PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 18, 2010

Lim Guan Eng Komunis - King of Bohong !!

Di sertakan laporan berita tentang tuduhan terbaru Guan Eng semasa sambutan Tahun Baru Cina di Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini. Tuduhan Guan Eng itu sangat berat dan berbau penipuan :-

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan tahunan sebanyak RM100 kepada setiap warga emas di negeri itu untuk meringankan beban kehidupan golongan tersebut.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang gagal menyediakan bantuan menyebabkan golongan warga emas dipinggirkan.

"Kegagalan di Pulau Pinang telah lama menyusahkan rakyat dan semasa BN mentadbir kerajaan negeri, mereka dapat banyak peruntukan tetapi sedikit pun tidak disalurkan kepada rakyat miskin." - EP

1. Penulis telah mendapatkan pandangan Dato' Musa Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang tentang tuduhan tersebut. Beliau berkata bahawa tuduhan Guan Eng tidak berasas sama sekali kerana statistik daripada Unit Penyelarasan Negeri (ICU) jelas menunjukkan penurunan jumlah miskin tegar semasa pemerintahan BN di Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi, masaalah timbul apabila DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang dan perangkaan menunjukkan bahawa jumlah miskin tegar meningkat dan bukannya berkurangan seperti yang berjaya dilakukan oleh kerajaan BN negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Untuk perhatian semua, jumlah miskin tegar telah meningkat daripada 494 pada tahun 2008 kepada 697 pada bulan November tahun lepas semasa DAP memerintah negeri Pulau Pinang!

2. Tuduhan Guan Eng yang mengatakan bahawa kerajaan BN negeri 'tidak sedikit pun disalurkan kepada orang miskin' jelas menunjukkan kebodohan beliau kerana bantuan kepada orang miskin telah disalurkan oleh beberapa agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membantu mereka.

Sebagai contohnya, PERDA telah membelanjakan sebanyak RM11.2 juta dalam RMK-9 untuk membiayai pelbagai program untuk membolehkan golongan miskin mampu berdikari dan mengusahakan pendapatan sendiri agar dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Kejayaan PERDA dan agensi-agensi lain semasa pemerintahan BN negeri telah berjaya menurunkan jumlah golongan miskin tegar dengan jayanya tetapi Guan Eng tanpa segan silunya mendakwa bahawa kerajaan DAP yang telah berjaya menurunkan jumlah tersebut.

Sungguh memalukan sekali!

2. Guan Eng juga pernah berdolak-dalik dengan mendakwa bahawa usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar mungkin lewat daripada sasaran beliau berikutan menghadapi masalah membuka akaun amanah bagi tujuan itu.

Akan tetapi, dakwaan 'susah membuka akaun' itu begitu senang dibidas dan jelas menunjukkan ketidakmampuan dan kecetekan Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Yang menimbulkan masaalahnya ialah Guan Eng tidak mahu mengaku di atas kelemahan beliau tetapi sebaliknya menuduh parti lawan kerana mensensasikan kelemahan beliau itu.

3. Dan sekarang, Guan Eng diibaratkan seperti ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Beliau kerap kali mengulangi 'kejayaan' beliau untuk 'menyalurkan bantuan sebanyak RM100 setahun' yang sebenarnya bersamaan dengan RM8.33 sebulan.

Pada hal kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah berjaya menjaga keperluan dan kesenangan warga negara emas tanpa perlu diriuhkan seperti Guan Eng!

Dan kerajaan negeri sebelum ini tidak seperti pendekatan Guan Eng yang sekadar 'cantik di atas kertas' tetapi BN negeri menggunakan pendekatan ' tidak memberi ikan tetapi memberi joran' agar golongan tersebut dapat generate pendapatan sendiri.

4. Guan Eng juga sebenarnya hanya menumpang nama daripada usaha BN merintis dan menarik pelaburan itu sebelum ini dan kebetulan apabila perjanjian hendak dimeterai, kerajaan negeri bertukar tangan. Tetapi beliau mendabik dada kononnya beliau yang berjaya menarik pelaburan.

5. Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah merancang untuk mengkhususkan sebarang peruntukan untuk membasmi kemiskinan di dalam bajet 2009. Sebaliknya, Gaun Eng hanya mengharapkan sumbangan dari pihak swasta dan orang ramai tanpa beliau sendiri berusaha keras untuk membantu rakyat Pulau Pinang.

Shame on you, Lim Guan Eng.

Malik Kassim master mind Guan Eng bohong isu perarakan Maulidul Rasul


Minggu lepas , isu perarakan Maulidul Rasul di PP telah menghangatkan suhu politik Malaysia hingga menyebabkan Guan Eng terpaksa membuat keputusan u - turn dan mengecam Utusan dan UMNO kononnya melakukan fitnah terhadap kerajaannya .

Keputusan terbaru ala Pondan Al Flip FLop oleh seorang diktator hebat seperti Guan Eng pada 13hb Februari lepas nampaknya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej diktatornya yang menerajui kerajaan PP ini. Beliau menggunakan seorang Chief khadam tua bernama Malik Kasim sebagai master mind dengan untuk menutup kesalahannya .

Antara skop dan tugas yang berjaya dilaksanakan pencacai Guan Eng ini


1. Menjadi pembela kuat Guan Eng dengan menyatakan bahawa surat pekeliling 5hb Februari yang dihantar kepada jabatan2 dan agensi kerajaan negeri adalah hanya untuk mendapatkan cetusan idea mengenai majlis sambutan yang meragukan .

Sy ingin bertanya jika surat pekeliling bertarikh 5 Feb itu hanya sebagai mendapatkan cetusan idea kononnya , mengapa pulak surat itu dilampirkan siap sekali dengan atucara majlis dan borang penyertaaan ???

Ini menujukkan bukti kepada kita bahawa surat tersebut adalah surat official dan telah dipersetujui jawatankuasa induk sambutan selepas bermesyuarat pada 3hb .


2 . Surat bertarikh 5hb Feb ditandatangani oleh Hj Mohamad Yusof Bin Wazir , Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan ) bukannya Exco Agama Islam Malik Kassim


Mengapa Malik Kasim tidak menandatangani surat itu dan mengarahkan pegawai kerajaan Hj Yusof ini sebagai kambing hitam ? Sehingga hari ini tiada siapa mengaku yang mengarahkan pembatalan perarakan ini . Tetapi menurut sumber dari rakan blogger Pisau.net , Malik Kasim sendiri yang membatalkan perarakan kononnya bertujuan transformasi dan perhimpunan ummah diganti daripada membuat pararakan maulidul rasul .


3. Malik Kasim mengarahkan JAIPP berbohong dengan menukarkan atucara majlis dan jadual yang baru dalam laman webnya

Mengapa begitu tergesa-gesa menukarkan time table dan atucara baru dalam laman web pada hari Sabtu iaitu hari pejabat bercuti ??

4. Berjaya menuduh Utusan dan UMNO sebagai dalang dalam menabur fitnah walhal surat 5hb adalah dikeluarkan sendiri oleh kerajaan negeri yang jelas membatalkan perarakan .

Cara dan taktik mereka cukup mengaibkan sekali untuk menutup kesalahan dan tanpa rasa malu menyalahkan orang lain dalam isu ini


Jadi, diktator Guan Eng bersama khadamnya Malik Kasim inilah merupakan sebenarnya orang yang bohong kepada rakyat PP bukannya Utusan Malaysia . Hal ini dapat kita lihat bila Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan selepas melihat tentangan kuat umat Islam seluruh negara .

Cubaan Guan Eng membatalkan perarakan Mauludul Rasul ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kepimpinan Khalifah Cina Melaka ini adalah bersikap cauvinis , rasis dan berfikiran bahaya .

Kepada puak2 pencacai PAS , jika anda membaca dan percaya akhbar haprak daily bertajuk Guan Eng bidas media putar belit fakta jelas anda memang bangang dan telah diperbodohkan oleh manusia yang kuat retorik dan pembohong kononnya mencontohi kepimpinan Khalifah Umat Abd Aziz.

sumber : mykmu.net


Wednesday, February 17, 2010

Guan Eng Gagal Sebagai Ketua Menteri.

Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 petang itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemimpin serta rakyat berbilang kaum.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng.

Sementara itu, Hock Nan berkata, kepincangan dan keburukan dalaman pakatan pembangkang telah didedahkan oleh ahli-ahli mereka sendiri sekali gus membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.

''Mentadbir sebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu sentiasa ada sistem 'periksa dan imbang' dan saya yakin parti komponen BN akan terus memantau segala usaha yang dibuat kerajaan negeri ini," ujarnya. - Utusan Malaysia.

Tuesday, February 16, 2010

Guan Eng Berbohong Lagi.

Lim Guan Eng Sosialis berbohong lagi?

Cuba kita bandingkan kenyataan Guan Eng dengan surat pekeliling di bawah.

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri itu tahun ini, sebaliknya menyatakan pelbagai program diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Februari sempena sambutan itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

"Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Surat pekeliling di atas jelas menyatakan bahawa Majlis Perarakan sempena Maulidur Rasul telah dibatalkan dan Guan Eng masih menafikannya!

Penulis tidak pasti kenapakah Guan Eng mahu berbohong di dalam isu ini?

Apakah beliau berpendapat bahawa umat Islam di Pulau Pinang berada di bawah telunjuk beliau dan begitu senang diperbodoh-bodohkan?

Apa yang penulis perhatikan ialah Guan Eng Sosialis sudah mulai gementar dengan gelombang kemarahan rakyat Pulau Pinang terhadap diri beliau dan beliau seboleh-bolehnya cuba menutup setiap ruang untuk rakyat Pulau Pinang menunjukkan kekecewaan mereka.

Penulis sedang menunggu jawapan 'bernas' daripada Guan Eng dan sebagai chauvinis dan diktator, beliau , mungkin sedang mereka jawapan beliau. Atau pun Guan Eng akan berdiam diri sahaja seperti isu-isu panas yang melibatkan diri beliau.

Atau pun beliau akan menyalahkan pihak lain kerana kononnya tidak memberitahu beliau tentang maklumat yang telah diputuskan?

Guan Eng perlu menjawap persoalan ini sebelum rakyat Pulau Pinang bertambah kecewa dan marah!

Tuesday, February 9, 2010

UMNO bantah cadangan lantik Mansor sebagai Pengerusi PUZ



BUKIT MERTAJAM 8 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim mengeluarkan surat berunsur arahan kepada MAIPP mengenai pelantikan itu walaupun beliau tiada locus standi untuk berbuat demikian.

"Pelantikan Pengerusi PUZ adalah hak mutlak MAIPP yang memiliki 100 peratus saham dalam PUZ bukannya ditentukan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri. Apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan amalan pentadbiran sihat.

"Bagaimana Abdul Malik mengeluarkan surat kepada MAIPP supaya Mansor dilantik sedangkan beliau tiada locus standi memandangkan surat seumpama itu hanya boleh dikeluarkan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri?" katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.

Mansor sebelum ini mengesahkan desas-desus mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ negeri, jawatan yang tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat baru-baru ini menolak cadangan itu kerana berpendapat, PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.

Ahli Lembaga Pengarah MAIPP dalam mesyuarat itu juga sebulat suara mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan muktamad dibuat.

Jawatan Yang Dipertua MAIPP kini disandang Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ahmad Zahid, perkembangan tersebut menyebabkan kepimpinan dan kewibawaan kerajaan negeri diragui dalam memahami tanggungjawab tadbir urus zakat yang merupakan amanah daripada masyarakat Islam.

"Dari satu segi, cadangan pelantikan Mansor adalah tidak munasabah kerana beliau tiada kena mengena, malah tidak pernah menganggotai jawatankuasa MAIPP.

"UMNO negeri bersetuju agar jawatan Pengerusi PUZ disandang oleh Ellias yang mempunyai latar belakang tepat dan sudah menganggotai MAIPP sejak lebih 15 tahun," ujarnya.

Saturday, February 6, 2010

Nasib anjing lebih baik dari MP PKR



PULAU PINANG 5 Feb. - Jika semalam Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mendakwa Lim Guan Eng melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing, Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini menyifatkan Ketua Menteri itu sebenarnya lebih zalim daripada itu.

Malah menurut Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan, nasib anjing adalah lebih baik kerana mempunyai tuan yang penyayang dan memberi cukup makan berbanding layanan diterima oleh wakil rakyat PKR.

Beliau menegaskan, ia boleh dilihat berdasarkan keistimewaan diberikan oleh Guan Eng kepada ahli Parlimen dari DAP yang begitu berbeza dengan mereka dari PKR.

"Jika kita kaji, Guan Eng tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada semua ahli Parlimen kecuali ahli dewan undangan negeri (ADUN).

"Tapi, dia (Guan Eng) memberi pelbagai jawatan kepada ahli Parllimen DAP seperti exco, pengerusi agensi kerajaan negeri dan banyak lagi termasuk dia yang berjawatan Ketua Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Antara wakil rakyat DAP yang mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri ialah Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II); Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi (Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri) dan Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow (Exco).

Cheng Guan memberitahu, tanpa peruntukan, sukar untuk wakil rakyat memberikan khidmat yang baik kepada rakyat.

"Wakil rakyat mahu kemudahan peruntukan bukan untuk diri sendiri tapi membantu rakyat seperti orang miskin dan menyelesaikan masalah mereka," ujarnya

Friday, February 5, 2010

Perhimpunan SEDAQ,Melayu Bangkit,Komtar Di Gegar,Guan Eng Di Pijak



Statistik "Penguatkusaan Tanpa Lesen oleh MPPP" yang ditayang utk tatapan umum oleh k'jaan LGE hanya wayang.

Statistik tu kata, tindakan yg diambil ke atas kaum cina lebih banyak dari kaum melayu dan india.

Kalau kita fikir secara serius, berapa pula peratusan @ bilangan kaum cina yg tidak dikenakan tindakan oleh LGE? Bukankah bilangan mereka LEBIH-LEBIH banyak dari melayu dan india?

LGE kena adil dlm menguatkuasakan undang2. Caranya ialah mengikut peratusan.

Misal kata nak cegah peniaga tanpa lesen sebanyak 50%, maka LGE kena roboh gerai cina 50%, melayu 50%, india 50%. Ini baru adil!

Contoh:

Cina 5000 gerai; roboh 2500

Melayu 1000 gerai; roboh 500

India 300 gerai; roboh 150

Sekarang LGE tolong jawab soalan saya; BERAPA PERATUS KAH GERAI HARAM CINA BELUM DIROBOHKAN???
fakta oleh ariparahim


Sila baca fakta dan auta khalifah cina melaka paling celaka dalam sejarah pulau pinang,PAS pulak sedap menjilat kencing khalifah kesayangan mereka. klik sini

Perhimpunan Sedaq,menyaksikan perhimpunan yang berjaya mengumpul lebih dari 3000 orang, seperti biasa portal berita rasis malaysiakini hanya melaporkan kehadiran 300 orang.Anda bandingkan gambar dan video yang pisau siarkan. Ternyata portal berita rasis malaysiakini cukup pandai berbohong,sama seperti rakan lidah bercabangnya haprak daily.













Orang ramai cuba untuk masuk kedalam pejabat kerajaan negeri,namun dihalang oleh pegawai keselamatan.











Ucapan Datuk Ibrahim Ali,Presiden Perkasa





Wakil NGO berunding bersama pegawai polis untuk menghantar wakil ke pejabat ketua menteri sosialis melaka

orang ramai dihalang keluar dari kawasan letak kereta oleh pihak polis









Kesesakan lalu lintas apabila orang ramai mula memenuhi dan menghampiri ruang letak kereta masjid simpang 6





Orang ramai mula memenuhi ruang letak kereta disebelah masjid simpang 6 selepas solat jumaat


Selepas solat jumaat anggota FRU dikerahkan untuk bersedia













11.00 Pidato sebelum solat Jumaat,kehadiran ketika ini 1000 orang.

Demo bantahan sedang berlangsung,akan update dari masa kesemasa.
Lebih seribu orang berkumpul di jangka akan meningkat selepas solat jumaat

oleh pisau.net