PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 4, 2010

Kerajaan Khalifah LGE bohong tidak robohkan gerai penjaja sementara


bukti gerai penjaja sementara orang Melayu di Taman Bertam
Perdana dirobohkan oleh MPSP


oleh : mykmu.net

Apabila saya membaca laporan oleh seorang Exco kerajaan kuku besi Guan Eng hari ini bahawa penjaja sementara akan terus dibenarkan berniaga di kawasan mereka ( tepi jalan ) selagi mereka tidak mendirikan sebarang struktur tetap .

“Mereka ada lesen dan hanya berniaga di atas tapak sementara.

“Kalau mereka dirikan struktur tetap, barulah PBT akan bertindak merobohkannya,”

Ini merupakan satu PEMBOHONGAN BESAR kerajaan diktator ini yang kini didesak memberi penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan tetapi terlepas daripada sebarang tindakan. Gerai-gerai bukan Melayu ini beroperasi di tepi-tepi jalan sehingga menganggu lalulintas trafik sehinga menyebabkan kesesakan.

Exco kerajaan negeri PP jelas menipu bahawa mereka tidak mengambil tindakan terhadap peniaga kecil yang berniaga di atas tapak sementara. Dulu pernah keluar berita ini dalam Utusan iaitu mengenai penjaja kecil di Taman Bertam Perdana yang kesal tindakan pilih kasih MPSP yang merobohkan gerai mereka dalam masa 24 jam .

Notis dikeluarkan pada jam 6.30 petang dan diminta membuat rayuan di pejabat MPSP keesokkan harinya . Tetapi belum sempat membuat rayuan , 30 orang penguatkuasa datang merobohkan gerai mereka . klik di sini untuk membacanya

Kepada kerajaan negeri kuku besi , jangan cuba nak berbohong kepada orang Melayu lagi . Kini mereka sudah boleh menilai dan membuat perbezaan kebaikan kerajaan dahulu dengan kezaliman kerajaan sekarang . Kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu sudah tidak boleh ditutup lagi dan sudah terang sekarang berlaku depan mata .

Buat Ketua AMK Pulau Pinang yang sanggup menjadi balaci Guan Eng hingga membuat kenyataan pondan dengan meminta Zahrain mohon maaf kepada Anwar dan Guan Eng ,PB sarankan hang turun padang dahulu dan lihat sendiri nasib orang Melayu terutama peniaga2 kecil yang kini berdepan dengan gerai mereka yang bakal dirobohkan terlebih dahulu sebelum bercakap pertahanakan Guan Eng . Jangan hanya menjadi pak turut dan yes boss kepada pemimpin diktator dan cauvinis ini seperti khalifah Lim Guan Eng ini.

Baca di sini juga malik kasim pertahankan bosnya Khalifah Guan Eng dengan menuduh Zahrain menyanyi ikut irama BN . Kalau Zahraian dituduhnya menari ikut irama BN , Malik pulak menyanyi ikut irama DAP ke ?? Ini lagi antara Melayu 2,3 kerat yang tak berguna untuk Melayu PP . Mengapa Malik diam dan tidak bersuara bila gerai peniaga Melayu di robohkan ??

Fikir-fikirkanlah ..

Wednesday, February 3, 2010

Guan Eng hanya cakap 70 % tender dikuasai Bumiputra tetapi tidak beri nilai harga tender



Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini


malaysian insiders


oleh : Pejuang Bangsa


Guan Eng hanya berani menyatakan jumlah peratusan kontraktor Melayu memperolehi projek kerajaan negeri melalui peratusan sahaja tetapi bukan bukan nilai sebenarn harga tender itu

Hari ini Sekretariat Melayu PP mendesak agar kerajaan negeri mendedahkan nilai tender yang diperolehi orang Melayu kepada orang ramai jika mahu menjadi kerajaan yang telus .


Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.

"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," klik di sini


Jangan cuba putarbelit cerita kononnya sistem tender terbuka ini telus jika berani berikan nilai sebenar tender itu yang dapat kepada kontraktor Melayu . Tetapi ada juga balaci blog pembangkang yang terus puji Guan Eng dan menyatakan siapa kata Melayu tidak boleh bersaing dalam tender terbuka ??

Nampak sangat blog pembangkang ini cetek ilmu dan jika ramai kontraktor Melayu dapat projek pun tetapi nilai projek itu ciput tidak guna juga. Kalau bangsa Guan Eng dapat projek juta-juta , so siapa lebih untung ??

Kerajaan persekutuan pun selama memerintah negara sentiasa mengumumkan peruntukan kepada rakyat melalui nilai bukannya peratusan seperti Guan Eng yang cuba perbodohkan Melayu PP .


Tuesday, February 2, 2010

Guan Eng dicabar dedah nilai tender kontraktor Melayu



PULAU PINANG 1 Feb. - Kerajaan negeri dicabar mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender ditawarkan kerajaan negeri tidak mencerminkan senario sebenar sistem secara terbuka itu.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran telus, nilai tender yang telah diberi kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu perlu didedahkan kepada orang ramai.

"Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.

"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya semalam memberitahu, sejak pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum di negeri itu, jumlah kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh kerja-kerja ditawarkan melebihi kontraktor bukan Melayu.

Daripada 23 tender yang ditawarkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), 16 (70 peratus) dimenangi kontraktor Melayu dan selebihnya iaitu tujuh (30 peratus) oleh kontraktor bukan Melayu.

Bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mengeluarkan 66 tender terbuka, 44 (67 peratus) diberi kepada kontraktor Melayu dan 22 (33 peratus) diperoleh oleh kontraktor bukan Melayu.

Mohd. Nor Suhaili menjelaskan, rakyat berhak mengetahui nilai sebenar tender yang dimenangi kontraktor Melayu dan bukan Melayu bagi menentukan sama ada kerajaan negeri berlaku adil atau sebaliknya.

Katanya, jumlah yang dinyatakan dalam bentuk peratusan sebenarnya tidak menggambarkan nilai yang diperolehi.

"Kita lihat apa yang dibuat Kerajaan Pusat selama ini, mereka selalu mengumumkan sesuatu pemberian kepada rakyat dalam bentuk nilai bukannya peratusan.

"Dengan mendedahkan jumlah pemberian, kita dapat melihat secara lebih jelas nilai sebenar pemberian itu," ujarnya.

Monday, February 1, 2010

PKR adalah boneka DAP


Anwar & Mansor pertahankan Guan Eng , siapa nak pertahakan orang Melayu
?


PULAU PINANG 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselar kerana sanggup membiarkan parti itu menjadi boneka dan 'pak turut' kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sepanjang lebih dua tahun mentadbir, tindak tanduk Setiausaha Agung DAP itu jelas menunjukkan beliau mahu memimpin negeri mengikut caranya sendiri.

Malah, katanya, Guan Eng juga sanggup menyingkirkan siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya seperti berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin yang 'terpaksa' melepaskan jawatan.

''Perkara sama juga menimpa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang selama ini lantang mengkritik Guan Eng dan akhirnya 'terpaksa' melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

''Jika perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat akan melabelkan PKR sebagai boneka dan 'pak turut' kepada Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara seumpama itu juga tidak pernah terjadi sepanjang lebih 34 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang kerana parti itu mengamalkan konsep permuafakatan.

Tambahnya, dalam tempoh itu juga, semua parti komponen BN di negeri ini iaitu UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP tidak pernah membuat keputusan yang mementingkan sebahagian pihak sahaja.

''Semasa BN perintah, apa jua keputusan akan dibuat secara permuafakatan dan ia dilakukan demi kepentingan rakyat negeri ini dan tidak seperti kerajaan sekarang yang hanya mementingkan kelompok tertentu," ujarnya.

PAS masih sayang lagi Khalifah LGE di PP


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Perkembangan terbaru kemelut politik yang membabitkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng amat meresahkan Pas terutama di kalangan pemimpin utama parti itu.

Meskipun keadaan dikatakan semakin meruncing, menurut sumber, kepimpinan Pas tetap dengan pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat tindakan susulan.

Kata sumber itu lagi, pendirian Pas berhubung isu itu jelas iaitu parti berkenaan tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk menyelesaikannya.

''Sungguhpun begitu, walau apa jua bentuk jalan penyelesaiannya Pas tetap tidak mahu DAP menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.

''Ini kerana kami teramat khuatir yang ia boleh memberi impak terhadap Islam dan kepentingan Melayu di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber itu mengulas kemelut yang berlaku antara Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Guan Eng.

Zahrain sebelum ini telah melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya kerana sikapnya yang tidak suka dikritik selain berucap dalam bahasa Mandarin semasa konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP itu juga didakwa gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu dan dianggap akan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang sekiranya masih mengekalkan rentak pentadbiran yang diamalkan sekarang.

Sementara itu, Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, sudah tiba masanya Pas mengkaji semua kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata, hasil daripada pengamatannya selama ini Pas sejak berada di dalam pakatan gagal memainkan peranan untuk membela Islam mengikut konteks yang sebenar berbanding ketika parti itu sendirian.

''Pas bagi saya gagal menjadi parti alternatif terbaik kepada orang Melayu kerana terlalu ikutkan rentak PKR dan DAP. Mereka terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan mereka asalkan kedudukan dalam pakatan tidak terjejas.

''Ini semuanya adalah disebabkan politik. Pas nampaknya lebih rela meraih sokongan PKR dan DAP demi pilihan raya, demi politik dan demi kuasa.

''Pas sebenarnya kuat tetapi mereka yang meletakkan kedudukan sehingga serendah ini. Mereka berada pada kedudukan nombor tiga dari segi jumlah Ahli Parlimen. Secara peribadi saya kurang yakin dengan kemampuan Pas sekarang,'' katanya lagi.

Beliau percaya sokongan masyarakat Islam dan Melayu terhadap Pas semakin terhakis sekiranya parti itu terus memainkan rentak serupa dengan PKR dan DAP.

''Ingatlah agama suci Islam ini jika tidak dijaga akan ada musibah yang akan diturunkan oleh Allah satu hari nanti. Saya yakin ini yang akan berlaku,'' katanya.

Gerai peniaga Melayu dalam Parlimen Anwar sendiri pun dirobohkan


Gerai peniaga Melayu menjual buah di Jalan Permatang Pauh
dalam parlimen Permatang Pauh dirobohkanoleh Guan Eng




oleh : adik spy leman

Itulah persoalan yang bermain benak fikiran peniaga Melayu di Permatang Pauh yang kebanyakkannya penyokong kuat Anwar apabila nasib mereka kini ibarat telur di hujung tanduk yang kini terpaksa berdepan dengan MPSP dan Guan Eng yang bila-bila masa akan merobohkan gerai –gerai mereka.

Apabila melihat gambar rakan mereka iaitu peniaga gerai buah di Jalan Prmtg Pauh yang dirobohkan oleh Pejabat Tanah & Daerah SPT dan MPSP atas arahan Guan Eng , di mana Anwar dan Wakil Rakyat mereka iaitu Dr Mansor dan Salleh Man untuk membela mereka ??

.Anwar pulak sekarang ini memang tak akan jenguk la gerai hang pa semua dirobohkan kerana beliau kini sedang menghadapi masalahnya lagi besar iaitu kes liwat dengan Saiful . Itu 2 orang YB boneka DAP memang tak boleh pakai kerana sekarang te lah mabuk kuasa iaitu seorang Pengerusi PUZ dan Timbalan YDP Maipp.

Zahrain kuat mengkritik Guan Eng kerana berjuang untuk isu inilah sebenanrnya iaitu membela nasib peniaga Melayu .Samada wayang @ drama oleh Zahrain itu belakang kira tetapi beliau nampak Guan Eng dan kerajaan negeri jelas banyak menindas orang Melayu di PP dan sekarang ini isu gerai peniaga Melayu dirobohkan . Tetapi masih ada lagi Melayu Pakatan yang masih mempertahankan Guan Eng seperti beberapa blog pembangkang dan juga pemimpin2 PKR dan PAS di PP .

Kepada peniaga-peniaga Melayu di Prmtg Pauh ini , hang pa sendiri yang jerut leher anda sekarang terima lah padahnya . Terpersona sangat dengan lakonan Anwar dan slogan Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya , ambil lah habuan hang pa sekarang !!

Orang tua dulu-dulu sudah cakap DAP ini tidak boleh percaya , anti Melayu dan parti perkauman tak mau dengar…

Sekarang Sudah tidak berguna lagi , nasi sudah jadi taik pun .. .. Menang Sorak , Kampung tergadai ..


*** Adik Spy leman melaporkan dari stesyen minyak Petronas , Taman Pauh Indah .

PKR mohon cerai taklik dari Khalifah Guan Eng

oleh: pejuang bangsa

Datuk Zahrain Hashim terus menerus menyerang kerajaan PP diketuai Khalifah Guan Eng . Walaupun beberapa pemimpin Pakatan seperti Dr Mansor dan Pengerusi DAP PP mempertahankan Guan Eng dengan membelasah balik Zahrain , tetapi nampaknya drama ini semakin menarik .

Semalam Zahrain menggesa kepimpinan tertinggi PKR mengkaji semula kedudukan dan kerjasama parti itu dengan DAP di Pulau Pinang. Samada hanya drama saja atau tidak pun , gesaan ini merupakan tindakan yang serius dan boleh menggugat kerjasama dalam Pakatan .

Zahrain hari ini sekali lagi menyerang Guan Eng dengan mendakwa dasar yang dibawa oleh beliau banyak menindas dan zalim terhadap orang Melayu hingga memberi masalah kepada pemimpin PKR yang kebanyakkan menjadi Adun dan bertanggujawab terhadap kawasan mereka dan orang Melayu .

“ Guan Eng kata di khalifah , khalifah apa ini kalau gerai- gerai tanpa lessen milik peniaga Melayu ditarik balik dan premis mereka dirobohkan

Selain itu beliau juga percaya ramai lagi pemimpin dalam Pakatan yang bersetuju dengan kenyataannya bahawa Guan Eng seorang yang diktator .

“ Siapa yang kenal lama dengan Guan Eng pasti tahu apa yang saya cakap itu memang benar , jadi cukup-cukuplah daripada nak terus mempertahankannya .

Nampaknya sindirin tajam ini pastinya ditujukan kepada Dr Mansor yang sekarang mabuk kuasa menjadi TKM 1 hingga sanggup menjadi boneka kepada Guan Eng .

Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam juga sependapat dengan dakwaan Guan Eng adalah seorang pemimpin diktator dan cauvinis dan itulah sifat sebenarnya . Menurutnya , DAP Melaka sendiri tidak pun tak nak beliau hingga menyebabkan beliau tewas ketika bertanding jawatankuasa DAP Melaka .

“DAP Melaka pun tak nak beliau , orang Melaka pun tak nak dia . Mereka tahu Guan Eng seorang yang kasar , autokrasi , kuku besi , cakap dia sahaja yang betul dan cakap orang lain semua salah “Datuk Seri Ali Rustam

Amat malang sekali negeri Pulau Pinang mendapat pemimpin seperti Khalifah Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang zalim ,diktator ,kuku besi , autokrasi ,cauvinis dan berfikiran komunis . Hingga hari ini , Guan Eng masih lagi membisu dan takut untuk menjawab tuduhan Zahrain dan hanya menggunakan balaci-balacinya sahaj untuk berdepan dengan Zahrain .


GUAN ENG HARUS LETAK JAWATAN !!!

PULAU PINANG LEBIH AMAN TANPA KHALIFAH GUAN ENG !!