PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, January 8, 2011

Kita mahu dipilih semula oleh rakyat - Najib


PUTRAJAYA 7 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertemuan beliau dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) esok bertujuan mengetahui keadaan di kawasan diterajui wakil-wakil rakyat terbabit.

Sambil tidak menolak ia mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Pengerusi BN itu menegaskan, perjumpaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu juga merupakan satu proses transformasi politik yang telah beliau tekankan sebelum ini.

“Saya perlu memberitahu apa yang harus dilakukan dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen mereka.

“Semua ini berkaitan dengan pilihan raya sebab kita mahu dipilih semula dan kita mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Dan yang paling utama, kita mahu berkhidmat kepada rakyat dan biarkan mereka memilih kerajaan yang terbaik,” kata beliau pada sidang akhbar mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja di sini hari ini.


Pertemuan esok dijadual bermula pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang di Aras 4 PWTC dengan setiap Ahli Parlimen diberi masa antara lima dan 10 minit untuk mengemukakan laporan prestasi masing-masing.

Sementara itu, mengulas dakwaan pembangkang bahawa UMNO menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Pas dalam satu pertemuan dengan baginda baru-baru ini, Najib menjelaskan:

“Perjumpaan tertutup itu dihadiri bagi menjunjung perintah baginda.

“Saya dan rakan -rakan termasuk daripada pimpinan Pas menghormati jemputan daripada Tuanku Mizan (Zainal Abidin) sebab itu kami hadiri perjumpaan itu.”

Isu pertemuan Najib dan kepimpinan Pas yang turut disertai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Yang di-Pertuan Agong itu telah menjadi bualan hangat apabila mereka dikatakan mengadakan perbincangan yang menjurus ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri ketika diminta memperincikan hasil pertemuan itu cuma berkata:

“Kita kena hormati kesefahaman dalam mesyuarat itu dan Yang di-Pertuan Agong telah nyatakan bahawa perkara itu adalah rahsia dan saya mesti menghormati permintaan itu.”

No comments:

Post a Comment