Kenapa tidak Hadi Awang ?
Apakah sebagai Presiden PAS, Hadi Awang yang paling layak untuk menyandang jawatan Ketua Pembangkang?
Persoalan ini hanyalah satu andaian jika parti PAS mempunyai kerusi terbanyak di dalam Parlimen. Akan tetapi, realitinya parti DAP yang terbanyak dan merekalah yang paling layak untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang.
Dan jika DAP. Lim Guan Eng yang paling layak untuk menjadi Ketua Pembangkang. Tetapi penulis khuatir Lim Guan Eng akan mula lupa diri dan mula berlagak hebat seperti yang berlaku di dalam Pulau Pinang hari ini.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pun sudah mula lupa diri dan mengganggap diri beliau sebagai tuan!
Cuba anda perhatikan foto-foto rasmi beliau di dalam pejabat-pejabat Kerajaan negeri Pulau Pinang dan premis-premis lain yang memaparkan foto beliau.
Beliau menggelar diri beliau YB Tuan Lim Guan Eng.
Persoalannya, sejak bila pula beliau menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang?
Jika beliau tuan, apakah rakyat Pulau Pinang adalah hamba kepada beliau?
Penulis berasa amat meluat apabila membaca gelaran tuan yang dibubuh di depan nama Lim Guan Eng. Lebih-lebih lagi, Lim Guan Eng dan gerombolan pemimpin DAP yang mengapi-apikan kononnya bukan Melayu adalah kuli dan hamba di negara ini dek Ketuanan Melayu.
Rupa-rupanya, Lim Guan Eng sendiri sudah mahu menjadi tuan kepada rakyat Pulau Pinang!
Shame on you!
No comments:
Post a Comment