PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, August 10, 2010

Hubungan saya dengan Najib baik - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 10 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.

"Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.

"Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya ketika ucapan perasmian yang turut menyentuh mengenai sokongannya kepada Najib.

Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.

"Kalau disorot dari segi sejarah perjuangan beliau sehingga menjadi Perdana Menteri, saya selama ini telah membantu dan menyokong, apatah lagi dalam peringkat sekarang. Beliau memberi kepercayaan kepada saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin.

"Dalam konteks ini, ada pihak-pihak di sebelah sana yang nak ambil kesempatan dan kalau boleh nak timbulkan hubungan yang rengang. Pastinya ini tidak berhasil mereka lakukan,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment