SERAMAI 70 keluarga dari kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang menerima bantuan sempena Ramadan yang disampaikan Ahli Parlimen Kepala Batas, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Khidmatnya semalam.
Program bantuan itu adalah inisiatif Sekretariat Malaysia Prihatin melalui penaungnya, Tun Jeanne Abdullah untuk penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pinang Tunggal dan Penaga.
Abdullah dalam ucapannya berkata, bantuan itu diberikan sempena Ramadan kepada golongan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menikmati Ramadan sama seperti insan lain.
Selain itu, beliau berharap, agar semua penduduk di sekitar Kepala Batas dapat menikmati bulan puasa serta menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna.
Jelasnya, tiada pihak harus merasa terpinggir pada bulan yang mulia ini sebaliknya harus menyambut Syawal dengan penuh kegirangan dan keberkatan
No comments:
Post a Comment