PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.
Showing posts with label Anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar ibrahim. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Majlis Ayahanda Malaysia Sedia Berdepan Kumpulan Bersih 9 Julai

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.

dakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?

“Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.

“Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan ’Bersih 2.0’, kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan ‘suci’ yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.

“Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya,” katanya.

Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.

Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan ‘suci’ untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka ‘Bersih’ ini,” ujarnya. -MediaUMNO.

Sunday, March 13, 2011

Demi kebenaran , rakyat P.Pinang pulak desak Anwar beri sampel darah untuk DNA !


Selepas banyak pihak  seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zul Nordin , Anuar Shaari , Wanita UMNO di  Batu Gajah  dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mencabar  dan mendesak  Datuk Seri Anwar Ibrahim agar  melakukan  ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) , kini giliran rakyat negeri kelahirannya di Pulau Pinang  pulak mendesak agar beliau melakukan ujian berkenaan .

Pada jam 10.30 pagi  tadi , bertempat di Masjid Jamek Jelutong  atas nama hak dan kebenaran  , mereka mendesak Anwar  supaya memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA bagi merungkai identiti sebenar siapa peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.




Jika kita  melihat tindak tanduk Anwar  untuk mengelak daripada melakukan ujian DNA ini  , ternyata  Ketua Pembangkang ini bersikap dayus dan hipokritnya  kerana  beliau hanya berani menjerit lawan tetap lawan saja di ceramah tetapi rupanya penakut .

Sudah la sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah untuk ujian DNA untuk membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.

Thursday, November 4, 2010

Anwar sayang DAP lebih daripada PAS




KUALA LUMPUR 2 Nov. - DAP dianggap istimewa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sering mempertahankan kepentingan parti itu berbanding Pas.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairuddin mendakwa, selain itu, Anwar sendiri pernah meminta supaya Pas tidak perlu diberi begitu banyak kuasa kerana dikhuatiri parti itu akan meminta lebih lagi.

Katanya, 'nasihat' itu dikeluarkan Anwar apabila terdapat cadangan supaya wakil rakyat Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Pulau Pinang untuk menjaga hal ehwal Islam.

"Antara alasan yang diberikan Anwar ketika menolak cadangan pelantikan Mohd. Salleh adalah Pas jika terlalu dilayan akan meminta lebih banyak kuasa, sedangkan parti itu sudah berkuasa di Kelantan dan Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa beliau pernah diberi 'nasihat' oleh Anwar yang ketika itu menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Dalam pendedahan tersebut, Zahrain turut mengaitkan nama Mohammad Fairus kerana dakwanya, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu juga diberi nasihat yang sama disebabkan Pas dianggap oleh Anwar sebagai tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang berbanding DAP.

"Anwar begitu cenderung sekali mempertahankan kepentingan DAP berbanding Pas terutama di Pulau Pinang, walaupun banyak gerak kerja jentera parti pembangkang sebenarnya dijayakan oleh Pas," kata Mohammad Fairus.

Beliau berkata, ini kerana Pas mempunyai jentera parti yang tersusun berbanding DAP dan PKR.

"Bagi Anwar, Pas tidak penting, Pas hanya alat kerana yang penting ialah jaga DAP bagi menjamin sokongan masyarakat Cina.

"Ramai di kalangan pemimpin Pas dan PKR Pulau Pinang tahu mengenai perkara ini, tetapi mereka takut hendak bersuara dan lebih suka mengambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri walaupun sebenarnya tidak berpuas hati.

"Mereka takut akan ditendang keluar macam saya jika mempertahankan Melayu dan Islam di negeri itu," jelasnya.

Mengenai pendedahan Zahrain, beliau mengesahkan bahawa 'nasihat' tersebut diberikan secara lisan oleh Anwar dan ia menjadi detik permulaan kepada penentangannya terhadap kepimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga akhirnya dipecat.

Ditanya sama ada beliau mengetahui mengenai 'konspirasi syaitan' antara PKR dan DAP sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Mohammad Fairus berkata, beliau tidak terkejut dengan kewujudan pakatan sulit yang membelakangkan Pas itu kerana menyedari Anwar seorang yang tidak jujur.

"Saya percaya konspirasi itu benar-benar wujud dengan mengambil kira perkara yang berlaku di Pulau Pinang.

"Saya mengalaminya sendiri, mengenali Anwar secara luar dan dalam. Dia seorang yang tidak jujur dan tidak konsisten. Kalau di Pulau Pinang Anwar pentingkan DAP, tiada yang mustahil mengenai perjanjian sulit tersebut.

"Anwar boleh menafikan apa sahaja kerana dia memang seorang yang cekap dalam aspek putar belit, tetapi kita ada Allah sebagai saksi, manusia mungkin beliau boleh tipu tetapi tunggulah pembalasan di akhirat kelak," katanya.

Thursday, April 8, 2010

Anwar Ibrahim Gila Kuasa...

Bertempat di Paya Keladi, Kepala Batas lebih 1000 orang menghadiri ceramah Ini Kisah Sebenar anjuran NGO iaitu Angkatan Beliau Muda Kepala Batas . Penceramah dalam ceramah ini adalah Sdr Ezam Mohd Noor dan Dato Seri Zahrain Hashim .

Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .




Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .

EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi

"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.


Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.

"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.

Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.

Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.

"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.

"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.

ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR



Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).

Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar .

PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya.

Wednesday, March 31, 2010

Guan Eng Komunis Merepek Lagi...

Penulis ingin merujuk kepada laporan berita terbaru tentang Lim Guan Eng yang mengungkit isu saham bumiputera yang 'hilang' seperti yang didakwa oleh beliau.

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Pertama, kenyataan Lim Guan Eng berbau jahat dan tidak tepat. Saham-saham tersebut tidak hilang seperti yang didakwa oleh beliau tetapi bertukar tangan ke tangan pihak yang lain.

Dan secara logiknya, saham tersebut tidak bertukar tangan kepada bumiputera yang lain tetapi kepada businessman bukan bumiputera yang mempunyai kemampuan untuk menawarkan nilai saham yang lebih tinggi daripada pasaran.

Dan logiknya, tidak akan berlaku pengurangan di dalam pegangan saham bumiputera jika pertukaran saham adalah sesama bumiputera.

Kedua, persoalannya sekarang ialah apakah saham yang bertukar tangan dari bumiputera kepada bukan bumiputera wajar dianggap skandal seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng?

Apakah businessman bukan Bumiputera wajar dilabelkan sebagai penyangak dan penyamun kerana merampas saham-saham tersebut seperti dikatakan oleh Guan Eng?

Apakah mereka itu wajar ditangkap seperti yang disarankan oleh Guan Eng?

Realitinya, businessman bukan bumiputera terutamanya kaum Cina pasti akan marah dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng DAP Sosialis itu. Mereka pasti terasa amat terhina dan hilang maruah mereka dek keceluparan beliau.

Penulis menjangka bahawa Lim Guan Eng akan dipanggil untuk menghadap pertubuhan-pertubuhan Perniagaan Kaum Cina kerana telah memburuk-burukkan nama baik mereka.

Dan jika pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak kisah, ianya jelas menunjukkan bahawa businessman bukan bumiputera memang penyangak dan perampas saham-saham seperti yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Penyangak dan perampas saham atau menafikan dakwaan Guan Eng ? Yang mana satu yang akan dipilih?

Seperkara lagi, jika Lim Guan Eng benar-benar ikhlas untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya, beliau boleh memulakan usaha murni itu dengan menyoal siasat Anwar Ibrahim, rakan politik beliau sendiri. Di sini penulis sediakan mukadimahnya :-

Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik-beradik beliau yang memegang saham berjumlah lebih daripada 7.1 juta unit di dalam 3 syarikat besar.

Pada 2 May 1998, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, telah memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad and 3,790,500 di dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated.

Farizon pula memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad. Marzukhi pulamemiliki 2,800,000 saham di dalam syarikat Penas Corporation.

Ibrahim Abdul Rahman turut memiliki 2,000,000 saham di dalam Industrial Oxygen Incorporated Bhd pada tahun 1993.

Dimanakah saham-saham tersebut ? Siapakah yang memberikan saham-saham tersebut?

Persoalannya sekarang ialah apakah Guan Eng akan terus berlakon dan menegakkan isu 'ketirisan saham' selepas ini atau buat-buat tidak endah lagi kerana rakan politik beliau pun penyangaknya juga?

Tuesday, March 23, 2010

Anwar Ibrahim Lagi...

Memang banyak ahli parlimen PKR,DAP dan PAS tidak tahu menahu fasal Datuk Seri Anwar Ibrahim babitkan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dalam Pelan 16 September untuk menawan Putrajaya menerusi pintu belakang.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata hanya pemimpin-pemimpin parti itu yang rapat dengan Ketua Pembangkang yang tahu mengenainya. Di kalangan pemimpin PAS yang mungkin tahu ialah mereka dalam kumpulan Erdogan yang pro Anwar.

Pengakuan Zahrain yang sebelum ini diketahui amat rapat dengan Anwar itu sekaligus mengesahkan laporan bahawa tidak semua ahli parlimen pakatan pembangkang termasuk dari PAS yang tahu mengenai tindak tanduknya guna nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima ATM untuk meyakinkan bahawa usahanya untuk menawan Putrajaya menerusi tindakan lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berjaya.

Bekas Ahli Parlimen PKR itu yang ditemui di lobi Parlimen Isnin berkata selepas pendedahan beliau di Dewan Rakyat minggu lalu, ada di kalangan ahli parlimen pembangkang bertanya padanya kebenaran di sebalik cerita 16 September 2008 itu.

Zahrain turut menyebut beberapa nama pemimpin PAS dan DAP yang rapat dengan Anwar dan mungkin diberitahu fasal pelan itu.

Beliau juga menjelaskan bahawa pendedahannya Rabu dan Khamis itu adalah berdasarkan apa yang beliau dengar dan bukan berbohong atau mereka-reka cerita.

Katanya, sebelum ini mungkin ada yang tahu cerita itu tetapi ia sekadar ‘dengar cakap’.

Zahrain percaya pendedahan beliau menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan ahli parlimen yang tidak tahu fasal Pelan 16 September malah tidak mustahil boleh mendorong mereka keluar parti kerana dibelakangkan oleh Anwar dan parti masing-masing.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob enggan mengulas kemungkinan Pelan 16 September tidak diketahui pemimpin atasan parti kecuali sebilangan ahli parlimen yang rapat dengan Anwar.

Beliau berkata, perkara yang membabitkan peringkat dasar parti wajar ditanya kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khamis lalu, Datuk Mahfuz Omar juga mengelak menjawab soalan sama dengan alasan tidak mendengar apa didedahkan Zahrain sekalipun beliau berada dalam Dewan Rakyat ketika itu.(seterusnya)

Saturday, March 6, 2010

Talkin Buat PKR.

PKR nampaknya menjadi parti yang paling bermasalah didalam gerombolan Pakatan Rakyat. Semakin hari, semakin banyak kemelut yang timbul di dalam parti pimpinan Anwar Ibrahim tersebut.

PKR gagal menghindarkan parti mereka daripada dikritik serta dicemuh dengan pelbagai kejian. Dari barisan AMK hinggalah kepada pemimpin utama parti tersebut, PKR sentiasa bermasalah.

Kini, PKR menjadi penyumbang terbesar bagi wakil-wakil rakyat bebas dan keluar parti.

Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd. Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang Fairus Khairuddin, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan terbaru ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri.

Ini semua berpunca dari kegagalan Anwar Ibrahim melantik calon-calon yang baik bagi PKR pada PRU12 lalu. Biarpun perkara ini diakui sendiri oleh Anwar, ia tak dapat mengubah tanggapan umum bahawa parti itu semakin berkubur.

Pengakuan Anwar juga sebenarnya mendedahkan ketidak mampuan dia didalam memilih yang terbaik buat rakyat. Jika dibandingkan dengan pemimpin Pas dan DAP, Anwar Ibrahim kini dilihat merupakan pemimpin yang paling kurang bijak didalam Pakatan Rakyat.

Banyak tindakan Anwar dilihat kembali menikam dirinya dan parti. Kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat juga sedikit sebanyak membuatkan keyakinan rakyat mulai luntur terhadap gagasan pembangkang tersebut.

Disaat Umno dan Barisan Nasional kembali pulih dari luka akibat PRU12, Pakatan Rakyat pula dilihat semakin terpinggir daripada perhatian rakyat.

Kecenderungan rakyat kini mula beralih kepada kepimpinan DS Najib bersama-sama gagasan perpaduan 1Malaysia beliau.

PKR menjadi punca utama Pakatan Rakyat menjadi lemah dan juga tak mampu bersaing didalam arus politik negara.

PKR kini menghampiri nafas-nafas terakhir mereka sebagai sebuah parti.

Jika Pas dan DAP masih mahu menyimpan barah ini didalam Pakatan mereka, bersedialah untuk dikuburkan bersamanya didalam satu lubang sebelum PRU ke 13 nanti.