PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, February 18, 2011

Dasar pilih kasih kerajaan DAP PP buat rakyat tak puas hati ...


Sejak Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang, pelbagai masalah berlaku di negeri itu sehingga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, sistem pentadbiran yang tidak cekap dan teratur antara punca penyumbang kepada rakyat Pulau Pinang, tindakan yang terburu-buru telah menyebabkan ramai rakyat negeri itu menjadi mangsa.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata ketika mula mentadbir Pulau Pinang, kerajaan yang negeri yang diterajui oleh Dap mengatakan mereka akan mengamalkan pentadbiran yang ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’ tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan.


“Banyak masalah yang berlaku sejak mereka memerintah negeri ini, mereka hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakannya, yang menjadi mangsa adalah rakyat, bila kita bercakap mereka mengatakan itu semua adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Banyak masalah yang berlaku sejak mereka memerintah negeri ini, mereka hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu melaksanakannya, yang menjadi mangsa adalah rakyat, bila kita bercakap mereka mengatakan itu semua adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ketika BN mentadbir dahulu, masalah yang berlaku tidaklah seteruk seperti apa yang berlaku seperti sekarang sehingga ada pihak yang membuat tunjuk perasaan di pejabat Ketua Menteri kerana tidak puas hati.


“Masa BN dahulu, tidak ada pun tunjuk perasaan di pejabat Ketua Menteri kerana tidak puas hati, tetapi perkara kini sering berlaku, ini bukannya bermaksud dahulu tiada masalah yang berlaku tetapi apa jua masalah yang timbul ia akan diselesaikan secara baik dan akhirnya kedua-dua pihak berpuas hati.


“Contohnya berhubung isu gerai haram atau peniaga tanpa lesen, kita akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi terlebih dahulu bukannya terus mengambil tindakan sehingga mereka hilang mata pencarian,” katanya.

Musa berkata, sepatutnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharusnya memikirkan kesan yang akan dihadapi sebarang tindakan yang ingin dilakukan dan bukannya melakukan tindakan terburu-buru yang menyusahkan rakyat.

Menurutnya, rakyat Pulau Pinang harus sedar dengan apa yang berlaku sejak negeri itu di perintah pakatan pembangkang dan jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang tidak pasti dan akhirnya rakyat menjadi mangsa. -MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment