PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, May 23, 2010

Gagal selenggara sistem perparitan , Guan Eng tuduh projek Perda punca berlaku banjir di Balik Pulau

Dalam isu banjir kilat yang berlaku di Kg Sg Pinang , Balik Pulau pada 19 Mei yang lepas, Guan Eng jelas cuba lepas tangan daripada menyelesaikan masalah penduduk di situ dengan menuduh pemaju projek rumah kos rendah berdekatan kawasana itu iaitu PERDA sebagai punca berlakunya banjir .

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyalahkan badan tersebut berikutan banjir kilat yang berlaku di sebuah taman perumahan di Balik Pulau semalam.

Beliau berkata arahan kerajaan negeri supaya Perda menghentikan projek berdekatan taman berkenaan sehingga sistem perparitan diperbaiki hanya akan merencatkan pembinaan rumah untuk rakyat termiskin.

"Bila dihentikan kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, bermakna ia menyusahkan rakyat untuk memiliki rumah mengikut jadual. Ini menunjukkan dia (Guan Eng) tidak prihatin dengan golongan miskin khususnya orang Melayu, ini kerajaan zalim yang menindas rakyat.

"Sepatutnya dia membantu rakyat dan memudahkan kerja-kerja Perda, sekarang ini dia menyusahkan rakyat,"klik di sini selanjutnya



Bukti tuduhan Guan Eng terhadap Perda adalah bohong


Tuduhan Guan Eng juga turut dibidas oleh Adun Teluk Bahang , Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang melawat sendiri pintu air di sebuah parit di perkampungan nelayan di situ yang menjadi punca berlakunya banjir di kawasan tersebut Selasa lepas. klik di sini

Masalah ini boleh diselesaikan dengan membuat sistem perparitan di sepanjang jalan supaya air boleh masuk ke dalam longkang dan terus mengalir keluar, langkah ini dilihat boleh mengurangkan banjir.

''Jadi, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu selenggara perparitan di kawasan terlibat dengan kadar segera, jangan kerana nak jimat kos atau belanja, maka masalah sebegini pun tak lakukan, ini yang jadi penyebab banjir," katanya.


Sekarang kita dapat lihat siapa yang tak buat kerja dan suka mencari salah orang lain . Guan Eng ingat dengan jimat kos dan duit kerajaan negeri dengan tidak perlu selenggara perparitan boleh menunjukkan contoh kerajaan yang telus dan akautabiliti ??

Dalam isu banjir ini, Guan Eng sebenarnya cuba mencari alasan untuk memberi tekanan terhadap agensi Pusat yang terlibat dalam program pembangunan negeri. Mungkin kerana mahu membalas dendam terhadap kerajaan Pusat dan Ketua Pembangkang PP yang menerajui Perda , kerajaan negeri sengaja mahu menghalang projek2 agensi kerajaan pusat di negeri ini .

Selain daripada mengarahkan supaya Perda menghentikan projek kerja pembinaan 216 buah kediaman kos rendah ini, kerajaan negeri diterajui DAP ini juga sengaja melengahkan untum meluluskan pertukaran status tanah iaitu kira-kira dua tahun daripada kebiasaan yang hanya mengambil masa selama enam bulan untuk diselesaikan.

No comments:

Post a Comment