PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Monday, August 9, 2010

1,000 peniaga bantah tindakan kerajaan negeri halang peniaga Bazar Ramadan berniaga di Komtar

PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Saturday, August 7, 2010

Pemuda UMNO cabar Guan Eng saman Utusan dalam isu lidah biawak


KUALA LUMPUR 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya meneruskan hasratnya untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung isu lidah biawak yang dibangkitkan beliau baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, saman itu perlu diteruskan oleh Guan Eng demi membuktikan beliau seorang pemimpin yang ikhlas dan tidak pernah berpura-pura serta menipu.

“Pemuda UMNO juga boleh menyediakan video bukti menunjukkan Guan Eng pernah mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘lidah biawak’ bagi merujuk kepada Pegawai Kemajuan Negeri (Pulau Pinang), Nik Ali Mat Yunus.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO juga sedia menawarkan dan membiayai khidmat peguam buat akhbar Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Setiausaha Agung DAP itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Guan Eng menggelarkan Nik Ali sebagai pegawai kerajaan yang tidak tahu menghormati Ketua Menteri dan kerajaan negeri itu termasuk tidak menyediakan tempat duduk kepadanya pada satu majlis di Bukit Bendera sebelum ini.

Guan Eng seterusnya menafikan pernah menggelar Nik Ali sebagai ‘lidah biawak’ dan turut menafikan pernah mengungkit isu kerusi semasa program di Bukit Bendera itu.

Reezal menambah, tawaran Pemuda UMNO untuk membiayai khidmat guam kepada Utusan Malaysia dalam menghadapi saman Guan Eng dilakukan demi mendokong prinsip kebenaran, keterbukaan dan kebebasan media.

“Pemuda UMNO ingin mengingatkan Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan rakyat kerana masyarakat Malaysia, khususnya di Pulau Pinang bukanlah barang komoditi, jadi teruskanlah saman Utusan,” tegasnya

Sunday, August 1, 2010

Lagi pembohongan Guan Eng






"On another matter, Lim said since the start of the year, 70% and 82% of traders and hawkers whose stalls were either demolished or served with compounds, were non-Malays on the island and mainland respectively.He said this showed that there was no race factor involved when the respective local authorities conduct their operations."



Siri pembohongan Guan Eng diteruskan lagi dengan beliau terus berdolak dalih dalam isu gerai peniaga Melayu dirobohkan . Dalam akhbar the star semalam , beliau terus berbohong dengan menyatakan sejak tahun ini 70 % - 82 % peniaga dan penjaja yang dikenakan tindakan demolished dan kompoun adalah terdiri bukan Melayu di pulau dan seberang .

PB melihat taktik Guan Eng ini mengunakan data peratusan ( %) dalam memberikan fakta adalah sama seperti mereka gunakan semasa menunjukkan jumlah kontraktor bumiputra yang mendapat tender dan projek kerajaan negeri . Guan Eng hanya berani menyatakan peratusan kepada kontraktor tetapi bukannya nilai sebenar tender kepada Melayu dan bukan Melayu .

Kalau Guan Eng menyatakan bahawa peratusan kaum bukan Melayu ramai dikenakan tindakan , mengapa ia tidak heboh di akhbar2 dan media ?? PB cukup yakin kalau kerajaan negeri menganggu kehidupan mereka untuk berniaga , sudah tentu perkara akan jadi isu panas dan Gerakan terutamanya akan orang pertama akan hantam Guan Eng. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada kaumnya dan sekarang kerakusan dan kezaliman kerajaan Pakatan ini hanyalah kepada gerai2 peniaga Melayu .

Malah Guan Eng lebih mengamalkan sikap double standardnya yang memilih bulu apabila gerai peniaga Cina di New Lane , Jalan Raja Uda , Jalan Perak diberi keistimewaan dan layanan First Class . Terbukti apabila New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan ini dibantu kerajaan negeri dengan menutup jalan itu untuk laluan kenderaan dari waktu 12 tengahari hingga 1 pagi setiapa hari . klik di sini dan sini

Kerajaan negeri diterajui DAP chauvinis ini jelas masih mengamalkan sikap pilih kasih mereka walaupun mereka melaungkan tindakan mereka tidak mengira kaum . Ini perbezaannya ketara antara kerajaan BN yang lebih bijak mengutamakan kebajikan rakyat berbilang kaum berbanding kerajaan Guan Eng yang hanya cakap banyak menuduh orang lain tetapi sebenarnya tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat.


Guan Eng itu PEMBOHONG , PEMBOHONG itu Guan Eng ..







gerai ikan bakar Hammer Bay

peniaga buah-buahan di kawasan DS Anwar Ibrahim sendiri
juga dirobohkan .klik di sini




Gerai DOREMI dirobohkan


Peniaga kecil Tmn Bertam Perdana kesal MPSP
roboh gerai mereka dengan segera . klik di sini

Friday, July 30, 2010

Penang Bangkit !! Ceramah Perdana di Taman Guar Perahu



CERAMAH PERDANA ISU SEMASA


TARIKH : 31 JULAI 2010

TEMPAT : PADANG AWAM TAMAN GUAR PERAHU

PENCERAMAH : DATUK MUSTAPHA TAIB
USTAZ MUHAMMAD BIN SAAD


ANJURAN : UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH


Lagi siri pembohongan Guan Eng



PB ingin mendedahkan lagi pembohongan pemimpin diktator Guan Eng yang semakin rakus dan bermaharajalela membohongi rakyat PP . 3 hari lepas PB dan rakan2 blogger penang mendedahkan kebenaran pembohongan Guan Eng melalui video isu lidah biawak yang diuploadkan di you tube oleh pisau.net . Tetapi cukup kurang ajar puak2 ultra kiasu ini yang tidak suka video bukti pembohongan ini diketahui rakyat telah memadamkannya oleh pemilik asal yang merakam video ini . Dia boleh padam seberapa banyak pun tetapi kita mempunyai salinan video itu dan tiada masalah untuk upload semula . hahaha


Lagi pembohongan Guan Eng dan memperbodohkan seluruh rakyat Pulau Pinang ialah beliau sanggup berbohong kononnya sejak negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP dengan dasar CAT telah berjaya mengumpul RM1.2billion berbanding dengan kerajaan BN sebelum ini.

Pembohong No 1 Penang ini dengan angkuh dan tidak tahu malu di dalam ceramah dan majlis mereka kononnya ia adalah kejayaan dibawah kerajaan DAP dan kerajaan Pakatan Haram. Dalam masa yang sama apek dari Melaka ini memperlekehkan dan menghina kerajaan BN sebelum ini kononnya tidak tahu mengurus dan membazirkan kewangan negeri.


Untuk makluman anda,Guan Eng hanya terlibat dua kali sahaja dalam pembentangan Penutupan Akaun Kerajaan Negeri yang semua rakyat tidak tahu hanya mencatatkan lebih kurang dari RM150juta.Jumlah itu diambil kira dalam sebahagian tahun kewangan 2008 iaitu semasa bajet kerajaan BN yang terdahulu.


RM1 billion yang didakwa oleh pembohong ini bukannya nett cash Kerajaan Negeri,sebaliknya ia adalah duit yang kerajaan negeri miliki terdiri salah satunya dari akaun amanah atau deposit simpanan tetap.

Untuk makluman sebelum PRU 12 di zaman pemerintahan BN, kerajaan BN telah meninggalkan dana ( bukan nett cash ) melebihi RM 1 Billion !!!

Kenyataan Guan Eng yang menyatakan usaha beliau yang cekap dalam pengurusan kewangan adalah kenyataan putar belit dan satu pembohongan . Guan Eng sepatutnya mendedahkan berap jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dan berapa jumlah tunggakkan hutang yang belum dibuat pembayaran balik .

Lihatlah sendiri betapa ketua menteri paling bangsat , celaka dan kaki pembohong ini berbohong tanpa segan silu kepada rakyat .

GUAN ENG itu bohong @ Bohong itu GUAN ENG

LINk

Lagi pembohongan Guan Eng di Pulau Pinang - Pisau.net

Thursday, July 29, 2010

Kenali Adun Pantai Jerejak yang mahu bikin PP ini pulau orang kaya


Ini lah Adun Pantai Jerejak yang muda tetapi cakap tak guna otak !! Beliau yang juga Jawatankuasa Jabatan Perumahan Negeri PP kini glamour dalam media kerana mulutnya berbau pig ini mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau .klik di sini dan sini


Ini pulak gambar YB tak ada otak ini datang bersama anggota PAC Negeri PP melawat tempat curi pasir di Balik Pulau. Ingatkan sudah tak mahu jenguk dah tempat2 kotor mcm ini Maklumlah kerana dia ini orang bersih dan pernah pulak bekerja di Silicon Valley di US selama 5 tahun dan itu yang beliau melarang rumah pangsa /kos rendah dibina lagi di kawasan pulau kerana mereka ini pengotor dan daif .

Hebat anak muda Cina belaan Anwar Ibrahim ini punya kelayakan dan idea2 bernasnya tetapi experience to be a good leader is nothing !! ZERO ...

Pemimpin seperti ini hanya bijak berlakon depan rakyat tetapi sebalik bohong dan menindas rakyat marhaen. Lihat di bawah ini


Lihatlah sendiri lakonan pemimpin yang lidah biawak sama satu geng dengan bossnya Guan Eng. Depan orang Melayu punya berlakon drama Bersamamu beri bantuan tetapi di media akhbar depa The Star , beliau mahu mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau yang mana kesannya ialah bertujuan mengusir orang Melayu dari pulau.



Pulau Pinang bakal jadi pulau orang kaya !! Orang kaya2 sahaja la tinggal di pulau
dan rakyat marhaen termasuk puak2 Melayu PAS & PKR tinggal di seberang
saja . Kampung2 Melayu semua sudah lenyap kerana dibina rumah mewah
jutaan ringgit oleh kroni2 Guan Eng .


UNDILAHLAH ADUN PKR PANTAI JEREJAK SIM TZE TZIN PADA PRU 13 NANTI !!

Tuesday, July 27, 2010

Gempar !! Bukti video pembohongan Guan Eng

nama nya tertera di sofa

Bukti Guan Eng dapat kerusi di majlis perasmian
keretapi bukit bendera


Seperti yang dijanjikan jam 12 tengahari , PB dan beberapa rakan blogger seperti Pisau , MIM dan Unit Media Prmtg Pauh akan mendedahkan penipuan , pembohongan dan kebenaran sikap sebenar syaitan bertopengkan khalifah agung PAS .





Video ini menunjukkan Guan Eng sendiri yang mengatakan perkataan " lidah biawak" kepada SDO Nik Ali Mat Yunus !!!!

Siapa yang BERBOHONG dan KAKI PUSING ??? GUAN ENG atau NIK ALI ??

Memang tahap celaka la seorang pemimpin yang menjadi Ketua Menteri seperti Guan Eng yang berani secara terang-terang berbohong untuk menutup kesalahan dirinya . Beliau memperalatkan DAPSY nya untuk untuk pertahankan dirinya dengan menyerang Nik Ali kononnya berbohong dan melakukan fitnah .

Tetapi bukti yang Guan Eng tinggalkan melalui video ini di malaysikini tidak hilang . Dia ingat dengan mengarahkan mereka delete video ini sudah boleh beliau diberi lesen untuk fitnah dan saman Utusan dan Nik Ali . Nampaknya Guan Eng sudah KANTOI dalam pembohongannya !!

Kalau setakat penjawat awam spt Nik Ali berani Guan Eng bohong , entah apa yang Guan Eng perbodohkan dan menipu lagi rakyat PP terutamanya orang Melayu dalam PAS dan PKR yang sentiasa memuja dirinya sebagai Khalifah Umar Abd Aziz .

Ini baru satu bukti pembohongan Guan Eng kepada rakyat yang dibuat secara terang terangan,banyak lagi pembohongan dan penipuan yang belum didedahkan.

saman jangan tak saman !!