PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, August 11, 2010

PDC putar belit fakta - KMA


PULAU PINANG 10 Ogos - Kerajaan negeri cuba mengelirukan rakyat dalam isu peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang dihalang berniaga oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, dakwaan PDC bahawa kegagalan KMA membayar sewa menjadi punca berlaku masalah adalah tidak benar.

Beliau yang kesal dan menganggap PDC cuba memutar-belitkan fakta berkata, berdasarkan surat PDC bertarikh 6 Ogos 2010, KMA diminta membuat pembayaran pendahuluan sewa sebanyak RM17,500 pada 9 Ogos lalu.

"Jika bayaran perlu dijelaskan pada 9 Ogos (semalam), kenapa kontraktor kami dihalang daripada melakukan kerja-kerja pemasangan gerai pada 6 Ogos (Jumaat)?

"Justeru, tidak timbul isu KMA tidak bayar sewa kepada PDC," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

PDC dalam kenyataannya semalam menafikan pihaknya menghalang 27 peniaga Bazar Ramadan di tingkat tiga Komtar beroperasi.

Kenyataan itu menyebut, KMA telah mendirikan gerai sebelum sebarang kelulusan diterima dan tanpa membayar sewa.

Di samping itu, KMA didakwa tidak mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan sebaliknya 27 gerai.

Mohamed Ghani menambah, surat berkenaan juga dihantar melalui faks pada pukul 6.57 petang, hari Jumaat yang mana pejabat KMA telah ditutup, begitu juga Sabtu dan Ahad.

Mengenai dakwaan PDC bahawa KMA mendirikan 27 gerai bukannya 10 gerai, beliau menjelaskan, dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik pada 5 Ogos lalu, telah dipersetujui jumlah gerai adalah berdasarkan penganjuran tahun-tahun sebelum ini.

"Dalam mesyuarat itu telah dipersetujui jumlah gerai yang boleh didirikan adalah seperti yang diamalkan sebelum ini.

"Jika tahun-tahun lalu kita dirikan kira-kira 35 gerai, tahun ini KMA merasakan 27 gerai sudah memadai bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan," katanya.

Mohamed Ghani berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya dan berkemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap PDC kerana menuduh KMA tidak membayar sewa dan tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

No comments:

Post a Comment