PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, May 23, 2010

Oasis demokrasi' adalah retorik dan pembohongan kerajaan Guan Eng



KUALA LUMPUR 16 Mei - Janji manis untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai 'oasis demokrasi' merupakan satu lagi pembohongan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakan mereka membatalkan permit ceramah politik di Balik Pulau semalam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan membatalkan permit di saat-saat akhir itu menunjukkan kerajaan negeri gentar dan takut dengan siri ceramah untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran sedia ada.

"Tindakan itu membuktikan ruang demokrasi rakyat ditutup dengan janji kosong Guan Eng yang berselindung di sebalik kuasa yang ada padanya sedangkan sebelum ini dicanangkan negeri ini bakal menjadi 'oasis demokrasi'.

"Mengapa perlu ada 'double-standard' dan berpilih-pilih dalam membenarkan ceramah yang berniat menyatakan kebenaran ke telinga dan minda rakyat?

"Pemuda UMNO mencabar Guan Eng, jika benar mahukan negeri ini menjadi 'oasis demokrasi' keluarkan arahan pihak Ketua Menteri supaya tiada lagi pembatalan siri ceramah selepas ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan kebenaran menggunakan Dewan Kongsi di Balik Pulau bagi program Pentas Pemuda UMNO yang sepatutnya berlangsung semalam.

Antara pemimpin yang dijadualkan memberi ceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.

Dalam pada itu, Reezal Merican menegaskan, Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak gentar dengan provokasi kuasa Ketua Menteri dan pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan sikap seperti diktator itu.

"Guan Eng perlu lebih berani dan membuka ruang demokrasi seluas mungkin, bukannya menggunakan alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri.

"Kerajaan negeri perlu ingat, rakyat juga sudah muak dengan mainan politik dan ayat manis yang tidak pernah pun dilaksanakan di negeri ini sepanjang kepimpinan Guan Eng," tegasnya.

No comments:

Post a Comment