PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, September 3, 2010

Malik Kassim PKR Exco Agama Islam Tak Kompeten...

GEORGE TOWN, 1 Sept — Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan drastik dalam isu khatib membaca khutbah Jumaat di Pulau Pinang dengan melarang semua masjid di negeri tersebut daripada mengundang khatib-khatib jemputan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis itu pada 26 Ogos lalu.

Dalam pekeliling yang diedarkan awal minggu ini yang diperoleh The Malaysian Insider, Setiausaha MAIPP, Sazali Hussein berkata majlis memutuskan untuk melarang pihak pentadbiran masjid membawa mana-mana khatib jemputan bagi menyampaikan khutbah berkuat kuasa mulai 26 Ogos lalu.

Larangan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Sazali.

Pekeliling itu ditandatangani oleh Sazali dan diedarkan kepada kesemua 212 masjid di Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang memberitahu, “khutbah hendaklah disampaikan oleh imam-imam yang telah dilantik atau yang diberi kebenaran oleh MAIPP.”
- Malaysian Insider
Penulis mengalu-alukan tindakan MAIPP itu. Langkah tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal institusi masjid daripada disalahgunakan untuk tujuan politik sempit sesetangah parti politik.

Maka, tiada lagi khatib-khatib luar yang membuat kontroversi seperti isu mendoakan Lim Guan Eng dan melupakan nama Ketua Islam negeri dan negara kita.


Dalam masa yang sama, penulis juga mengharapkan agar teks khutbah yang disediakan tidak berbau politik tetapi menyeru kepada kebaikan, pengukuhan iman dan segala yang positif untuk umat Islam.

Malik Kassim, Exco Agama Islam kerajaan Lim Guan Eng DAP pula perlu meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang kerana membuat kenyataan yang tidak tepat, terburu-buru dan tidak profesional. Secara tidak langsung, ketidakefisienan Malik tersebut sebenarnya menunjukkan betapa beliau telah gagal di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Persoalannya, apakah sudah tiba masanya Malik Kassim PKR meletakkan jawatan dan jawatan itu diberikan kepada yang lebih layak, contohnya kepada pemimpin PAS Pulau Pinang?

Penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang tentu akan bersetuju !

1 comment:

  1. Nak jawatan tu kat pemimpin PAS camno...Pas hanya ada saorang sahaja adun iaitu sallehmen...tapi pak lobai sorang ni sekarang teloq nya dah dipegang oleh guan eng..diani mana tau nak bercakap..

    Jangan kan nak jadi pemimpin ...dia nak jengok kat dewan persidangan negeri pun takut...so lebih baik dia dok diam dan makan elaun bulanan sahaja..sebab tu daripada dia menang prk dipermatang pasir tak pernah pun dengar komen beliau...

    ReplyDelete