PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Harakah PAS Dibodohkan Guan Eng.

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak sedar tentang muslihat Guan Eng. Malah, mereka yang beria-ia mempertahankan Guan Eng terdiri daripada orang Melayu yang masih terperangkap di dalam permaianan politik sehinggakan merestui segala kenakalan dan ketidakefesien Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang.

Dan sekarang, HarakahDaily turut mengaku bahawa Guan Eng tidak salah jika beliau mengutamakan kaum Cina jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di negeri ini!

Di antara kenyataan HarakahDaily yang berbau rasis dan tidak sedar diri itu ialah :-

Orang Melayu UMNO marahkan Lim Guan Eng kerana kononnya dia mengutamakan Cina dan meminggirkan Melayu. Ya, Guan Eng memang Cina, dan kalau dia mengutamakan Cina, dia telah melakukan sesuatu yang betul.

Web berita PAS itu secara terang-terangan telah merestui sikap perkauman yang diperjuangkan oleh Guan Eng. HarakahDaily tidak ambil peduli jika kaum mereka dan kaum India ditindas oleh Guan Eng. Malah, mereka menyokong jika Guan Eng mengutamakan kaum Cina!

Secara tidak langsung, ianya juga bermaksud bahawa HarakahDaily merestui gerai-gerai orang Melayu dirobohkan dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu merintih tanpa alternatif untuk menyara kehidupan seharian mereka yang susah.

Di manakah rasionalnya pemikiran HarakahDaily atau mereka sebenarnya tidak berfikir sebelum menulis sesuatu berita?

Atau,

Apakah HarakahDaily hanya sekadar auta dan buta hati dan menulis berita untuk mensensasikan Guan Eng yang jelas telah gagal sebagai Ketua Menteri?

Realitinya, kita mesti tahu bahawa seseorang pemimpin tertinggi di dalam sesebuah negeri dan negara tidak boleh hanya mementingkan kaum mereka sahaja dan menindas kaum-kaum lain seperti di Pulau Pinang.

HarakahDaily juga mendakwa bahawa :-

Soalnya ialah, PM, TPM, sebahagian besar menteri adalah Melayu tetapi tidak membuat apa yang sepatutnya untuk orang Melayu.

Kenyataan HarakahDaily jelas menunjukkan kecetekan mereka di dalam mentafsir perkembangan dan kemampuan yang dikecapi oleh orang Melayu selama ini.


Kemungkinan besar mereka yang berada di dalam portal berita tersebut turut mendapat nikmat daripada perancangan yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini tetapi mereka tidak bersyukur dan berterima kasih.

Dan mereka sekadar menulis kosong tanpa sebenarnya berhujah berdasarkan fakta-fakta dan tindakan mereka itu amat memalukan sekali.

Penulis berkata demikian kerana sebagai portal berita, HarakahDaily telah gagal malah telah berbohong apabila mereka melaporkan sesuatu berita.

Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin yang disanjungi oleh HarakahDaily telah berbuat sesuatu yang signifikan kepada orang Melayu selama ini?

Tentunya tidak ada. Contoh yang mudah ialah pentadbiran negeri Kelantan masih gagal membina masjid di atas nama kerajaan negeri tersebut.

Tidakkah itu gagal dan 'tidak membuat apa yang sepatutnya untuk Melayu' namanya?

Malah, HarakahDaily turut gagal melaporkan kewibawaan pemimpin-pemimpin PAS negeri Pulau Pinang yang dianggap sebagai tidak wujud oleh Guan Eng. Sebagai bukti, janji Anwar Ibrahim dan Guan Eng untuk melantik ADUN Permatang Pasir sebagai Pengerusi MAIPP hanya satu penipuan terang-terangan!

Dimanakah HarakahDaily ketika pemimpin PAS dan rakyat Permatang Pasir ditipu oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim?

Yang melawakkan ialah pihak HarakahDaily tidak mahu bertanggungjawab dan cuci tangan di atas keceluparan artikel tersebut yang menyokong Guan Eng mengutamakan kaum Cina!

Mereka menulis :-

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Jika HarakahDaily tidak mahu bertanggungjawab, lebih baik mereka tidak siarkan artikel tersebut kerana artikel itu sudah pasti akan mengundang kemarahan dan kekecewaan orang bukan Cina di negeri Pulau Pinang!

Kita rakyat Pulau Pinang mahu seorang Ketua Menteri yang tidak rasis dan berat sebelah.

Monday, February 22, 2010

Pas terdesak bantah program kebajikan UMNO Juara Rakyat



Beruk2 PAS bantah program pengagihan sumbangan kepada anak2 mereka ,
warga emas , ibu tunggal dan golongan OKU



Ketua Pemuda PAS PP , Sdr Yusri merupakan kepala demo


" Panggil UMNO dan Arif Shah keluar " itu kata-kata makcik PKR ini yang cukup
marah betul dengan UMNO buat program kebajikan kepada orang miskin dan
warga emas .




FRU berkawal di depan sekolah


program kebajikan untuk rakyat membuatkan PAS gila meroyan
hingga sanggup buat bantahan





UMNO telah zalim kepada anak-anak kita yang mengaji di sekolah ?? ini cakap pakai akal tak ?


PB hari ini mendapat panggilan dan sms daripada ramai geng Pemuda UMNO Prmtg Pauh yang suruh turun ke program UMNO Juara Rakyat di Sek Keb Bukit Indera Muda yang kecoh kerana ada puak2 kopiah putih buat demo . Jangan bimbang semua , gambar2 keseluruhan program UMNO Juara Rakyat ini semua PB telah ada dan dikirimkan oleh member yang bertugas di sana tadi .Gambaran mengenai suasana dan info cerita disebalik tabir demo PAS pun sudah dapat.

Gambar di atas ini adalah demo puak2 PAS yang membantah Program Kebajikan UMNO Juara Rakyat anjuran UMNO Prmtg Pauh yang diadakan di Sekolah Keb Bukit Indera Muda. Hari ini juga Anwar Ibrahim CIFUT ada program rumah terbuka PKR sempena Tahun Baru Cina di Prmtg Pauh .

PB nak tanya apa tujuan sebenar puak2 PAS dan PKR yang sanggup berdemo di tengah panas kononnya untuk membantah program UMNO di sekolah ini ??

PAS beri alasaan tindakan UMNO Prmtg Pauh yang buat program di sekolah telah menzalimi anak-anak orang kampung di situ untuk yang ingin belajar menuntut ilmu . Wahai pencacai PAS , hang ni cakap pakai akal ke tak ?? Cakap seperti ini semua ayat-ayat longkang dalam haprak daily ..


Adakah salah program kebajikan untuk rakyat ini diadakan iaitu memberikan bantuan barangan keperluan kepada warga emas, ibu tunggal dan juga kerusi roda untuk orang OKU ??

Memberi sumbangan kepada murid-murid sekolah itu yang miskin itu zalim ke wahai pencacai kopiah putih PAS ??


Yang pasti , demo PAS hari ini bukannya pasal guna sekolah .Walaupun ada rakan PB beritahu bahawa timbulnya bantahan ini adalah bermulanya daripada gerakan bantahan oleh guru-guru di sekolah itu yang berkiblatkan PAS . Tapi mujur lah pihak sekolah iaitu Cikgu Besar nya itu bukan berhati busuk seperti guru-gurunya yang dengki dengan program kebajikan UMNO ini .

UMNO dan kerajaan sebenarnya telah menggunakan sekolah sebagai tempat program pemimpin bersama rakyat sudah lama dan PB masih lagi ingat ketika kehadiran Tun M ke Prmtg Pauh dalam program pemimpin bersama rakyat pada tahun 1999 dulu juga diadakan di sekolah . Anwar Ibrahim pun dulu semasa menjadi TPM dan Ahli Parlimen Prmtg Pauh juga menggunakan sekolah sebagai tempat untuk program ceramahnya pemimpin bersama rakyat .

Beruk -beruk dalam PAS sebenarnya terdesak dan meroyan bila melihat program kebajikan UMNO Prmtg Pauh ini mendapat sambutan oleh penduduk Prmtg Pauh . Apabila RISDA membina rumah -rumah baru untuk rakyat miskin dan tidak mengambil kira fahaman parti politik , PAS cemburu melihat keadaan ini dan mereka dilihat mahu mengagalkan usaha UMNO ini . Buktinya hari mereka marah dan berdemo di program kebajikan untuk penduduk kampung sendiri di Prmtg Pauh .


***Bila umat Islam PP ditindas di oleh kerajaan negeri , PAS diam .. tetapi bila buat program kebajikan dan memberi sumbangan kepada rakyat oleh UMNO, PAS meroyan seperti kera kena belacan


Link

Mari tengok beruk - spy leman


Juak pakatan hapraq maki terdesak !! Buat demo masa orang nak bagi bantuan

Thursday, February 18, 2010

Lim Guan Eng Komunis - King of Bohong !!

Di sertakan laporan berita tentang tuduhan terbaru Guan Eng semasa sambutan Tahun Baru Cina di Air Itam, Pulau Pinang baru-baru ini. Tuduhan Guan Eng itu sangat berat dan berbau penipuan :-

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan tahunan sebanyak RM100 kepada setiap warga emas di negeri itu untuk meringankan beban kehidupan golongan tersebut.

Beliau berkata langkah kerajaan negeri berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang gagal menyediakan bantuan menyebabkan golongan warga emas dipinggirkan.

"Kegagalan di Pulau Pinang telah lama menyusahkan rakyat dan semasa BN mentadbir kerajaan negeri, mereka dapat banyak peruntukan tetapi sedikit pun tidak disalurkan kepada rakyat miskin." - EP

1. Penulis telah mendapatkan pandangan Dato' Musa Sheikh Fadzir, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang tentang tuduhan tersebut. Beliau berkata bahawa tuduhan Guan Eng tidak berasas sama sekali kerana statistik daripada Unit Penyelarasan Negeri (ICU) jelas menunjukkan penurunan jumlah miskin tegar semasa pemerintahan BN di Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi, masaalah timbul apabila DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang dan perangkaan menunjukkan bahawa jumlah miskin tegar meningkat dan bukannya berkurangan seperti yang berjaya dilakukan oleh kerajaan BN negeri Pulau Pinang sebelum ini.

Untuk perhatian semua, jumlah miskin tegar telah meningkat daripada 494 pada tahun 2008 kepada 697 pada bulan November tahun lepas semasa DAP memerintah negeri Pulau Pinang!

2. Tuduhan Guan Eng yang mengatakan bahawa kerajaan BN negeri 'tidak sedikit pun disalurkan kepada orang miskin' jelas menunjukkan kebodohan beliau kerana bantuan kepada orang miskin telah disalurkan oleh beberapa agensi kerajaan yang ditugaskan untuk membantu mereka.

Sebagai contohnya, PERDA telah membelanjakan sebanyak RM11.2 juta dalam RMK-9 untuk membiayai pelbagai program untuk membolehkan golongan miskin mampu berdikari dan mengusahakan pendapatan sendiri agar dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Kejayaan PERDA dan agensi-agensi lain semasa pemerintahan BN negeri telah berjaya menurunkan jumlah golongan miskin tegar dengan jayanya tetapi Guan Eng tanpa segan silunya mendakwa bahawa kerajaan DAP yang telah berjaya menurunkan jumlah tersebut.

Sungguh memalukan sekali!

2. Guan Eng juga pernah berdolak-dalik dengan mendakwa bahawa usaha kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar mungkin lewat daripada sasaran beliau berikutan menghadapi masalah membuka akaun amanah bagi tujuan itu.

Akan tetapi, dakwaan 'susah membuka akaun' itu begitu senang dibidas dan jelas menunjukkan ketidakmampuan dan kecetekan Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Yang menimbulkan masaalahnya ialah Guan Eng tidak mahu mengaku di atas kelemahan beliau tetapi sebaliknya menuduh parti lawan kerana mensensasikan kelemahan beliau itu.

3. Dan sekarang, Guan Eng diibaratkan seperti ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Beliau kerap kali mengulangi 'kejayaan' beliau untuk 'menyalurkan bantuan sebanyak RM100 setahun' yang sebenarnya bersamaan dengan RM8.33 sebulan.

Pada hal kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah berjaya menjaga keperluan dan kesenangan warga negara emas tanpa perlu diriuhkan seperti Guan Eng!

Dan kerajaan negeri sebelum ini tidak seperti pendekatan Guan Eng yang sekadar 'cantik di atas kertas' tetapi BN negeri menggunakan pendekatan ' tidak memberi ikan tetapi memberi joran' agar golongan tersebut dapat generate pendapatan sendiri.

4. Guan Eng juga sebenarnya hanya menumpang nama daripada usaha BN merintis dan menarik pelaburan itu sebelum ini dan kebetulan apabila perjanjian hendak dimeterai, kerajaan negeri bertukar tangan. Tetapi beliau mendabik dada kononnya beliau yang berjaya menarik pelaburan.

5. Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah merancang untuk mengkhususkan sebarang peruntukan untuk membasmi kemiskinan di dalam bajet 2009. Sebaliknya, Gaun Eng hanya mengharapkan sumbangan dari pihak swasta dan orang ramai tanpa beliau sendiri berusaha keras untuk membantu rakyat Pulau Pinang.

Shame on you, Lim Guan Eng.

Malik Kassim master mind Guan Eng bohong isu perarakan Maulidul Rasul


Minggu lepas , isu perarakan Maulidul Rasul di PP telah menghangatkan suhu politik Malaysia hingga menyebabkan Guan Eng terpaksa membuat keputusan u - turn dan mengecam Utusan dan UMNO kononnya melakukan fitnah terhadap kerajaannya .

Keputusan terbaru ala Pondan Al Flip FLop oleh seorang diktator hebat seperti Guan Eng pada 13hb Februari lepas nampaknya sedikit sebanyak telah mencalarkan imej diktatornya yang menerajui kerajaan PP ini. Beliau menggunakan seorang Chief khadam tua bernama Malik Kasim sebagai master mind dengan untuk menutup kesalahannya .

Antara skop dan tugas yang berjaya dilaksanakan pencacai Guan Eng ini


1. Menjadi pembela kuat Guan Eng dengan menyatakan bahawa surat pekeliling 5hb Februari yang dihantar kepada jabatan2 dan agensi kerajaan negeri adalah hanya untuk mendapatkan cetusan idea mengenai majlis sambutan yang meragukan .

Sy ingin bertanya jika surat pekeliling bertarikh 5 Feb itu hanya sebagai mendapatkan cetusan idea kononnya , mengapa pulak surat itu dilampirkan siap sekali dengan atucara majlis dan borang penyertaaan ???

Ini menujukkan bukti kepada kita bahawa surat tersebut adalah surat official dan telah dipersetujui jawatankuasa induk sambutan selepas bermesyuarat pada 3hb .


2 . Surat bertarikh 5hb Feb ditandatangani oleh Hj Mohamad Yusof Bin Wazir , Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan ) bukannya Exco Agama Islam Malik Kassim


Mengapa Malik Kasim tidak menandatangani surat itu dan mengarahkan pegawai kerajaan Hj Yusof ini sebagai kambing hitam ? Sehingga hari ini tiada siapa mengaku yang mengarahkan pembatalan perarakan ini . Tetapi menurut sumber dari rakan blogger Pisau.net , Malik Kasim sendiri yang membatalkan perarakan kononnya bertujuan transformasi dan perhimpunan ummah diganti daripada membuat pararakan maulidul rasul .


3. Malik Kasim mengarahkan JAIPP berbohong dengan menukarkan atucara majlis dan jadual yang baru dalam laman webnya

Mengapa begitu tergesa-gesa menukarkan time table dan atucara baru dalam laman web pada hari Sabtu iaitu hari pejabat bercuti ??

4. Berjaya menuduh Utusan dan UMNO sebagai dalang dalam menabur fitnah walhal surat 5hb adalah dikeluarkan sendiri oleh kerajaan negeri yang jelas membatalkan perarakan .

Cara dan taktik mereka cukup mengaibkan sekali untuk menutup kesalahan dan tanpa rasa malu menyalahkan orang lain dalam isu ini


Jadi, diktator Guan Eng bersama khadamnya Malik Kasim inilah merupakan sebenarnya orang yang bohong kepada rakyat PP bukannya Utusan Malaysia . Hal ini dapat kita lihat bila Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan selepas melihat tentangan kuat umat Islam seluruh negara .

Cubaan Guan Eng membatalkan perarakan Mauludul Rasul ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kepimpinan Khalifah Cina Melaka ini adalah bersikap cauvinis , rasis dan berfikiran bahaya .

Kepada puak2 pencacai PAS , jika anda membaca dan percaya akhbar haprak daily bertajuk Guan Eng bidas media putar belit fakta jelas anda memang bangang dan telah diperbodohkan oleh manusia yang kuat retorik dan pembohong kononnya mencontohi kepimpinan Khalifah Umat Abd Aziz.

sumber : mykmu.net


Wednesday, February 17, 2010

Guan Eng Gagal Sebagai Ketua Menteri.

Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 petang itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemimpin serta rakyat berbilang kaum.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng.

Sementara itu, Hock Nan berkata, kepincangan dan keburukan dalaman pakatan pembangkang telah didedahkan oleh ahli-ahli mereka sendiri sekali gus membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.

''Mentadbir sebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu sentiasa ada sistem 'periksa dan imbang' dan saya yakin parti komponen BN akan terus memantau segala usaha yang dibuat kerajaan negeri ini," ujarnya. - Utusan Malaysia.

Tuesday, February 16, 2010

Guan Eng Berbohong Lagi.

Lim Guan Eng Sosialis berbohong lagi?

Cuba kita bandingkan kenyataan Guan Eng dengan surat pekeliling di bawah.

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri itu tahun ini, sebaliknya menyatakan pelbagai program diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Februari sempena sambutan itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

"Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Surat pekeliling di atas jelas menyatakan bahawa Majlis Perarakan sempena Maulidur Rasul telah dibatalkan dan Guan Eng masih menafikannya!

Penulis tidak pasti kenapakah Guan Eng mahu berbohong di dalam isu ini?

Apakah beliau berpendapat bahawa umat Islam di Pulau Pinang berada di bawah telunjuk beliau dan begitu senang diperbodoh-bodohkan?

Apa yang penulis perhatikan ialah Guan Eng Sosialis sudah mulai gementar dengan gelombang kemarahan rakyat Pulau Pinang terhadap diri beliau dan beliau seboleh-bolehnya cuba menutup setiap ruang untuk rakyat Pulau Pinang menunjukkan kekecewaan mereka.

Penulis sedang menunggu jawapan 'bernas' daripada Guan Eng dan sebagai chauvinis dan diktator, beliau , mungkin sedang mereka jawapan beliau. Atau pun Guan Eng akan berdiam diri sahaja seperti isu-isu panas yang melibatkan diri beliau.

Atau pun beliau akan menyalahkan pihak lain kerana kononnya tidak memberitahu beliau tentang maklumat yang telah diputuskan?

Guan Eng perlu menjawap persoalan ini sebelum rakyat Pulau Pinang bertambah kecewa dan marah!

Tuesday, February 9, 2010

UMNO bantah cadangan lantik Mansor sebagai Pengerusi PUZ



BUKIT MERTAJAM 8 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim mengeluarkan surat berunsur arahan kepada MAIPP mengenai pelantikan itu walaupun beliau tiada locus standi untuk berbuat demikian.

"Pelantikan Pengerusi PUZ adalah hak mutlak MAIPP yang memiliki 100 peratus saham dalam PUZ bukannya ditentukan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri. Apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan amalan pentadbiran sihat.

"Bagaimana Abdul Malik mengeluarkan surat kepada MAIPP supaya Mansor dilantik sedangkan beliau tiada locus standi memandangkan surat seumpama itu hanya boleh dikeluarkan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri?" katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.

Mansor sebelum ini mengesahkan desas-desus mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ negeri, jawatan yang tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat baru-baru ini menolak cadangan itu kerana berpendapat, PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.

Ahli Lembaga Pengarah MAIPP dalam mesyuarat itu juga sebulat suara mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan muktamad dibuat.

Jawatan Yang Dipertua MAIPP kini disandang Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ahmad Zahid, perkembangan tersebut menyebabkan kepimpinan dan kewibawaan kerajaan negeri diragui dalam memahami tanggungjawab tadbir urus zakat yang merupakan amanah daripada masyarakat Islam.

"Dari satu segi, cadangan pelantikan Mansor adalah tidak munasabah kerana beliau tiada kena mengena, malah tidak pernah menganggotai jawatankuasa MAIPP.

"UMNO negeri bersetuju agar jawatan Pengerusi PUZ disandang oleh Ellias yang mempunyai latar belakang tepat dan sudah menganggotai MAIPP sejak lebih 15 tahun," ujarnya.