PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, April 21, 2011

Kerajaan negeri DAP P.Pinang naikkan harga tambang 100% keretapi baru Bukit Bendera




Tambang keretapi Bukit Bendera akan dinaikkan sekali ganda iaitu sebanyak RM8 bagi orang dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak rakyat tempatan mulai 1 Mei ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata, tambang baru untuk pelancong asing pula ialah sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Kadar tambang baru itu adalah disebabkan peningkatan kos operasi kereta api jenis elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perkhidmatan keretapi itu telah ditutup lebih setahun lepas dan kadar tambang sebelum ini ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak tanpa mengira pelancong tempatan atau asing. KLIK DI SINI

Wednesday, April 20, 2011

Tun Rahman Abbas dilantik semula TYT Pulau Pinang



KUALA LUMPUR, 19 April – Tun Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara d iBilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pelantikan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau, yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Abdul Rahman, yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum bergiat aktif dalam politik dan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada pilihan raya umum tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990.

Abdul Rahman dalam karier politiknya pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Tuesday, April 19, 2011

Keputusan PRN Sarawak beri petanda regim DAP P.Pinang boleh ditumbangkan





oleh: mat kilau penang

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yakin bahawa Barisan Nasional dapat kembali menawan Pulau Pinang setelah apa yang berlaku di PRN Sarawak.Semangat sebegini dapat memberi keyakinan bahawa perlu ada tranfomasi.

DAP berjaya menipu rakyat dengan cara membangkitkan isu perkauman rasanya rakyat telah sedar apa yang berlaku.apa pun kita lihat adakah momentum ini dapat dikekalkan pada PRU13.

Saturday, April 16, 2011

NGO dakwa Guan Eng tidak telus isu wang kutipan daripada beg plastik

GEORGE TOWN, 15 April - Tiga pertubuhan bukan kerajaan di sini hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak telus mengenai kutipan wang daripada pengguna yang mahukan beg plastik setelah beli belah di pasar raya di negeri itu sempena kempen “Tanpa Beg Plastik”.

Mohd Rizuad Mohd Azudin, pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, satu daripada NGO berkenaan, berkata jumlah wang yang dikutip sejak Januari lepas tidak pernah dibentangkan dan rakyat juga tidak tahu bagaimana wang itu dibelanjakan.

Rakyat perlu tahu mana perginya duit berkenaan yang dinyatakan akan digunakan untuk kebajikan rakyat miskin di negeri ini,” katanya selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

NGO yang turut membuat laporan polis mengenai dakwaan itu ialah Persatuan Anak Jati Melayu Negeri (PAJIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.

Timbalan Yang Dipertua PAJIM, Jaffar Osman pula berkata kerajaan negeri perlu mengkaji semula kempen itu dan menggunakan alternatif lain seperti penggunaan beg kertas, tanpa perlu mengutip wang daripada rakyat.

“Kalau tidak benarkan penggunaan plastik, cari kaedah lain…bukan ambil kesempatan kutip duit rakyat, ini bukan kempen, ini tipu duit rakyat,” katanya.

Kempen Tanpa Beg Plastik dilancarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 1 Jan lepas. Ia melibatkan semua pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaneka termasuk di stesen minyak.

Lim dilaporkan berkata wang yang dikutip itu akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang.

Monday, April 11, 2011

KJ mahu Pemuda BN P.Pinang perhebatkan usaha tarik sokongan golongan muda



Pemuda Barisan Nasional (BN) harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy (gambar), ini kerana kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama Online, Khairy berkata, Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat pembangkang kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini.

“Justeru kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang membawa makna yang besar,” kata beliau pada majlis perasmian program ‘Jom Jelajah One Malaysia’ peringkat Pulau Pinang malam tadi.

Ketua Pemuda Umno ini berkata, kunci kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 terletak di tangan pengundi muda dan Pemuda BN harus memastikan parti itu menerima sokongan golongan tersebut.

Katanya, kaedah terbaik mendekati golongan itu ialah menerusi program turun padang yang melibatkan penyertaan pemimpin Pemuda secara langsung dalam menangani masalah rakyat.

“Kita juga tidak boleh menumpukan pada satu-satu kawasan saja dan bersandarkan pada kekuatan satu parti komponen saja, tetapi BN memerlukan semua parti komponen berganding bahu mendapatkan sokongan rakyat tanpa mengira kaum,” kata beliau.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, menerusi cara itu juga BN menunjukkan kesepakatan dalam memastikan kebajikan semua kaum terjamin.

Sunday, April 10, 2011

Pelancaran Program JOM Pemuda Barisan Nasional di Pulau Pinang

Malam kelmarin merupakan pelancaran program JOM Pemuda BN  peringkat negeri P.Pinang di Sunway Convention Centre di Sbrg Jaya yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional ,  YB Khairy Jamaluddin   . 







Khairy Jamaluddin juga tidak melepaskan peluang menyelar sikap  kerajaan DAP diketuai Guan Eng yang beliau sifatkan kerajaan yang cakap tak serupa bikin dalam isu pemberian tender projek  Wifi kepada sebuah syarikat baru-baru ini.



KJ mahu Pemuda BN negeri menjuarai isu-isu rakyat negeri ini dan bongkarkan 
janji-janji yang tidak ditunaikan kerajaan Pakatan selepas 3 tahun memerintah



Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi kata-kata semangat kepada Pemuda BN negeri supaya bangkit dan gempur kerajaan DAP yang diketuai Ketua Menteri Pembohong , Guan Eng yang menindas dan zalim kepada rakyat P.Pinang .


Ketua Pemuda UMNO P.Pinang yang baru, Ir Shaik Hussein  mahu Pemuda BN di negeri ini diberi perhatian oleh pusat kerana di negeri inilah tempat dan kubu kepada pemimpin pembangkang seperti Karpal Singh , Anwar Ibrahim dan Guan Eng. 

Formula beliau mudah ,   jika kubu kuat mereka tumbang maka negeri-negeri yang lain yang ingin ditawan pembangkang akan lebih selamat sikit.  Pemuda BN juga berikrar akan buat Guan Eng tidak senang duduk memerintah negeri dan akan terus memainkan isu-isu berkaitan masalah rakyat negeri yang tidak dipandang kerajaan DAP .


 Pemuda UMNO P.Pinang menaja 5,000 naskah percuma akhbar Utusan 
untuk beberapa sekolah di P.Pinang


Tajaan bola takraw oleh syarikat Gajah Emas kepada Pemuda UMNO P.Pinang 










Kehadiran ramai  ahli Pemuda BN di P.Pinang menandakan gerakan momentum untuk menghadapi PRU 13 semakin dirasai bagi menggempur kubu kuat pembangkang di P.Pinang

Saturday, April 9, 2011

Flat Padang Tembak : Rakyat P.Pinang sudah serik ditipu janji kosong Pakatan



Ketua UMNO Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata rakyat di negeri ini sekarang sudah mampu menilai dan membuat perbandingan antara pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini yang ternyata hanya pandai membuat janji-janji kosong.

Jelas beliau pada pilihanraya umum lalu ramai yang terpedaya dengan pelbagai janji yang ditaburkan dan selepas tiga tahun berlalu rakyat sebenarnya dapat melihat reality kemampuan sebenar pakatan pembangkang.

Malah kata beliau lagi senario di negeri ini pada waktu ini memperlihatkan kebangkitan suara rakyat terutama golongan muda yang mahukan masa depan mereka lebih terbela.

“Ini jelas dapat dilihat apabila aktiviti dan program yang kita buat sekarang ini mendapat sambutan yang amat baik daripada golongan muda.

“Sekarang, rakyat Pulau Pinang dah dapat membezakan pemerintahan semasa zaman BN dan DAP. Rakyat dah tahu kerajaan pakatan pembangkang ini hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi semuanya janji kosong”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sambil memberi contoh terbaru yang membabitkan rumah pangsa Padang Tembak di Air Itam, beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang seterusnya berkata itu adalah sebahagian daripada bukti betapa pakatan pembangkang ini cakap tak serupa bikin.

“Pembangkang janji, sebulan selepas mereka memerintah, rumah pangsa tersebut akan dicat. Tetapi selepas tiga tahun, ianya masih tidak tertunai. Baru-baru ini, bila Perdana Menteri nak turun melawat, baru sibuk Ketua Menteri turun padang janji nak cat, itupun kerajaan negeri hanya bagi 80 peratus sahaja dan 20 peratus harus ditanggung oleh rakyat.

“Kenapa nak janji macam ni? Supaya nanti senang, kalau tak cat lagi, boleh cakap sebab rakyat tidak mahu tanggung lagi 20 peratus jadi kerja-kerja mengecat tidak dapat dijalankan. Kita dah tahu dah taktik menipu mereka”, ujar beliau.

Ini tambahnya lagi tidak termasuk kezaliman kerajaan negeri terhadap peniaga-peniaga kecil serta beberapa kampung yang telah pun dirobohkan

“Mereka hanya pandai putar belit keadaan dan ini membuatkan rakyat semakin muak dan jelak. Janji lain buat lain,

“Kita tahu mereka akan datang sekali lagi pada pilihanraya umum akan datang untuk berjanji dan memberi gula-gula. Tapi kira fikir rakyat tidak akan lagi terpedaya,” katanya.

Tegas beliau cukuplah rakyat ditipu oleh pakatan pembohong ini dan tanda-tanda kebangkitan rakyat sudah mula dirasai.

“Cukup tiga tahun rakyat di Pulau Pinang ditindas dan ditipu. Rakyat sedar, hanya BN yang mampu mengotakan janji,” terangnya. -MediaUMNO