PERHATIAN
Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!
Emelkan ke penang.umb@gmail.com
Terima kasih.
Monday, June 13, 2011
Kerajaan PP gagal bentang Pelan Induk Perindustrian selepas setahun diumumkan: Dr Koh
GEORGETOWN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, hari ini mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang gagal membentangkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang kepada penduduk negeri itu selepas diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tahun lalu.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Lim mengumumkan mengenai pelan itu pada satu seminar mempromosikan pelaburan kepada pelabur antarabangsa di Singapura pada Jun tahun lalu.
"Sudah lebih 12 bulan diumumkan, tetapi bayang pun tidak nampak, cakap saja. Saya desak Ketua Menteri bentangkan apa pelannya, kini sudah tiga tahun mereka memerintah negeri," katanya ketika merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempunyai perancangan sendiri untuk pembangunan Pulau Pinang, bukan sekadar menumpang rancangan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan.
"Ketika BN memerintah Pulau Pinang, kita ada rancangan pembangunan untuk setiap 10 tahun. Tetapi kerajaan negeri ketika ini menggunakan pendekatan secara ad hoc dengan mengadakan publisiti itu dan publisiti ini saja," katanya.
Dr Koh berkata, kegagalan itu mencerminkan prestasi sebenar kerajaan negeri itu yang kononnya mengamalkan konsep CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).
"Adakah ini kerajaan CAT?... kerajaan kucing. Saya tidak hairan kalau beliau akan umumkannya (pelan induk) dalam dua atau tiga hari ini kerana saya sudah faham dengan sikapnya," katanya.
Sementara itu, Dr Koh yang juga Pengerusi BN negeri, berkata BN Pulau Pinang kini semakin kukuh selepas BN gagal mengekalkan kedudukan di negeri ini pada pilihan raya umum 2008.
"Hubungan kami dalam BN Pulau Pinang semakin rapat berbanding ketika menjadi kerajaan negeri dulu. Ketika itu kami terlampau sibuk tentang soal ekonomi dan sosial negeri sehingga jarang membincangkan strategi politik," katanya.
Sementara itu, pada sidang medianya, ketika mengulas masalah Keretapi Bukit Bendera yang sering kali rosak dan kegagalan menyediakan zon menunggang kuda di kawasan pantai sehingga berlakunya kemalangan, Dr Koh berkata, ia membuktikan kerajaan negeri bukan pentadbir yang baik.
Katanya, dua insiden itu menunjukkan betapa kelam kabutnya pentadbiran kerajaan negeri yang tidak berupaya menyelesaikan masalah kecil. - BERNAMA
Saturday, May 14, 2011
Rakyat bantah Kerajaan DAP pertikai Klinik 1 Malaysia
BUTTERWORTH - Lebih 200 penduduk sekitar daerah ini termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenyataan Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang mempertikaikan kewujudan Klinik 1Malaysia.
Bantahan diadakan di hadapan Klinik 1Malaysia Bagan Ajam selama 30 minit selepas solat Asar, kelmarin dan dijalankan secara aman tanpa melibatkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Antara NGO terlibat adalah Penawar, Gerakan Belia 4B cawangan Bagan Ajam, Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Awang dan Persatuan Pemuda Pencinta Damai Butterworth.
Mereka bersama penduduk yang turut disertai kanak-kanak bukan sahaja mempamerkan berbagai sepanduk meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu menarik balik kenyataannya malah menuduhnya tidak faham dengan kewujudan sebenar klinik berkenaan.
Penganjur demonstrasi yang juga Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang berkata, mereka berkumpul untuk menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Boon Poh mempersoalkan ketiadaan doktor bertugas di klinik itu selama ini.
“Klinik 1Malaysia diwujudkan sebagai alternatif kepada pesakit untuk menerima rawatan awal sebelum mereka dirujuk ke hospital jika penyakit mereka melarat.
“Sebagainya wakil rakyat, beliau sepatutnya lebih memahami klinik berkenaan dan tidak mempertikaikannya,” katanya.
Seorang pesakit, M Parowady, 56, penduduk flat Taman Tun Dr Awang berkata, dia rasa bertuah dengan kewujudan klinik itu di kawasan perumahan selama ini kerana memudahkannya mendapatkan rawatan.
“Kami yang terdiri dari penduduk miskin sudah semestinya memilih klinik ini daripada klinik swasta untuk mengelak bayaran tinggi.
“Tambahan lagi ubat yang dibekalkan sama mutu dengan klinik lain membuatkan kami berasa selamat menggunakannya,” katanya.
Pesakit kencing manis, Emilia Saidin, 30, yang menjadikan Klinik 1Malaysia di situ sebagai tempat tetap mencuci kakinya berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco berkenaan seperti merendahkan taraf klinik berkenaan.
“Rawatan yang diberikan di klinik ini sama dengan rawatan di tempat lain dan kedudukannya di lokasi berdekatan perumahan memudahkan kami mendapat perkhidmatan kesihatan.
“Jika nak ke klinik swasta di pekan, kami terpaksa mengeluarkan wang lebih dan merugikan masa serta mengalami masalah pengangkutan terutamanya bagi penduduk miskin seperti saya,” katanya.
Menurut Ahli Jawatankuasa Penawar, Hamid Dalilah, 50, tindakan Boon Poh mempertikaikan ketiadaan doktor di klinik itu menunjukkan beliau tidak memahami konsep perkhidmatan kesihatan yang menjadi amalan dalam dunia perubatan selama ini.
Demonstrasi aman itu bagaimanapun berakhir sejurus selepas mereka diarah bersurai oleh anggota polis yang bertugas kerana tidak mempunyai permit.
Tuesday, April 19, 2011
Keputusan PRN Sarawak beri petanda regim DAP P.Pinang boleh ditumbangkan
oleh: mat kilau penang
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yakin bahawa Barisan Nasional dapat kembali menawan Pulau Pinang setelah apa yang berlaku di PRN Sarawak.Semangat sebegini dapat memberi keyakinan bahawa perlu ada tranfomasi.
DAP berjaya menipu rakyat dengan cara membangkitkan isu perkauman rasanya rakyat telah sedar apa yang berlaku.apa pun kita lihat adakah momentum ini dapat dikekalkan pada PRU13.
Sunday, April 3, 2011
Rakyat P.Pinang perlu tolak DAP , pastikan BN kembali memerintah
BALIK PULAU, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu.
Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.
Najib berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.
Katanya selain itu angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.
Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.
Beliau berkata untuk bangkit semula, semua pemimpin dan anggota BN hendaklah menggunakan anologi semangat gotong royang iaitu bermuafakat dengan satu matlamat dan hanya dengan memberi fokus kepada usaha mencapai satu matlamat yang sama, dan ia menjadi asas kepada kejayaan untuk merampas kembali Pulau Pinang.
“Jangan ada masalah dalam keluarga BN, sepatutnya tolak perselisihan dan juruskan kerjasama, dan lakukan yang terbaik barulah kita boleh bangun,” katanya.
Perdana Menteri seterusnya menyelar pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan pusat menganaktirikan Pulau Pinang sedangkan hakikatnya pulau mutiara itu terus dimajukan oleh kerajaan BN sejak dahulu hingga sekarang, termasuk dalam usaha meningkatkan pelaburan asing.
Sehubungan itu Najib menggesa rakyat Pulau Pinang supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, dan mereka perlu memastikan BN kembali memerintah negeri.
Wednesday, March 23, 2011
BN P.Pinang cabar Guan Eng kemukakan saman
PULAU PINANG 21 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mengambil tindakan undang-undang jika merasakan Barisan Nasional (BN) menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dalam projek pelancongan di Pulau Jerejak di sini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, tindakan tersebut adalah lebih bermaruah daripada terus berbohong kepada rakyat dengan menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat mengenai isu berkenaan.
Menurutnya, perbuatan Guan Eng mengedarkan risalah sedemikian bersifat kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang berwibawa.
Beliau mengulas dakwaan yang dilontarkan Guan Eng berhubung kegagalan projek pelancongan berkenaan semasa di bawah pemerintahan BN sehingga dituduh menyebabkan kerugian kepada rakyat.
Projek usahasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu untuk menjadikan Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan dimiliki oleh UDA Holdings Berhad dengan 51 peratus ekuiti dan lebihannya dimiliki Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Sehingga kini, projek berkenaan yang mempunyai empat fasa hanya siap fasa pertama, manakala fasa seterusnya masih tertangguh.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, tindakan Guan Eng tersebut hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Jelasnya, selama tiga tahun mentadbir negeri, Setiausaha Agung DAP itu tidak langsung membantu mempromosi Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan.
Sunday, November 21, 2010
Penyokong ISA bantah forum Anti ISA
oleh : media permatang pauh
Bertempat di KOMTAR Walk, satu forum membantah ISA telah dianjurkan oleh DAP bagi menyebarkan dakyah buruk terhadap akta tersebut tengah hari tadi.
Forum ini yang dihadiri oleh bekas-bekas tahanan ISA seperti Mat Sabu dan Hishamudin Rais bagaimanapun kurang mendapat perhatian dari masyarakat sekitar P.Pinang. Hanya lebih kurang 40-50 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di tempat Forum tersebut.
Forum menjadi "panas" apabila sekumpulan warga P.Pinang menyerbu ke Forum berkenaan dengan membawa sepanduk "Kami Sokong ISA". Kekacauan hampir tercetus akibat dari penyokong DAP yang menghalang kemaraan kumpulan 50 orang pro ISA berkenaan.
Saturday, November 13, 2010
Penduduk bantah kerajaan DAP rampas dewan
BUTTERWORTH 12 Nov. – Kira-kira 150 penduduk serta pemimpin masyarakat sekitar Telok Air Tawar di sini mengadakan perhimpunan secara aman membantah kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas sembilan buah dewan kegunaan orang ramai di kawasan tersebut.
Mereka yang terdiri daripada penduduk beberapa taman perumahan sekitar sini mengecam tindakan kerajaan negeri yang menghantar notis mengarahkan supaya semua bangunan dewan di kawasan tersebut dikosongkan dalam masa terdekat.
Bangunan terbabit ialah Dewan Panorama, Dewan Orang Ramai Taman Tun Dr. Awang, Taman Sri Pantai, Taman Melati, Taman Robina, Taman Senangan, Kampung Contoh, Dewan Belia Bagan Lebai Tahir dan Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Telok Air Tawar.
Menurut mereka, kerajaan negeri tidak mempunyai hak mutlak ke atas dewan berkenaan kerana semuanya dibina menggunakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri sebelum ini sudah mengambil alih tiga buah dewan di kawasan itu untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) selepas menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi penduduk mendakwa ia terbiar tanpa diselenggara.
Seorang penduduk, Abdul Hamid Ahmad, 76, mempersoalkan kenapa dewan-dewan berkenaan mahu diambil alih sedangkan ia sudah diurus dengan baik dan penduduk bebas menggunakannya bagi pelbagai tujuan termasuk penganjuran kelas malam pelajar, tabika, kenduri kahwin serta aktiviti persatuan.
‘‘Kita minta kepada kerajaan negeri, hentikanlah berpolitik berlebihan sampai dewan kegunaan orang ramai pun nak ambil. Kalau ambil alih, rakyat kena bayar sewa, kena isi dan hantar borang, bukankah itu hanya menyusahkan penduduk,” katanya.
Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang

SETIAP hari selepas pulang dari kerja, Zambri Abdul Rahman, 45, akan memeriksa peti surat rumahnya. Seperti biasa, pelbagai risalah dan surat memenuhi ruang peti itu yang terletak di tingkat bawah sebuah flat kos rendah di Tanjung Tokong.
Namun, dalam banyak-banyak risalah, ada satu agak berbeza daripada yang lain. Bersaiz kertas A4, ia dicetak di kedua-dua belah muka surat dengan dua isi kandungan berbeza.
Satu bertajuk ‘UMNO takut rakyat akan tanya mengapa dulu BN (Barisan Nasional) tak boleh bagi duit, kini PR (Pakatan Rakyat) boleh bagi duit? Dan, takut rakyat dapat jawapan kerajaan tak makan duit, rakyat dapat duit’.
Ia berkaitan isu pemulangan wang ihsan RM100 oleh warga emas yang was-was dengan sumber dana daripada hasil judi.
Manakala satu lagi tajuk adalah ‘UMNO terus berbohong, kerajaan PR terus difitnah’, iaitu mengenai isu pengambilan tanah di Kampung Genting dan Pondok Upeh di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi.
Dua tajuk berbeza tetapi mempunyai motif sama, iaitu memperlihatkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah ‘orang baik’ manakala BN khususnya UMNO sebagai ‘orang jahat’.
Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan, pengedaran risalah tersebut adalah strategi Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa apa yang dibongkar dalam media massa selama ini adalah palsu.
Katanya, Guan Eng cuba memperdayakan rakyat bahawa segala kelemahan atau kecacatan dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya melibatkan orang Melayu yang disiarkan itu merupakan kerja jahat BN.
“Dia (Guan Eng) buat begini untuk meyakinkan rakyat bahawa isu-isu yang berbangkit kebelakangan ini adalah satu pembohongan, cerita yang diada-adakan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Bagaimanapun, Cheng Guan melihat strategi itu sebagai tindakan terdesak Guan Eng untuk menutup segala kepincangan dalam pentadbirannya.
Ini kerana, dalam tempoh dua tahun mentadbir, Setiausaha Agung DAP itu dilihat gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang.
Namun, beliau percaya, rakyat tidak mudah untuk digula-gula dengan cara sedemikian.
“Lama-kelamaan rakyat akan bangkit kerana sudah bosan dengan putar-belit Ketua Menteri sekarang,” ujarnya.
Beliau memberikan contoh demonstrasi oleh lebih 200 anak jati Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu sebagai membantah dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih bersifat menindas.
Dalam bantahan itu, bukan sahaja orang Melayu, ia turut disertai kaum lain.
Antaranya peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pemilik tanah di Kampung Genting, ahli UMNO, Pas, PCM dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.
Cheng Guan menambah, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih banyak lagi demonstrasi dianjurkan selepas ini.
Ini kerana, jelasnya, dasar pentadbiran yang diamalkan Guan Eng seolah-olah tidak menghiraukan pandangan rakyat dan bersikap kuku besi.
Maka jalan terbaik adalah demonstrasi yang mungkin satu-satunya saluran untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.
Meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian negara, rakyat terpaksa melakukannya kerana tidak mahu lagi menunggu dan terus menunggu dengan harapan suara mereka didengari dan diberi perhatian.
Bagi mereka, cara rundingan dan penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini tidak mendatangkan kesan.
Mereka sudah jelak dengan alasan dan hujah pemimpin kerajaan negeri.
Kepada Guan Eng, Cheng Guan memberikan nasihat berikut,
“Janganlah berlagak sebagai raja di Pulau Pinang, jangan menganiaya rakyat lagi.
“Ubah mentaliti pembangkang, bekerjalah untuk rakyat.”
Thursday, November 4, 2010
Anwar sayang DAP lebih daripada PAS

KUALA LUMPUR 2 Nov. - DAP dianggap istimewa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sering mempertahankan kepentingan parti itu berbanding Pas.
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mendakwa, selain itu, Anwar sendiri pernah meminta supaya Pas tidak perlu diberi begitu banyak kuasa kerana dikhuatiri parti itu akan meminta lebih lagi.
Katanya, 'nasihat' itu dikeluarkan Anwar apabila terdapat cadangan supaya wakil rakyat Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Pulau Pinang untuk menjaga hal ehwal Islam.
"Antara alasan yang diberikan Anwar ketika menolak cadangan pelantikan Mohd. Salleh adalah Pas jika terlalu dilayan akan meminta lebih banyak kuasa, sedangkan parti itu sudah berkuasa di Kelantan dan Kedah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau pernah diberi 'nasihat' oleh Anwar yang ketika itu menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang supaya tidak memberi ruang kepada Pas.
Dalam pendedahan tersebut, Zahrain turut mengaitkan nama Mohammad Fairus kerana dakwanya, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu juga diberi nasihat yang sama disebabkan Pas dianggap oleh Anwar sebagai tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang berbanding DAP.
"Anwar begitu cenderung sekali mempertahankan kepentingan DAP berbanding Pas terutama di Pulau Pinang, walaupun banyak gerak kerja jentera parti pembangkang sebenarnya dijayakan oleh Pas," kata Mohammad Fairus.
Beliau berkata, ini kerana Pas mempunyai jentera parti yang tersusun berbanding DAP dan PKR.
"Bagi Anwar, Pas tidak penting, Pas hanya alat kerana yang penting ialah jaga DAP bagi menjamin sokongan masyarakat Cina.
"Ramai di kalangan pemimpin Pas dan PKR Pulau Pinang tahu mengenai perkara ini, tetapi mereka takut hendak bersuara dan lebih suka mengambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri walaupun sebenarnya tidak berpuas hati.
"Mereka takut akan ditendang keluar macam saya jika mempertahankan Melayu dan Islam di negeri itu," jelasnya.
Mengenai pendedahan Zahrain, beliau mengesahkan bahawa 'nasihat' tersebut diberikan secara lisan oleh Anwar dan ia menjadi detik permulaan kepada penentangannya terhadap kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga akhirnya dipecat.
Ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai 'konspirasi syaitan' antara PKR dan DAP sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Mohammad Fairus berkata, beliau tidak terkejut dengan kewujudan pakatan sulit yang membelakangkan Pas itu kerana menyedari Anwar seorang yang tidak jujur.
"Saya percaya konspirasi itu benar-benar wujud dengan mengambil kira perkara yang berlaku di Pulau Pinang.
"Saya mengalaminya sendiri, mengenali Anwar secara luar dan dalam. Dia seorang yang tidak jujur dan tidak konsisten. Kalau di Pulau Pinang Anwar pentingkan DAP, tiada yang mustahil mengenai perjanjian sulit tersebut.
"Anwar boleh menafikan apa sahaja kerana dia memang seorang yang cekap dalam aspek putar belit, tetapi kita ada Allah sebagai saksi, manusia mungkin beliau boleh tipu tetapi tunggulah pembalasan di akhirat kelak," katanya.
Demo kebangkitan rakyat PP bantah kerajaan diktator




GEORGETOWN - Kira-kira 100 orang daripada pelbagai kumpulan berkumpul di luar pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) membantah tindakan Kerajaan Negeri yang dianggap menzalimi dan menindas rakyat kebelakangan ini.
Ia membabitkan ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Parti Cinta Malaysia, penduduk Kampung Genting, Balik Pulau dan penyokong menyelamatkan tanah perkuburan Islam Lot 21 dan 22 Jelutong yang mengadakan tunjuk perasaan selama kira-kira dua jam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, terutama Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Ketika itu, Guan Eng sedang membentangkan Bajet 2011 di dalam persidangan DUN. Keadaan riuh rendah itu turut menarik perhatian beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Exco untuk keluar melihat apa yang berlaku.
Wakil penduduk Kampung Genting, Aziaan Arifin berkata, kedatangan mereka adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng berhubung pengambilan tanah penduduk hampir 40 hektar bagi mendirikan institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, semua pemilik bersepakat tidak mahu menyerahkan tanah masing-masing kerana menganggap tindakan Kerajaan Negeri tidak telus malah tidak pernah berbincang pun dengan mereka.
Beliau berpendapat, tindakan itu menunjukkan seolah-olah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan secara halus untuk menghalau penduduk terbabit, terutama golongan Melayu dari kampung halaman mereka.
“Rakyat langsung diketepikan dan warta dikeluarkan tanpa pengetahuan tuan tanah. Sepatutnya, kalau kerajaan PR berjiwa rakyat, mesti mengutamakan rakyat. Berbincang dahulu sebelum membuat pengambilan tanah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Kesemua pemilik tanah di Kampung Genting membantah pengambilan tanah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kami menggesa supaya mereka menarik balik proses pengambilan tanah di Balik Pulau,” katanya kepada media ketika mengadakan bantahan itu semalam.
Aziaan berhasrat membawa kesemua pemilik tanah bersemuka dengan Ketua Menteri bagi membincangkan perkara itu namun tidak kesampaian apabila dihalang memasuki ke perkarangan bangunan itu setelah pintu utamanya dikunci.
Tidak berputus asa, Aziaan bersama dengan penduduk yang lain berusaha mendapatkan kebenaran untuk masuk ke dalam melalui pos kawalan namum usaha mereka sekali lagi gagal setelah dihalang pengawal keselamatan.
Setelah berbincang dengan wakil Kerajaan Negeri, pengawal keselamatan hanya membenarkan tiga wakil penduduk masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Menteri.
Bagaimanapun, penduduk yang hadir kecewa kerana tidak dapat bersemuka dengan Guan Eng sebaliknya hanya diberi kebenaran untuk menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik.
Bantahan yang bermula kira-kira jam 10.30 pagi itu berlangsung kira-kira dua jam sebelum disuraikan polis. Penduduk kampung yang hadir turut membawa kain rentang dan sepanduk yang tertulis dengan pelbagai kata-kata bagi menggambarkan perasaan mereka.
Beberapa penduduk juga bertindak agresif memanjat pagar bangunan itu dan menggoyangnya sebagai tanda protes manakala seorang daripada mereka mengunci badannya menggunakan rantai pada pagar lantaran kecewa tidak dibenarkan bertemu Ketua Menteri.
Seorang penyokong menyelamatkan tanah perkuburan Islam Lot 21/22, Arif Ibrahim turut ditahan polis kerana enggan mematuhi arahan supaya beredar dari kawasan itu.
Kerajaan Negeri sudah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu untuk pembinaan hab pendidikan.
Sementara itu, Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, perhimpunan ini dibuat bagi menyuarakan rasa tidak berpuas hati peniaga berbilang bangsa di Komtar yang ditindas Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kerana tidak memberi peluang kepada mereka menyuarakan pandangan dan masalah sebelum keputusan diambil.
Ghani berkata, seramai 18 peniaga kecil di tingkat tiga Komtar diarah mengosongkan gerai masing-masing bagi membolehkan kerja pengubahsuaian bernilai RM15 juta dijalankan di ruang itu.
“Kami tidak berpuas hati dengan sikap ditaktor yang diamalkan Kerajaan Negeri dan nekad untuk meneruskan perniagaan di situ kerana itu saja sumber pendapatan kami,” katanya.
Thursday, July 29, 2010
Kenali Adun Pantai Jerejak yang mahu bikin PP ini pulau orang kaya


Monday, March 15, 2010
Guan Eng Fikir Rakyat Pulau Pinang Bodoh ?
Sementara itu, prestasi di Pulau Pinang pula digambarkan melalui kejayaan negeri itu merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, selain kelulusan sebanyak 104 projek industri.
"Kerajaan negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul.
"Bantuan kewangan kepada SAR berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 setiap sekolah Cina dan RM63,000 setiap sekolah Tamil," kata kenyataan tersebut. Negeri itu juga turut mendakwa berjaya membasmi kemiskinan tegar dalam masa satu tahun serta menjamin bantuan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap keluarga.
Pertama sekali, kenyataan di atas terlalu simplistik dan tidak menerangkan suasana sebenarnya tentang kemampuan kerajaan negeri dan juga prestasi perbadanan-perbadanan negeri yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti PBA.
Guan Eng sekadar menengahkan perkara-perkara yang manis si pandang enak didengar sahaja. Beliau telah gagal memberikan sebarang perincian mengenai apa yang beliau hebahkan itu dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Sebagai kerajaan negeri, Guan Eng sepatutnya memberikan informasi yang lebih lengkap agar rakyat Pulau Pinang boleh menilai kemampuan beliau dan parti DAP.
Malah, kenyataan di atas boleh 'dibuang di sampah' kerana akan mengelirukan rakyat Pulau Pinang. Rakyat tidak diberikan gambaran yang sebenarnya dan ini bermaksud menipu rakyat Pulau Pinang.
Tambahan pula isu seperti 'berjaya membasmi miskin tegar dalam masa 1 tahun' tidak sepatutnya dijadikan kejayaan DAP negeri secara total kerana 'kejayaan DAP' membasmikan miskin tegar telah dimulai dan dipermudahkan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.
Apakah Guan Eng fikir bahawa rakyat Pulau Pinang bodoh dan percaya sangat kepada beliau?
Malulah sikit!
Kedua, penulis belum lagi menceritakan tentang permasalahan perbadanan negeri seperti Perbadanan Bekalan Air (PBA). Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, PBA sedang mengalami masaalah kewangan sejak parti DAP mengambil alih kerajaan negeri.
Difahamkan bahawa pihak bank kerap menghubungi pihak PBA untuk melangsaikan hutang-hutang mereka. Malah, terdapat beberapa lagi isu salaman PBA yang penulis tahu dan akan dedahkan selepas ini.
Pokoknya, kerajaan DAP negeri Pulau Pinang telah gagal mentadbir negeri tersebut dengan baik. Malah, memporak-perandakan lagi sistem yang ada di negeri tersebut.
Thursday, February 4, 2010
Kerajaan Khalifah LGE bohong tidak robohkan gerai penjaja sementara
Apabila saya membaca laporan oleh seorang Exco kerajaan kuku besi Guan Eng hari ini bahawa penjaja sementara akan terus dibenarkan berniaga di kawasan mereka ( tepi jalan ) selagi mereka tidak mendirikan sebarang struktur tetap .
“Mereka ada lesen dan hanya berniaga di atas tapak sementara.
“Kalau mereka dirikan struktur tetap, barulah PBT akan bertindak merobohkannya,”
Ini merupakan satu PEMBOHONGAN BESAR kerajaan diktator ini yang kini didesak memberi penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan tetapi terlepas daripada sebarang tindakan. Gerai-gerai bukan Melayu ini beroperasi di tepi-tepi jalan sehingga menganggu lalulintas trafik sehinga menyebabkan kesesakan.Exco kerajaan negeri PP jelas menipu bahawa mereka tidak mengambil tindakan terhadap peniaga kecil yang berniaga di atas tapak sementara. Dulu pernah keluar berita ini dalam Utusan iaitu mengenai penjaja kecil di Taman Bertam Perdana yang kesal tindakan pilih kasih MPSP yang merobohkan gerai mereka dalam masa 24 jam .
Notis dikeluarkan pada jam 6.30 petang dan diminta membuat rayuan di pejabat MPSP keesokkan harinya . Tetapi belum sempat membuat rayuan , 30 orang penguatkuasa datang merobohkan gerai mereka . klik di sini untuk membacanya
Kepada kerajaan negeri kuku besi , jangan cuba nak berbohong kepada orang Melayu lagi . Kini mereka sudah boleh menilai dan membuat perbezaan kebaikan kerajaan dahulu dengan kezaliman kerajaan sekarang . Kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu sudah tidak boleh ditutup lagi dan sudah terang sekarang berlaku depan mata .
Buat Ketua AMK Pulau Pinang yang sanggup menjadi balaci Guan Eng hingga membuat kenyataan pondan dengan meminta Zahrain mohon maaf kepada Anwar dan Guan Eng ,PB sarankan hang turun padang dahulu dan lihat sendiri nasib orang Melayu terutama peniaga2 kecil yang kini berdepan dengan gerai mereka yang bakal dirobohkan terlebih dahulu sebelum bercakap pertahanakan Guan Eng . Jangan hanya menjadi pak turut dan yes boss kepada pemimpin diktator dan cauvinis ini seperti khalifah Lim Guan Eng ini.
Baca di sini juga malik kasim pertahankan bosnya Khalifah Guan Eng dengan menuduh Zahrain menyanyi ikut irama BN . Kalau Zahraian dituduhnya menari ikut irama BN , Malik pulak menyanyi ikut irama DAP ke ?? Ini lagi antara Melayu 2,3 kerat yang tak berguna untuk Melayu PP . Mengapa Malik diam dan tidak bersuara bila gerai peniaga Melayu di robohkan ??
Fikir-fikirkanlah ..
Monday, February 1, 2010
PKR mohon cerai taklik dari Khalifah Guan Eng
oleh: pejuang bangsa
Datuk Zahrain Hashim terus menerus menyerang kerajaan PP diketuai Khalifah Guan Eng . Walaupun beberapa pemimpin Pakatan seperti Dr Mansor dan Pengerusi DAP PP mempertahankan Guan Eng dengan membelasah balik Zahrain , tetapi nampaknya drama ini semakin menarik .
Semalam Zahrain menggesa kepimpinan tertinggi PKR mengkaji semula kedudukan dan kerjasama parti itu dengan DAP di Pulau Pinang. Samada hanya drama saja atau tidak pun , gesaan ini merupakan tindakan yang serius dan boleh menggugat kerjasama dalam Pakatan .
Zahrain hari ini sekali lagi menyerang Guan Eng dengan mendakwa dasar yang dibawa oleh beliau banyak menindas dan zalim terhadap orang Melayu hingga memberi masalah kepada pemimpin PKR yang kebanyakkan menjadi Adun dan bertanggujawab terhadap kawasan mereka dan orang Melayu .
“ Guan Eng kata di khalifah , khalifah apa ini kalau gerai- gerai tanpa lessen milik peniaga Melayu ditarik balik dan premis mereka dirobohkan “
Selain itu beliau juga percaya ramai lagi pemimpin dalam Pakatan yang bersetuju dengan kenyataannya bahawa Guan Eng seorang yang diktator .
“ Siapa yang kenal lama dengan Guan Eng pasti tahu apa yang saya cakap itu memang benar , jadi cukup-cukuplah daripada nak terus mempertahankannya .
Nampaknya sindirin tajam ini pastinya ditujukan kepada Dr Mansor yang sekarang mabuk kuasa menjadi TKM 1 hingga sanggup menjadi boneka kepada Guan Eng .
Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam juga sependapat dengan dakwaan Guan Eng adalah seorang pemimpin diktator dan cauvinis dan itulah sifat sebenarnya . Menurutnya , DAP Melaka sendiri tidak pun tak nak beliau hingga menyebabkan beliau tewas ketika bertanding jawatankuasa DAP Melaka .
“DAP Melaka pun tak nak beliau , orang Melaka pun tak nak dia . Mereka tahu Guan Eng seorang yang kasar , autokrasi , kuku besi , cakap dia sahaja yang betul dan cakap orang lain semua salah “Datuk Seri Ali Rustam
Amat malang sekali negeri Pulau Pinang mendapat pemimpin seperti Khalifah Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang zalim ,diktator ,kuku besi , autokrasi ,cauvinis dan berfikiran komunis . Hingga hari ini , Guan Eng masih lagi membisu dan takut untuk menjawab tuduhan Zahrain dan hanya menggunakan balaci-balacinya sahaj untuk berdepan dengan Zahrain .
GUAN ENG HARUS LETAK JAWATAN !!!
PULAU PINANG LEBIH AMAN TANPA KHALIFAH GUAN ENG !!




