MPSP
roboh gerai mereka dengan segera . klik di sini