Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.
Menurut Pengerusi BPUPP , Datuk Hj Zainal Abidin Osman , beliau yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.
Katanya, Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
“Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian,” katanya.
Beliau juga mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. -MediaUMNO
buat la kerja...toksah dok kalut nak bagi tau satu dunia.
ReplyDeletejumpa,ajak bincang,dengar,bimbing,bantu,nasihat dan tunjuk tauladan yang elok2 kepada generai muda.
masaalahnya selama ini puak2 dalam umno terlalu berlagak,bongkak dan menunjuk-nunjuk.
menyampah kami lihatnya.
sembang saja lebih...tunjuk konon puak2 umno ini berdampingan dengan golongan muda.
buktikan....tak payah nak heboh2....
bangang2 tak sudah2 puak2 umno nih.
ikhlas la dalam perjuangan.
betul cakap hisham tu, mari la sokong DAP. mereka buat KERJA BETUL BETUL kat org melayu. DAP TIDAJ BONGKAK DAN LANGSUNG TAK TUNJUK APA APA kat org melayu pulau pinang.
ReplyDeletehisham pasti suka.
UNDI LA DAP utk kesejahteraan umat melayu di pulau pinang. DAP IKHLAS!!