PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, August 10, 2010

Anwar, PKR, Pas Subahat Biar Dap Zalimi Melayu -Musa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin yang merasakan dirinya Melayu yang berada di dalam struktur pentadbiran kerajaan Lim Guan Eng dicabar melakukan sesuatu untuk membantu 27 peniaga Melayu yang dihalang berniaga di Komtar pada Ramadan ini.

Cabaran keras itu tersebut dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mahukan pemimpin tersebut melakukan sesuatu dalam usaha membela nasib peniaga berkenaan yang tertindas di bumi sendiri.

Tegas beliau, tidak ada maknanya jika Anwar yang diagung-agungkan oleh penyokongnya sebagai pemimpin Islam yang hebat, Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Osman memegang jawatan berkenaan dan Abdul Malik Abdul kasim yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna langsung tidak membuka mulut dalam soal berkenaan.

“Kita cukup hairan… ke mana perginya suara-suara golongan ini yang kononnya cukup hebat dalam soal pentadbiran termasuk mengkritik Kerajaan Persekutuan khususnya menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dan dakyah.

“Apakah golongan ini juga bersubahat dan bersekongkol menindas peniaga terbabit yang telah sekian lama mencari rezeki di bulan Ramadan.

“Apakah mereka tidak tahu bulan yang mulia itu penuh dengan keberkatan. Apalah kiranya hentikan sekejap permainan politik kepartian dengan mengutamakan soal-soal kebajikan sedemikian rupa. Berilah peluang kepada peniaga tersebut mencari. Janganlah zalim sangat,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan atas aarahan Adun Dap.

“Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya,” kata Senator Musa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri, sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Musa seterusnya menegaskan, pihak terlibat sepatutnya membenarkan mereka berniaga di situ seperti tahun-tahun sebelumnya dan jika ada sebarang pertukaran sekali pun, ia perlu dimaklumkan terlebih awal.

“Mereka ini memang zalim. Apa salahnya biarkan mereka berniaga seperti biasa, lagi pun bulan puasa beberapa hari sahaja lagi.

“Kalau hendak tukar sekali pun tunggulah tahun depan, buatlah perbincangan untuk cari jalan penyelesaian dan bukannya usir begitu sahaja, mereka ini mencari rezeki,” katanya.

Beliau seterusnya menyarankan agar Anwar segera turun padang atau sekurang-kurangnya memberikan nasihat kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” kata Senator Musa.

“Saya katakan begitu kerana bukankah Anwar ini Ketua Pembangkang. Lagi pun dia ni penasihat ekonomi Kerajaan Selangor. Mungkin akalnya boleh digunakan sementara waktu untuk membantu golongan ini selain di Selangor.

“Kalau tidak mampu selesaikan masalah ini, mungkin Kerajaan Selangor selepas ini boleh memikirkan kembali perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonominya.

“(Memang) ya lah… kalau di negeri sendiri pun tidak mampu selesaikan masalah sedemikian rupa, bagaimana pula di Selangor. Malang sungguh rakyat Selangor yang mendapat penasihat tidak mampu bersuara. Apakah ini membuktikan telahan bahawa pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan Dap,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment