PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.
Showing posts with label umno penang. Show all posts
Showing posts with label umno penang. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

“Kalau UMNO Buat Bukan 1000 Orang Tapi Puluhan Ribu” – Zainal



GEORGE TOWN, 2 Julai – “Kalau UMNO yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman

Sambil menafikan penglibatan UMNO dalam demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam beliau memberitahu UMNO negeri mempunyai keahlian serami 150,000 orang.

Justeru tegasnya UMNO negeri tidak pernah mengarahkan demonstrasi berkenaan diadakan.

“Saya mendapat banyak panggilan daripada rakan-rakan semalam berhubung perkara ini. Ingin saya maklumkan bahawa UMNO negeri langsung tidak terlibat dalam demonstrasi di Komtar atau mana-mana tempat,” katanya di sini hari ini.

Semalam 1,500 orang termasuk anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan tunjuk perasaan anti Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berarak hampir sejam dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komtar.

Bagaimanapun Zainal Abidin berkata terdapat anggota parti itu yang menyertai pelbagai NGO di negeri ini.

“Memandangkan parti ini rapat dengan rakyat, banyak anggota kita terlibat dengan NGO. Mereka pergi atas nama NGO sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO tidak akan mengadakan demonstrasi seumpama itu.

“Saya mendapat banyak rungutan daripada masyarakat Pulau Pinang bahawa keadaan lalu lintas sesak teruk sehingga menyebabkan aktiviti mereka terganggu.

“Sama juga yang akan berlaku pada 9 Julai (perhimpunan haram), kalau mereka buat juga demonstrasi, lalu lintas akan sesak dan kita tak dapat menjalankan kerja seperti biasa,” katanya.

Katanya UMNO Pulau Pinang berharap perhimpunan haram pada 9 Julai ini tidak diteruskan kerana ia akan mencetuskan lebih banyak demonstrasi daripada pihak yang tidak menyokong perhimpunan itu.

“Elok jangan kita adakan benda yang boleh menggugat keselamatan negara. Bolehkah kita mengawal keadaan bila semua orang nak mengadakan demonstrasi,” ujarnya.

Thursday, June 9, 2011

Pilihanraya masjid : UMNO akan mengadap YDP Agong



BUTTERWORTH 7 Jun - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi merayu perkenan Seri Paduka supaya pilihan raya masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan dikaji semula demi menjaga keharmonian institusi Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, atas kapasiti Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, pihaknya merayu supaya keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihan raya itu dikaji sedalam-dalamnya kerana melibatkan kepentingan umat Islam.

"Sudah wujud kegelisahan dalam kalangan masyarakat Islam termasuk anak-anak kariah yang bimbang terhadap suasana masjid yang mahu dijadikan pentas mencari pengaruh politik partisan.

"Kita akan ajukan rayuan mengenai perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk meneliti perkara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia Isnin lalu menyiarkan keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid mulai tahun ini iaitu perkembangan yang dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian.

Keputusan itu mendapat bantahan ramai pihak yang menyifatkan ia agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.

Zainal Abidin berkata, pilihan raya masjid itu bukan sahaja bermotifkan politik malah bakal mengheret jawatan kuasa kariah masjid dalam kancah perpecahan apabila wujud aktiviti berkempen, mengadu domba serta memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Malah katanya, kaedah pelaksanaan pilihan raya itu juga sangat lemah dan longgar sehingga boleh menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan kariah masjid sekali gus memungkinkan perseteruan serius berlaku.

"Lebih penting, masjid mahu dijadikan tempat membuang undi sedangkan ia tempat beribadat dan tempat untuk meluaskan syiar Islam. Pilihan raya ala politik ini hanya akan meniupkan api perpecahan dan perbalahan," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kaedah pemilihan sebelum ini yang menekankan konsep musyawarah dalam kalangan anak kariah dari surau-surau setiap kampung mahu diubah secara tiba-tiba sedangkan ia terbukti berkesan menjaga keharmonian jawatankuasa masjid.

Katanya, sistem sedia ada yang diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu membolehkan wakil dari setiap kampung menduduki jawatankuasa masjid supaya apa jua aktiviti dapat dilakukan dengan penglibatan menyeluruh masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Pada masa sekarang pun, ahli jawatankuasa masjid bukan dikuasai mana-mana parti politik, malah mereka boleh duduk bersama-sama atas semangat persaudaraan. Kenapa suasana harmoni ini mahu dirosakkan?

"Justeru, kita minta anak-anak kariah di Pulau Pinang supaya berfikir dengan kebijaksanaan, jangan biar pihak tertentu menjadikan kita alat untuk merosakkan perpaduan sesama umat Islam," jelasnya.

Thursday, May 26, 2011

Pengedaran Video Seks : Kemungkinan Antara Dua Puak Dalam Pas Terlibat?




KUALA LUMPUR 26 Mei – Pengedaran video seks yang didakwa membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang secara berleluasa seperti dilaporkan berkemungkinan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata tuduhan pihak tertentu yang mengatakan UMNO melakukan perkara itu sebagai suatu yang tidak berasas.


Apa sahaja yang berlaku membabitkan Anwar Ibrahim, semua pihak akan menuding jari kepada UMNO, mereka kata semua itu adalah perancangan UMNO, konspirasi UMNO untuk jatuhkan Anwar.

“Sehingga kini, semua pihak masih tidak tahu siapa yang lakukannya termasuk pihak polis, mungkin juga mereka yang melakukan perkara ini mempunyai kepentingan tertentu untuk memburuk-burukkan Anwar.

“UMNO tidak akan melakukan kerja seperti ini, banyak perkara yang lebih berfaedah perlu dilakukan UMNO, bukannya perkara yang tidak berfaedah itu,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berhubung pengedaran video seks itu secara berleluasa dan UMNO dituduh menjadi dalang kepada pengedaran video berkenaan oleh pembangkang.

Musa berkata, kemungkinan juga mereka yang mengedar video berkenaan mempunyai hubung kait dengan pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan yang dikatakan pertembungan antara kumpulan pro Anwar (Endorgan) dengan pro ulama.

“Sekarang orang heboh bercakap mengenai pemilihan Pas, mereka kata ada ada pertembungan antara kumpulan pro Anwar dengan pro ulama. dan tidak mustahil perkara ini dilakukan oleh pihak tertantu yang menyokong salah satu kumpulan terbabit.

“Mereka ini lakukan untuk memalukan pihak tertentu, dalam hal ini mereka yang mempunyai kepentingan akan sanggup melakukan apa sahaja, lepas itu tuduh pihak lain yang lakukan,” katanya.

Menurutnya, beliau merasa sedih dengan apa yang berlaku itu kerana membabitkan aib seseorang, sepatutnya perkara itu biarlah pihak berkuasa menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan kemelut dan bukannya kita sendiri yang membuat keputusan.

“Dalam kita ingin mencapai sesuatu, tidak perlu kita melakukan sesuatu sehingga boleh memberi keaiban kepada orang lain, dalam perkara ini UMNO tidak terbabit lansung,” katanya.

Musa berkata, sudah menjadi lumrah politik negara ini apa sahaja yang membabitkan Anwar dan pihak pembangkang, UMNO yang menjadi mangsa dengan tujuan supaya rakyat bendi kepada UMNO dan Barisan Nasional. -MediaUMNO.

Monday, May 23, 2011

PRU 13 harus diberi keutamaan ahli parti



GEORGETOWN – Ahli UMNO digesa untuk menolak kepentingan pemilihan dalam parti kerana hidup mati UMNO bergantung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, keutamaan pada masa ini bukan soal pemilihan parti sebaliknya PRU-13.

Menurutnya, jika UMNO tersungkur pada pilihan raya akan datang, beliau sendiri tidak tahu bagaimana parti itu akan bangkit semula daripada kekalahan kedua selepas kalah dalam PRU-12.

“Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan parti kepada 18 bulan, bagi memastikan kita dapat memberi tumpuan pada PRU-13. Tak guna rebut jawatan dalam parti, kita lawan sesama sendiri malah ada yang anggap ‘perang’ dalam UMNO lebih dahsyat berbanding pilihan raya sebenar.

“Jangan sibuk hendak langgar semua dalam parti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung di sini, semalam.

Saturday, May 21, 2011

Umno Pulau Pinang Harap Kejutan Pada PRU Ke-13



PEKAN: Umno Pulau Pinang mengakui bakal menghadapi cabaran getir pada pilihan raya umum akan datang, namun mengharapkan 'kejutan' daripada rakyat untuk menguasai kembali negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini bukan hanya melawan parti politik, sebaliknya turut berdepan jentera kerajaan negeri.

"Kalau dulu, BN bertarung bagi mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, begitu juga di Selangor dan Kedah...kini, kita bukan sahaja melawan parti tetapi jentera kerajaan negeri, orang yang sedang berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pekan di sini, Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan Datuk Ishak Muhammad dan Ketua Puteri Umno Pekan Nor Azita Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sebagai paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

Zainal Abidin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, beliau mengharapkan kejutan daripada rakyat untuk menumbangkan kerajaan negeri pimpinan DAP yang dilihat mengamalkan politik tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata Pakatan Rakyat mengharapkan keburukan pada negara dan kesusahan rakyat demi untuk berkuasa.

"Mereka mahu ekonomi negara merudum dan harap harga barang serta minyak naik supaya rakyat akan marah kerajaan (BN)," katanya.

Beliau berkata Umno di negeri itu kini sedang berusaha keras bagi mengembalikan sokongan rakyat termasuk mengadakan program tinjauan mesra setiap minggu.

"Malah parti-parti komponen BN juga telah bangkit dan mula mengorak langkah dan saya yakin sedikit masa lagi rakyat akan kembali kepada BN," katanya.

Sementara itu, Zainal Abidin memohon kerajaan persekutuan agar mengkaji mekanisme terbaik bagi mengatasi kenaikan harga barangan dan minyak yang kini menjadi kegusaran rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah. - BERNAMA

Wednesday, March 23, 2011

BN P.Pinang cabar Guan Eng kemukakan saman



PULAU PINANG 21 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mengambil tindakan undang-undang jika merasakan Barisan Nasional (BN) menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dalam projek pelancongan di Pulau Jerejak di sini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, tindakan tersebut adalah lebih bermaruah daripada terus berbohong kepada rakyat dengan menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat mengenai isu berkenaan.

Menurutnya, perbuatan Guan Eng mengedarkan risalah sedemikian bersifat kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang berwibawa.

"Kalau dia (Guan Eng) rasa BN silap, saya cabar dia bawa perkara ini (projek Pulau Jerejak) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bawa ke mahkamah, samanlah.

"Jangan berperangai macam budak-budak, jadilah Ketua Menteri yang betul-betul nak bela rakyat.

"Ini tidak ..., dia sanggup buat fitnah, guna duit rakyat sebar risalah berbohong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja BN negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang dilontarkan Guan Eng berhubung kegagalan projek pelancongan berkenaan semasa di bawah pemerintahan BN sehingga dituduh menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Projek usahasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu untuk menjadikan Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan dimiliki oleh UDA Holdings Berhad dengan 51 peratus ekuiti dan lebihannya dimiliki Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Sehingga kini, projek berkenaan yang mempunyai empat fasa hanya siap fasa pertama, manakala fasa seterusnya masih tertangguh.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, tindakan Guan Eng tersebut hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelasnya, selama tiga tahun mentadbir negeri, Setiausaha Agung DAP itu tidak langsung membantu mempromosi Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan.

Sunday, March 6, 2011

3 tahun mengecewakan P.Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat




NIBONG TEBAL: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan pentadbiran pakatan pembangkang di Pulau Pinang sebagai "tiga tahun yang mengecewakan".

Beliau berkata kerajaan DAP Pulau Pinang yang memerintah negeri ini sejak tahun 2008 nyata gagal mengotakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas.

"DAP lebih kepada retorik, terbawa-bawa dengan sikap sebagai pembangkang dan tidak menumpukan kepada pentadbiran negeri,"

Zainal Abidin, yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, diminta mengulas mengenai menjelang tiga tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Pulau Pinang, 8 Mac ini.

Katanya kerajaan negeri gagal membawa pembangunan kepada rakyat Pulau Pinang dan kebanyakan pembangunan yang ada adalah hasil usaha kerajaan terdahulu.

"Dari segi pelaburan juga, kebanyakannya adalah usaha kerajaan pusat. Ada juga yang dibawa oleh kerajaan negeri sekarang tetapi jumlahnya sangat sedikit," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sepatutnya menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah rakyat bukannya mengharapkan kerajaan persekutuan untukmenyelesaikan masalah di Pulau Pinang. -

Friday, January 14, 2011

UMNO Pulau Pinang tubuh biro baru dekati golongan muda



Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.

Menurut Pengerusi BPUPP , Datuk Hj Zainal Abidin Osman , beliau yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.

Katanya, Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian,” katanya.




Beliau juga mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. -MediaUMNO