PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, August 11, 2010

Diskriminasi terhadap peniaga peniaga Melayu


Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.-utusan 9 ogos


Pakatan pembangkang abai masalah rakyat - Musa

PULAU PINANG 8 Ogos - Pakatan pembangkang di negeri ini dibidas kerana mengabaikan masalah rakyat khususnya 27 peniaga Melayu yang dihalang berniaga di Komtar pada Ramadan ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihak terlibat sepatutnya membenarkan mereka berniaga di situ seperti tahun-tahun sebelumnya dan jika ada sebarang pertukaran sekali pun, ia perlu dimaklumkan terlebih awal.

"Mereka ini memang zalim. Apa salahnya biarkan mereka berniaga seperti biasa, lagi pun bulan puasa beberapa hari sahaja lagi.

"Kalau hendak tukar sekali pun tunggulah tahun depan, buatlah perbincangan untuk cari jalan penyelesaian dan bukannya usir begitu sahaja, mereka ini mencari rezeki," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertindak menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri, sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Musa menambah, pemimpin pakatan pembangkang terutama orang Melayu sepatutnya berusaha membantu peniaga Melayu yang hanya mahu mencari rezeki di situ.

Menurutnya, itu hakikatnya yang berlaku di negeri ini apabila pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang berterusan membiarkan diri mereka menjadi tunggangan DAP.

"Inilah yang dibuat pemimpin pakatan pembangkang, sibuk ceramah ke merata tempat, entah betul ke tidak yang disampaikan, masalah peniaga Melayu yang depan mata pun tidak boleh selesai.

"Sebab itu kita cakap mereka ini tak ada kerja, banyak masa terluang sampai boleh anjur ceramah sana sini, sepatutnya masa yang ada itu digunakan sebaiknya cari jalan penyelesaian masalah yang timbul," katanya.

"Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, tidak tahulah apa yang dibuat pemimpin Melayu pakatan pembangkang ini, sampai bila nak buat begini pun tak tahulah.

No comments:

Post a Comment