PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

Lim Guan Eng Komunis - King of Bohong !!

Di sertakan laporan berita tentang tuduhan terbaru Guan Eng semasa sambutan Tahun Baru Cina di Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini. Tuduhan Guan Eng itu sangat berat dan berbau penipuan :-

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan tahunan sebanyak RM100 kepada setiap warga emas di negeri itu untuk meringankan beban kehidupan golongan tersebut.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang gagal menyediakan bantuan menyebabkan golongan warga emas dipinggirkan.

"Kegagalan di Pulau Pinang telah lama menyusahkan rakyat dan semasa BN mentadbir kerajaan negeri, mereka dapat banyak peruntukan tetapi sedikit pun tidak disalurkan kepada rakyat miskin." - EP

1. Penulis telah mendapatkan pandangan Dato' Musa Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang tentang tuduhan tersebut. Beliau berkata bahawa tuduhan Guan Eng tidak berasas sama sekali kerana statistik daripada Unit Penyelarasan Negeri (ICU) jelas menunjukkan penurunan jumlah miskin tegar semasa pemerintahan BN di Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi, masaalah timbul apabila DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang dan perangkaan menunjukkan bahawa jumlah miskin tegar meningkat dan bukannya berkurangan seperti yang berjaya dilakukan oleh kerajaan BN negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Untuk perhatian semua, jumlah miskin tegar telah meningkat daripada 494 pada tahun 2008 kepada 697 pada bulan November tahun lepas semasa DAP memerintah negeri Pulau Pinang!

2. Tuduhan Guan Eng yang mengatakan bahawa kerajaan BN negeri 'tidak sedikit pun disalurkan kepada orang miskin' jelas menunjukkan kebodohan beliau kerana bantuan kepada orang miskin telah disalurkan oleh beberapa agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membantu mereka.

Sebagai contohnya, PERDA telah membelanjakan sebanyak RM11.2 juta dalam RMK-9 untuk membiayai pelbagai program untuk membolehkan golongan miskin mampu berdikari dan mengusahakan pendapatan sendiri agar dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Kejayaan PERDA dan agensi-agensi lain semasa pemerintahan BN negeri telah berjaya menurunkan jumlah golongan miskin tegar dengan jayanya tetapi Guan Eng tanpa segan silunya mendakwa bahawa kerajaan DAP yang telah berjaya menurunkan jumlah tersebut.

Sungguh memalukan sekali!

2. Guan Eng juga pernah berdolak-dalik dengan mendakwa bahawa usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar mungkin lewat daripada sasaran beliau berikutan menghadapi masalah membuka akaun amanah bagi tujuan itu.

Akan tetapi, dakwaan 'susah membuka akaun' itu begitu senang dibidas dan jelas menunjukkan ketidakmampuan dan kecetekan Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Yang menimbulkan masaalahnya ialah Guan Eng tidak mahu mengaku di atas kelemahan beliau tetapi sebaliknya menuduh parti lawan kerana mensensasikan kelemahan beliau itu.

3. Dan sekarang, Guan Eng diibaratkan seperti ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Beliau kerap kali mengulangi 'kejayaan' beliau untuk 'menyalurkan bantuan sebanyak RM100 setahun' yang sebenarnya bersamaan dengan RM8.33 sebulan.

Pada hal kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah berjaya menjaga keperluan dan kesenangan warga negara emas tanpa perlu diriuhkan seperti Guan Eng!

Dan kerajaan negeri sebelum ini tidak seperti pendekatan Guan Eng yang sekadar 'cantik di atas kertas' tetapi BN negeri menggunakan pendekatan ' tidak memberi ikan tetapi memberi joran' agar golongan tersebut dapat generate pendapatan sendiri.

4. Guan Eng juga sebenarnya hanya menumpang nama daripada usaha BN merintis dan menarik pelaburan itu sebelum ini dan kebetulan apabila perjanjian hendak dimeterai, kerajaan negeri bertukar tangan. Tetapi beliau mendabik dada kononnya beliau yang berjaya menarik pelaburan.

5. Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah merancang untuk mengkhususkan sebarang peruntukan untuk membasmi kemiskinan di dalam bajet 2009. Sebaliknya, Gaun Eng hanya mengharapkan sumbangan dari pihak swasta dan orang ramai tanpa beliau sendiri berusaha keras untuk membantu rakyat Pulau Pinang.

Shame on you, Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment