PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, August 7, 2010

Pemuda UMNO cabar Guan Eng saman Utusan dalam isu lidah biawak


KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya meneruskan hasratnya untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung isu lidah biawak yang dibangkitkan beliau baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, saman itu perlu diteruskan oleh Guan Eng demi membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan tidak pernah berpura-pura serta menipu.

“Pemuda UMNO juga boleh menyediakan video bukti menunjukkan Guan Eng pernah mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘lidah biawak’ bagi merujuk kepada Pegawai Kemajuan Negeri (Pulau Pinang), Nik Ali Mat Yunus.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO juga sedia menawarkan dan membiayai khidmat peguam buat akhbar Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Setiausaha Agung DAP itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Guan Eng menggelarkan Nik Ali sebagai pegawai kerajaan yang tidak tahu menghormati Ketua Menteri dan kerajaan negeri itu termasuk tidak menyediakan tempat duduk kepadanya pada satu majlis di Bukit Bendera sebelum ini.

Guan Eng seterusnya menafikan pernah menggelar Nik Ali sebagai ‘lidah biawak’ dan turut menafikan pernah mengungkit isu kerusi semasa program di Bukit Bendera itu.

Reezal menambah, tawaran Pemuda UMNO untuk membiayai khidmat guam kepada Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Guan Eng dilakukan demi mendokong prinsip kebenaran, keterbukaan dan kebebasan media.

“Pemuda UMNO ingin mengingatkan Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan rakyat kerana masyarakat Malaysia, khususnya di Pulau Pinang bukanlah barang komoditi, jadi teruskanlah saman Utusan,” tegasnya

No comments:

Post a Comment