Kelmarin, sewaktu mesyuarat Unit Media Baru (UMB) Wilayah Persekutuan, ramai rakan-rakan blogger dan bukan blogger membuat panggilan kepada saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Disebabkan sedang bermesyuarat, saya tidak dapat melayan panggilan dan pertanyaan mereka yang disandarkan kepada laporan oleh portal MyKMU.net.
Seperti yang dijangka isu ini telah disambut dan dimainkan oleh para blogger anti-Khairy Jamaluddin (KJ). Ia turut dimainkan di wall Facebook sejumlah rakan-rakan. Seperti yang dijangka juga, tindakan ini mendapat reaksi daripada blogger dan Facebookers pro-KJ. Seterusnya berlakulah episod serang menyerang. Semua ini sememangnya boleh dijangka.
Sebagai Ahli Jawatankuasa (Exco) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yang diikat oleh sumpah menyimpan rahsia, saya tidak akan menceritakan kronologi atau butiran perkara yang disebutkan oleh rakan-rakan Exco. Bagaimanapun saya rasa bertanggungjawab untuk memberi pandangan peribadi dan mengulas aspek tertentu bagi meredakan keadaan.

Pertamanya, saya dapati laporan mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat Exco kelmarin tidak begitu tepat. Fakta yang diberikan tidak tepat. Tidak ada olahan dan butiran terperinci mengenai apa yang berlaku; bermaksud majoriti Exco berpegang kepada etika dan sumpah yang dilafaz. Malangnya, bagi menjawab semula isu ini, ada blog yang mendedahkan sedikit perincian tentang apa yang berlaku. Tindakan ini tidak wajar kerana apa yang berlaku dalam mesyuarat mesti disimpan sebagai rahsia pergerakan.
Keduanya, setiap Exco yang dipilih oleh perwakilan mempunyai tanggungjawab terhadap perwakilan yang mengundi mereka. Saya sendiri mempunyai tanggungjawab terhadap 404 orang perwakilan yang mengundi saya. Antara tanggungjawab yang penting adalah untuk memastikan pergerakan ini diperkukuhkan dan melaksanakan peranan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Ia termasuk menegur dan memberi pendangan terhadap pemimpin, Pemuda dan bukan Pemuda.
Bagi memastikan ini berlaku, barisan Exco TIDAK memilih untuk menyuarakannya di media arus utama dan media baru, sebaliknya telah memilih untuk menggunakan saluran yang sewajarnya, iaitu Mesyuarat Exco PPUM bagi menegur dan menyampaikan pandangan kepada kepemimpinan PPUM. Seharusnya amalan bersuara seperti ini diraikan. Jika ia di`bunuh' dan Exco yang bersuara mengikut saluran parti dihentam dan dipersalahkan, maka saya yakin kritikan dan pandangan ini akan mengambil tempat dalam platform yang lain.

Ketiganya, kritikan dan pandangan ini telah diterima dengan baik dan terbuka oleh YB Khairy Jamaluddin, seperti yang dinyatakan beliau semasa sidang akhbar. Saya yakin, selepas ini YB Ketua Pemuda dan para Exco akan duduk bersama secara berterusan bagi menyelesaikan perbezaan pandangan dan pendekatan melalui permuafakatan.
Adakah teguran terhadap pemimpin menggunakan platform parti merupakan suatu kesalahan? Saya yakin - TIDAK. Malah ia sepatutnya diraikan dan menjadi contoh kepada sejumlah pemimpin kanan UMNO dan BN yang cenderung `berperang sesama sendiri' menggunakan saluran media dan sebagainya!
Sumber :
No comments:
Post a Comment