PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, August 12, 2010

Ekonomi Pulau Pinang Gagal Kerana Dap Ekstrim, Perkauman – Tajuddin


KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Kegagalan kerajaan Dap Pulau Pinang membangunkan ekonomi di negeri itu khususnya menarik pelaburan luar adalah kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang bersifat eksrim dan perkauman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Rahman, berkata pelabur akan hanya membuat pelaburan mereka sekiranya mereka yakin dengan keadaan kestabilan politik.

“Saya tak nampak pembangunan ekonomi di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Dap khususnya Guan Eng. Walaupun saya dapat tahu dia pergi ke Hong Kong beberapa kali untuk menarik pelaburan di sana, di Singapura dan banyak lagi tapi dia tak berjaya sebab dasar yang dilaksanakan di Pulau Pinang tidak meyakinkan pelabur untuk melabur di negeri itu..dasar ekstrim, dasar perkauman.

“Saya rasa pelabur dapat membaca bahawa dasar itu boleh menimbulkan keadaan tidak stabil , politik yang tidak stabil di Pulau Pinang. Jadi kestabilan politik penting untuk meyakinkan pelabur membuat pelaburan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas analisis daripada Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menunjukkan penurunan ketara pelaburan ke negeri tersebut.

Pada 2008, hasil peninggalan usaha BN, sebanyak RM 10.2 bilion berjaya dibawa masuk dan pada tahun 2009 hanya RM2.1 bilion. Manakala untuk tahun 2010, bermula Januari hingga April hanya RM236 juta pelaburan asing.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak seterusnya berkata, kemajuan pembangunan ekonomi yang dapat dilihat di Pulau Pinang hari ini adalah hasil daripada program pembangunan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, kejayaan itu dicapai tegas beliau lagi kerana kerajaan BN mengamalkan satu dasar yang adil kepada semua kaum hingga mewujudkan kestabilan politik yang meyakinkan pelabur untuk membuat pelaburan.

“Kita tengoklah dasar yang dibawa sekarang, satu dasar yang mungkin akan dibuat dan dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang…satu cadangan daripada pihak tertentu untuk tidak membina rumah murah atas dakwaan rumah murah ini merugikan kerana tanah di Pulau Pinang itu sangat berharga.

“Kalau ini dilakukan ia jelas merupakan satu dasar diskriminasi …satu dasar yang menafikan satu kaum yang terdiri daripada rakyat Pulau Pinang yang kebanyakannya orang Melayu yang tak mampu beli rumah yang mahal dan mewah. Dan ini secara tidak langsung, secara halus kalau dilaksanakan ia merupakan cubaan untuk menghalau kaum-kaum tertentu dari Pulau Pinang,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut membidas tindakan kerajaan Dap terutama Lim Guan Eng yang mengambil sikap berperang dengan pegawai kerajaan di negeri itu.

“Saya dapat tahu ada pemimpin Dap yang berkata pegawai kerajaan yang tidak suka boleh keluar dari Pulau Pinang….apa maknanya itu. Saya rasakan itu adalah mesej halus yang perlu difahami kita semua.

“Perkara ini tidak berlaku di Pulau Pinang saja kerana ia juga berlaku di Perak ketika kerajaan Dap berkuasa di negeri itu. Inilah dasar Dap yang mesti kita perhati dan fahami,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment