PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, March 26, 2011

Video seks : Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang



Kemunculan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi kemelut dan isu baru dalam negara, sekaligus menjadi perhatian masyarakat akar umbi, menjadi persoalan yang menarik untuk mengetahui kesahihan video tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kini ia melibatkan banyak pihak terutamanya individu yang disebut itu mempunyai ramai kenalan, sahabat dan penyokong di Pulau Pinang.

"Oleh itu, bagi pihak UMNO Pulau Pinang, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kita perlu melihat ke depan, mengenai kesejahteraan rakyat, pembelaan dan perkhidmatan kepada rakyat, isu-isu sosial, ekonomi dan isu-isu yang boleh membawa kepada kebaikan negara secara keseluruhannya dalam kita mengorak langkah menjadi negara maju pada tahun 2020 yang hanya tinggal sembilan tahun sahaja lagi.

"Jadi kita tidak boleh membawa pemikiran kita untuk terlalu tertumpu kepada perkara-perkara yang agak negatif, tapi eloklah kita bagi tumpuan kepada yang boleh membawa kita ke hadapan untuk kita maju dan berjaya," ujarnya kepada UMNO-Online mengulas isu video seks yang mengaitkan pemimpin pembangkang baru-baru ini.

Wednesday, March 23, 2011

BN P.Pinang cabar Guan Eng kemukakan saman



PULAU PINANG 21 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mengambil tindakan undang-undang jika merasakan Barisan Nasional (BN) menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa dalam projek pelancongan di Pulau Jerejak di sini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, tindakan tersebut adalah lebih bermaruah daripada terus berbohong kepada rakyat dengan menyebarkan risalah yang mengandungi fakta tidak tepat mengenai isu berkenaan.

Menurutnya, perbuatan Guan Eng mengedarkan risalah sedemikian bersifat kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan sifat sebagai seorang Ketua Menteri yang berwibawa.

"Kalau dia (Guan Eng) rasa BN silap, saya cabar dia bawa perkara ini (projek Pulau Jerejak) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bawa ke mahkamah, samanlah.

"Jangan berperangai macam budak-budak, jadilah Ketua Menteri yang betul-betul nak bela rakyat.

"Ini tidak ..., dia sanggup buat fitnah, guna duit rakyat sebar risalah berbohong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja BN negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang dilontarkan Guan Eng berhubung kegagalan projek pelancongan berkenaan semasa di bawah pemerintahan BN sehingga dituduh menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Projek usahasama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu untuk menjadikan Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan dimiliki oleh UDA Holdings Berhad dengan 51 peratus ekuiti dan lebihannya dimiliki Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Sehingga kini, projek berkenaan yang mempunyai empat fasa hanya siap fasa pertama, manakala fasa seterusnya masih tertangguh.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, tindakan Guan Eng tersebut hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelasnya, selama tiga tahun mentadbir negeri, Setiausaha Agung DAP itu tidak langsung membantu mempromosi Pulau Jerejak sebagai destinasi pelancongan.

Saturday, March 19, 2011

Tiada Wifi Percuma : Berita malang untuk rakyat Kepala Batas & Tasek Gelugor

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP yang tidak memberi kemudahan perkhidmatan WIFI Percuma di  tiga kawasan Parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat  ( Kepala Batas , Tasek Gelugor & Nibong Tebal  ) .
Beliau menganggap kenyataan dikeluarkan oleh Jeff Ooi iaitu orang kanan Guan Eng merupakan hukuman kepada rakyat kawasan berkenaan  yang mengundi BN .

Wednesday, March 16, 2011

Pulau Pinang - Jaguh Pelaburan Malaysia , Siapa jaguh yang sebenar ??



2 Adun PKR digelar " Haprak " tidak bela nasib peniaga Melayu Pantai Queensbay



"Mereka ini betul-betul haprak, tidak patut jadi wakil rakyat. Nasib rakyat yang dulu memilih mereka dipermain-mainkan sebegini."

Gelaran itu ditujukan oleh Bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang , Aminah Abdullah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim dan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang gagal memainkan peranan membantu nasib 18 peniaga Melayu di kawasan Pantai Queensbay di sini.

Tegas beliau, kedua-dua pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak patut menjadi wakil rakyat dan rakyat tidak patut lagi memanggil mereka "Yang Berhormat".


"Semalam, saya telefon Abdul Malik, minta bantu masalah peniaga Melayu di kawasan pantai Queensbay ini. Dia kata akan hubungi seseorang dan minta semua peniaga bagi maklumat serta hadir ke bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.

"Tze Tzin pun beritahu perkara yang sama. Tapi sekarang sudah dua jam mereka menunggu, seorang pegawai pun tidak mahu menguruskan masalah peniaga di situ. Kalau pengarah tidak boleh jumpa, hantarlah wakil supaya masalah yang berlanjutan ini dapat diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hari ini, peniaga van bergerak terlibat yang diarahkan menutup peniagaan mereka oleh MMPP semalam, hampa apabila hasrat mereka untuk memohon lesen berniaga di kawasan itu tidak dilayan.

Walaupun menunggu hampir dua jam, tiada seorang pun wakil MPPP menemui mereka.
Semalam kira-kira 50 penguat kuasa dari MPPP dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) datang ke situ dan cuba merampas barang-barang milik 18 peniaga itu.

Namun nasib mereka agak baik, apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berjaya berunding dan mereka dibenarkan terus berniaga.

Dua wakil rakyat kerajaan DAP Pulau Pinang yang dihubungi kemudiannya menjanjikan peniaga boleh berniaga di situ dengan syarat mereka perlu pergi ke Bahagian Perlesenan MPPP di Padang Kota Lama, hari ini.Kesemua maklumat peniaga tersebut juga telah diambil dengan alasan untuk memudahkan urusan tersebut.

Menurut Aminah, apa yang terjadi hari ini merupakan bukti kedua-dua pemimpin itu hanya pandai menaburkan janji manis untuk menyelesaikan masalah rakyat sedangkan hakikatnya rakyat dibiarkan terumbang-ambing mencari jalan penyelesaian sendiri.

Rakyat berdemo tanda kegagalan kerajaan DAP P.Pinang mentadbir negeri


Demonstrasi rakyat terutamanya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak kebelakangan ini merupakan satu-satunya saluran untuk mereka menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap ‘cakap tak serupa bikin’ serta gagal menunaikan janji oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana, cara rundingan, berbincang atau melalui penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini seolah-olah tidak dipedulikan langsung oleh kerajaan negeri.

Katanya, meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian, rakyat terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.


“Justeru, dia (Ketua Menteri, Lim Guan Eng) tidak boleh menyalahkan rakyat ataupun NGO terlibat atas kebangkitan mereka melakukan demonstrasi kerana mereka melakukannya akibat tertekan dengan kegagalan kerajaan negeri sendiri.


“Rakyat sudah muak mendengar kata-kata dan janji-janji manis mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) sedangkan hakikatnya sehingga hari ini mereka gagal untuk menunaikan janji,” katanya ketika ditemui di pejabat Barisan Nasional Pulau Pinang, di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai bantahan yang dibuat oleh lebih 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Sabtu lalu.


Dalam perhimpunan yang bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam itu, kumpulan berkenaan turut ‘menghadiahkan’ keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik.

Antara NGO yang menyertai perhimpunan itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.


Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.


Menurutnya, Guan Eng perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO membuat pelbagai demonstrasi dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka sehingga ada yang sanggup menghantar keranda.


Bagaimanapun, kata Musa, Guan Eng sepatutnya berbangga kerana budaya pembangkang sebelum ini yang suka melakukan demonstrasi apabila tidak puas hati dengan sesuatu perkara dijadikan contoh dan ikutan rakyat.

“Lagipun, mereka yang memulakannya dulu dan apa dilakukan rakyat Pulau Pinang sekarang hanya mencontohi apa pernah mereka (pembangkang) lakukan,” katanya.


Namun, tegas Musa, tindakan seorang wakil kumpulan itu menghantar keranda kepada pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang itu bukan budaya yang yang diamalkan di negara ini.



“Tidak kira siapapun dia, tindakan tersebut kami tidak setuju. Itu bukan budaya kita,” katanya

Sunday, March 13, 2011

Demi kebenaran , rakyat P.Pinang pulak desak Anwar beri sampel darah untuk DNA !


Selepas banyak pihak  seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zul Nordin , Anuar Shaari , Wanita UMNO di  Batu Gajah  dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mencabar  dan mendesak  Datuk Seri Anwar Ibrahim agar  melakukan  ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) , kini giliran rakyat negeri kelahirannya di Pulau Pinang  pulak mendesak agar beliau melakukan ujian berkenaan .

Pada jam 10.30 pagi  tadi , bertempat di Masjid Jamek Jelutong  atas nama hak dan kebenaran  , mereka mendesak Anwar  supaya memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA bagi merungkai identiti sebenar siapa peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.




Jika kita  melihat tindak tanduk Anwar  untuk mengelak daripada melakukan ujian DNA ini  , ternyata  Ketua Pembangkang ini bersikap dayus dan hipokritnya  kerana  beliau hanya berani menjerit lawan tetap lawan saja di ceramah tetapi rupanya penakut .

Sudah la sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah untuk ujian DNA untuk membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.