PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, August 23, 2010

Doa khutbah Jumaat : Penafian kerajaan negeri amat dikesali

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Tindakan kerajaan negeri menafikan penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid baru-baru ini amat dikesali kerana pelbagai bukti serta saksi sudah tampil mengesahkan kejadian itu.

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO negeri, Shabudin Yahaya berkata, tindakan kerajaan negeri menuduh UMNO menabur fitnah berhubung isu itu juga tidak wajar memandangkan pengerusi kariah serta jemaah sendiri sudah tampil untuk membuktikan kejadian tersebut.

''Tarikh dan tempat kejadian sudah dinyatakan, laporan polis oleh anak-anak jemaah pun sudah dibuat malah pengerusi kariah serta khatib terbabit sendiri sudah membuat pengakuan. Kenapa kerajaan negeri masih mahu menafikan?

''Kerajaan negeri berhentilah menyalahkan orang lain, apa salahnya mengakui dan sama-sama membetulkan apa yang perlu diperbetulkan nanti orang kata kerajaan negeri sengaja lari daripada tanggungjawab," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

UMNO negeri baru-baru ini membantah penggunaan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid termasuk sekitar Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong baru-baru ini.

Dua kariah masjid termasuk Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sebelum ini mengakui nama Guan Eng ada disebut tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong ketika doa khutbah solat Jumaat dibacakan seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad pada 25 Jun lalu.

Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat berhubung isu tersebut termasuk dalam kejadian terbaru di Masjid Kubang Buaya, dekat sini yang turut membabitkan khatib yang sama.

Exco Agama negeri, Abdul Malik Kassim bagaimanapun menafikan perkara itu sambil menyatakan khatib berkenaan membacakan teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri manakala Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman pula menuduh UMNO sengaja mereka-reka isu itu.

Shabudin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor bagaimanapun berkata, UMNO terpanggil untuk membangkitkan isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama dan ia tidak seharusnya dilihat sebagai propaganda politik.

No comments:

Post a Comment