ALOR SETAR 27 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO berazam mengekalkan prestasinya sebagai sayap UMNO yang paling tinggi menambah anggota dengan menyasarkan seramai 50,000 keahlian baru pada tahun ini.
Setiausahanya, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, jumlah yang disasarkan itu sekali ganda berbanding yang berjaya didaftarkan pertubuhan itu sepanjang tahun lalu.
Sehubungan itu, katanya, semua pergerakan Pemuda UMNO di peringkat negeri perlu melipat gandakan usaha dan lebih agresif menambah keahlian masing-masing agar sasaran berkenaan dapat dicapai.
"Sebagai contoh, Pemuda UMNO Kedah berjaya menambah keahlian baru sebanyak 3,400 orang sepanjang tahun lalu. Kita sasarkan jumlah itu meningkat sekitar 6,000 ahli pada tahun ini,'' katanya.
- Utusan Malaysia
Tenang:Roket Di Junjung,Bulan Gerhana
13 years ago
No comments:
Post a Comment