PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, August 21, 2010

Siasat Segera Doa Khutbah Guan Eng ganti nama Agong - Pemuda UMNO




KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar suatu siasatan dibuat segera berhubung laporan menyatakan bahawa nama Seri Paduka Baginda telah digantikan dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong sejak minggu lalu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO membantah dan menolak dengan keras penggantian itu, sekiranya benar terjadi, yang mana bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar sebagai saluran politik bagi mengagungkan Lim Guan Eng.

Bahkan, kejadian ini tegas beliau lagi adalah pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, dan bukannya untuk ketua eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri, tidak kira sama ada beliau itu Muslim atau tidak.

“Jadinya, sikap berdiam diri yang ditonjolkan oleh Pas bukan sahaja menzahirkan kerelaan mereka di dalam mempromosikan cengkaman dan campur tangan DAP di dalam urusan umat Islam malahan juga mungkin suatu pengiktirafan Pas kepada kuasa dan pengaruh DAP sebagai penakluk baru di Pulau Pinang”

“Sikap biadap seperti ini pastinya membuat luka yang menyinggung hati umat Islam di Pulau Pinang dengan pembatalan perarakan Maulidur Rasul pada Februari lalu berdarah kembali.

“Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah sikap membisu dan tidak ambil kisah oleh Pas yang sering mendabik dada sebagai pejuang Islam tetapi terbukti longlai di kaki ‘Khalifah’ Lim Guan Eng”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Jelas beliau lagi lembaran sejarah Islam menunjukkan bahawa apabila suatu jajahan itu telah ditakluki oleh pemimpin baru atau berlaku sebarang peralihan kuasa, maka doa khutbah solat Jumaat akan ditujukan kepada pihak pemerintah yang baru sebagaimana kisah penyerahan kuasa daripada Daulah Fatimiah kepada Daulah Abbasiah di Mesir pada tahun 567 Hijriah yang disusuli oleh simbolik penggantian doa khutbah Jumaat daripada yang menyebut Khalifah Al-Adhid kepada Khalifah Al-Mustadhi dari Daulat Abbasiah.

“Jadinya, sikap berdiam diri yang ditonjolkan oleh Pas bukan sahaja menzahirkan kerelaan mereka di dalam mempromosikan cengkaman dan campur tangan DAP di dalam urusan umat Islam malahan juga mungkin suatu pengiktirafan Pas kepada kuasa dan pengaruh DAP sebagai penakluk baru di Pulau Pinang”, ujarnya.

Malah tegas beliau lagi perkara yang berlaku itu juga membuktikan kuasa DAP yang bukan sahaja telah menguasai Pulau Pinang bahkan juga meminggiri Pas dan PKR, yang kelihatan begitu rela dan redha menjadi pak turut parti tersebut.

Tambahnya pakatan pembangkang kini nampaknya bukan lagi Pakatan Rakyat tetapi adalah Pelana Rezeki buat tunggangan rakus DAP. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment